KELUARGA PAJAR, PARIMBUNIS

PERSATUAN KELUARGA BESAR KETURUNAN RAJA ALI RAJA JAAFAR (YDM RIAU VIII) DAN ENGKU CHIK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN

ATURCARA MAJLIS RIMBUNAN KASIH II (2004)

MAJLIS RIMBUNAN KASIH II

KELUARGA BESAR KETURUNAN RAJA ALI DAN RAJA CHIK

P A R I M B U N I S

A T U R C A R A

8.00 pagi Pendaftaran.

9.00 pagi Ahli-ahli Parimbunis mengambil tempat.

9.30 pagi Yang Gagah Punggawa Berdua dan Yang Setia Bentara Berlapan mengambil tempat.

9.35 pagi Yang Dihormat Mulia Anang Rimbun, Anang Fajar, Anang Ismail dan Anang Masrobiah mengambil tempat di kerusi VVIP.

9.40 pagi Yang Tinggi Mulia Ketua Limpo Parimbunis mengambil tempat di kerusi VVIP.

9.50 pagi Ketibaan YAB Ketua Menteri Melaka di MITC.

10.00 pagi YAB Ketua Menteri di iring masuk ke Dewan Majlis oleh

Juruiring Kehormat dan Yang Setia Bentara Berlapan.


Paluan Kompang.

Juruiring Kehormat memperkenalkan YAB Ketua Menteri kepada Yang Tinggi Mulia Ketua Limpo, Yang Dihormat Mulia Anang Berempat dan Yang Gagah Punggawa Berdua.

Juruiring Kehormat mengiringi YAB Ketua Menteri ke kerusi VVIP.

10.10 pagi Marhaban.

Doa.


10.20 pagi Istiadat “Persetiaan Parimbunis”.

Paluan gong.


Prolog

Sejarah Melayu meriwayatkan episod dialog “ucapsetia” diantara Sang Sapurba, Raja Melayu pertama di Bukit Siguntang Mahameru dengan Demang Lebar Daun, Raja Palembang sebagai warisan berteguh-janji bernilai tinggi menjadi prinsip dan kebanggaan ikutan turun-temurun wa’akalih sumpung loloh wijah Raja Ali dan Raja Chik hingga ke hari ini.

Dialog.

Begitu tinggi nilai episod perjanjian ucapsetia pemimpin Melayu dengan yang dipimpin. Dengan demikian, maka bermulalah dan menjadi ikutan seluruh nusantara Melayu akan janji persetiaan ini. Maka segala anak Melayu pun di anugerahkan Allah S.W.T. tidak pernah derhaka dan memalingkan muka kepada rajanya, jikalau jahat pekerti sekalipun serta aniaya setelah berwa’adat berteguh janji…

10.25 pagi Paluan gong.

I La Galigo, Indera Guru Bugis pula telah menggambarkan ucapsetia pemimpin dengan yang dipimpin menurut tradisi Bugis sepertimana episod dialog diantara Tommanurung (pemimpin) dengan tomaegae (penduduk):

Dialog

Berkata tomaegae;

Angin lah engkau,

Kami daun kayu,

………

Tommanurung menjawab;

………..

Ketika ini engkau bersatu padu,

Menerima kami sebagai rajamu.”

10.30 pagi Paluan gong.

Prolog.

Keluarga Besar Parimbunis, seramai 2000 orang dari empat Rumpun Keturunan Raja Ali Raja Chik pada hari ini 16 November 2004 bersamaan 3 Syawwal 1425 Hijrah sedang berkumpul di dewan serba indah di Melaka International Trade Center (MITC) Air Keroh di Bumi Hang Tuah, Malaysia, diseri dan disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Ali Bin Rustam selaku Ketua Menteri Melaka, bagi melafazkan ikrar taat setia seluruh waakalih sumpung loloh wijah Raja Ali dan Raja Chik kepada Yang Tinggi Mulia Ketua Limpo Parimbunis, Tuan Haji Kassim Bin Ahmad.

10.35 Pagi Paluan gong.

Pantun.

Silat Sembah.

Iringan Irama Gamelan.

Yang Setia Bentara Berlapan beserta Juruiring

Kehormat mempersilakan YAB Ketua Menteri selaku Tetamu Kehormat ke atas pentas dan duduk di Singgahsana Tetamu.

Yang Setia Bentara Berlapan menjemput Yang Dihormat Mulia Anang Berempat untuk naik ke Singgahsana Utama.

10.40 pagi Paluan Gong.

Yang Gagah Punggawa Berdua di iringi Yang Setia Bentara Berlapan menjemput Yang Tinggi Mulia Ketua Limpo Parimbunis untuk naik ke pentas mengambil tempat di Singgahsana Utama.

10.45 pagi Paluan gong.

Prolog

Parimbunis adalah nama singkatan bagi keturunan Raja Ali dan Raja Chik. Raja Ali bin Raja Jaafar bin Raja Haji bin Daeng Chelak bin Daeng Relaka bin La Madussilla, ialah Yamtuan Muda Riau ke VIII. dari salasilah keturunan kerajaan Bugis Nusantara. Raja Chik binti Temenggung Abdul Rahman pula ialah keturunan Daeng Parani bin Daeng Relaka bin La Madusilla yang berkahwin dengan Tengku Tengah binti Sultan Abdul Jalil ke IV, Yang DiPertuan Johor-Riau.

Selepas kemangkatan Raja Ali pada 28 Jun 1857, anakanda-anakanada baginda iaitu Rimbun, Pajar, Ismail dan Masrobiah telah berhijrah ke Sungai Balang Johor dan Merlimau Melaka bagi memulakan kehidupan baru. Identiti anakanda-anakanda baginda dirahsiakan. Putera sulung menukar nama kepada Rimbun iaitu sempena nama pohon yang rimbun ketika mendaratkan perahu di Merlimau, Melaka. Manakala Putera kedua pula digelar Pajar sempena mengingati waktu fajar menyinsing ketika menjejakkan kaki di bumi Sungai Balang, Muar. Begitulah adanya.

Adapun adat “Persetiaan Parimbunis” diadakan setiap kali keluarga besar ini berhimpun bertujuan untuk:

v Menyata dan melafaz ikrar setia kepada pemimpin-pemimpin dan oleh pemimpin-pemimpin keluarga sebagai tanda suburnya institusi kekeluargaan dan kekukuhan warisan keturunan

v Memantapkan institusi keluarga melalui program mengenali asal-usul keluarga serta susur galur keturunan

v mengeratkan silaturrahim dikalangan anggota-anggota keluarga dan ahli-ahlinya,

v mengenang akan permulaan, perjuangan, pengorbanan dan pengharapan anggota-anggota keluarga yang terdahulu dari kita,

v menghayati dan menginsafi akan semua peristiwa yang telah berlaku sebagai warisan turun-temurun yang perlu dipelihara dan dijadikan pedoman,

v menggerak dan merencana usaha-usaha memelihara keutuhan warisan dan institusi Parimbunis dan ahlinya,

v merayakan Hari Raya Aidil Fitri 1425 Hjrah dan kesempatan untuk bermaaf-maafan dan beramah-mesra

Episod dialog diantara Yang Tinggi Mulia Ketua Limpo dengan Yang Dihormat Mulia Anang Berempat yang mewakili seluruh keluarga besar Parimbunis adalah intipati kepada istiadat simbolik “Persetiaan Parimbunis” iaitu lafaz ikrar kesetiaan kepada pemimpin oleh yang dipimpin, dan oleh pemimpin kepada yang dipimpin.

Istiadat “Persetiaan Parimbunis” terbahagi kepada tiga peringkat iaitu Pertamanya Adat Lafaz Ucapsetia, Keduanya Adat Merestu dan Ketiganya Adat Anugerah.

Istiadaat Lafaz Ucapsetia menyaksikan ikrar taat setia oleh seluruh keturunan yang di ketuai oleh ketua-ketua keluarga terhadap pemimpin.

Istiadat Merestu pula menyaksikan persembahan sirih dan gambir bertepak oleh ketua-ketua keluarga mewakili seluruh keturunan kepada pemimpin tanda restu.

Istiadat Anugerah pula menyaksikan persembahan bunga telur oleh pemimpin kepada Ketua-ketua keluarga dan keturunan tanda terimakasih dengan harapan agar keturunan menjadi makmur dan sejahtera.

Adat ini dipadankan pada wa’adat ucapsetia diantara Tommanurung dengan tomaegae mengikut tradisi Bugis.

Pantun.

10.50 pagi Paluan gong.

Istiadat Lafaz Ucapsetia.

Lafaz ucapsetia dalam istiadat ini dimulakan oleh Rumpun Rimbun yang mewakili anakcucu Rimbun, putera sulung dari empat beradik putera dan puteri Raja Ali dan Raja Chik.

Rumpun Rimbun

Yang Gagah Punggawa Berdua secara simbolik mempersembahkan Keris Pelangi Parimbunis di dalam Dulang Emas kepada Yang Dihormat Mulia Anang Rimbun.

Yang Dihormat Mulia Anang Rimbun menerima Keris Pelangi Parimbunis dan dengan ta’zimnya menyerahkan kepada Yang Tinggi Mulia Ketua Limpo.

Yang Tinggi Mulia Ketua Limpo pun berseru:

“Apakah ayahanda ini angin dan anakanda daun?”

Yang Dihormat Mulia Anang Rimbun serta seluruh Matoa-Matoa dan anakcucu Rumpun Rimbun berucapsetia:

“Ayahanda angin dan kami seluruh keluarga Rimbun daun, apabila kita mengikut adat dan kebiasaan”

Yang Tinggi Mulia Ketua Limpo mengangkat Keris Pelangi Parimbunis secara simbolik tanda menerima perucapan-setia Rumpun Rimbun.

Yang Tinggi Mulia Ketua Limpo menyerahkannya semula kepada Yang Gagah Punggawa Berdua.

Putera kedua pula ialah Pajar. Ucapsetia Rumpun Pajar menyusul. Lafaz ucapsetia ini di ikuti pula oleh Rumpun Ismail dan kemudiannya Rumpun Masrobiah.

11.05pagi Paluan Gong.

Istiadat Merestu.

Yang Gagah Punggawa Berdua membawa Keris Pelangi Parimbunis di dalam Dulang Emas kepada Yang Dihormat Mulia Anang Masrobiah. Mewakili seluruh Rumpun Masrobiah, Yang Dihormat Mulia Anang Masrobiah secara simbolik meletakkan sireh dan gambir di dalam Dulang Emas sebagai tanda merestui ucapsetia serta penyerahan Keris Pelangi Parimbunis kepada Yang Tinggi Mulia Ketua Limpo.

Yang Dihormat Mulia Anang Ismail mewakili Rumpun Ismail menyusul dengan Istiadat Merestu, dan di ikuti oleh Rumpun Pajar dan kemudiannya Rumpun Rimbun.

Setelah menerima restu dari keempat-empat Anang yang mewakili Rumpun masing-masing, Yang Tinggi Mulia Ketua Limpo mengangkat Keris Pelangi Parimbunis lalu mengucupnya tanda penerimaan perucapan setia dan restu.

11.15 pagi Paluan Gong.

Istiadat Anugerah

Yang Tinggi Mulia Ketua Limpo memberi isyarat kepada Yang Gagah Punggawa Berdua untuk mempersembahkan Rumpun Telur Hijau kepada Yang Dihormat Mulia Anang Rimbun. Rumpun Telur Hijau adalah anugerah dari Yang Tinggi Mulia Ketua Limpo tanda kasih dan berbesar hati dan harapan agar rumpun keluarga Rimbun subur beranakcucu dan selamat sejahtera.

Istiadat seterusnya menyaksikan Yang Tinggi Mulia Ketua Limpo memberi anugerah Rumpun Telur Merah, Rumpun Telur Ungu dan Rumpun Telur Biru kepada Yang Dihormat Mulia Anang Pajar, Anang Ismail dan Anang Masrobiah.

11.20 pagi Paluan gong.

Prolog

11.25 pagi Paluan gong.

Yang Gagah Punggawa Berdua mempersilakan Yang Tinggi Mulia Ketua Limpo, Yang Dihormat Mulia Anang Berempat di iringi oleh Yang Setia Bentara Berlapan dan Dayang-Dayang turun dari Singgahsana Utama menuju ke kerusi VVIP.

11.30 pagi Paluan gong.

Yang Gagah Punggawa Berdua mempersilakan YAB Ketua Menteri Melaka, Tetamu Kehormat diiringi oleh Juruiring Kehormat untuk turun dari Singgahsana Tetamu menuju ke kerusi VVIP.

11.35 pagi Paluan gong.

Doa Kesyukuran.

Istiadat “Persetiaan Parimbunis” berakhir.

11.45 pagi Persembahan Tarin Zapin oleh Kumpulan Sinar Wawasan dari Kluang Johor Darul Ta’zim.

Majlis Ucapan.

11.45 pagi Ucapan Yg. Bbhg Yang Tinggi Mulia

Tuan Haji Kassim Bin Ahmad

Ketua Limpo Parimbunis.

12.00 tgh Ucapan YAB Dato’ Wira Haji Mohd Ali Bin Rustam

Ketua Menteri Melaka.

12.20 tgh Penyampaian Cenderahati.

Sessi bergambar untuk Malaysia Book of Records.

Jamuan.

01.30 tgh Solat dan Rehat.

01.45 ptg Sessi Bergambar Keluarga Mengikut Rumpun.

1) Rumpun Rimbun

2) Rumpun Fajar

3) Rumpun Ismail

4) Rumpun Masrobiah

02.45 ptg Acara Sukaneka Bermula.

1) Tiup Belon Duduk Pecah Kanak-kanak

2) Boling Botol Keluarga

3) Anyam Ketupat Dewasa

4) Keretapi Dadu Wanita

5) Musical Chair 6 Kategori

04.30 ptg Persembahan Tarian Zapin/Hiburan Parimbunis.

04.45 ptg Cabutan bertuah dan penyampaian Cenderahati.

05.30 ptg Majlis bersurai.

Glosari

Parimbunis

Keturunan Keluarga Besar Raja Ali Raja Chik

Singkatan Dari Paajar, Rimbun, Ismail dan Masrobiah.

Ketua Limpo

Ketua Utama dalam Parimbunis yang bergelar Yang Tinggi Mulia.

Merupakan ketua rumpun-rumpun keluarga.

Rumpun keluarga terdiri dari beberapa keluarga induk.

Terdapat empat (4) rumpun di dalam salasilah Parimbunis:

v Rumpun Rimbun,

v Rumpun Pajar,

v Rumpun Ismail,

v Rumpun Masrobiah.

Anang

Merupakan Ketua Rumpun yang bergelar Yang Dihormat Mulia.

v Anang Rumpun Rimbun ialah Ayahanda Aiyub Bin Syabuddin

v Anang Rumpun Pajar ialah Ayahanda Abdul Hamid Bin

v Anang Rumpun Ismail ialah Ayahanda Ismail Bin Abu Bakar

v Anang Rumpun Masrobiah ialah

Matoa

Merupakan Ketua Keluarga Induk yang bergelar Yang Mulia.

Terdapat beberapa keluarga induk di dalam setiap rumpun:

v Rumpun Rimbun ada

v Rumpun Pajar

v Rumpun Ismail

v Rumpun Masrobiah

Punggawa ( Penggawa)

Merupakan Panglima yang bergelar Yang Gagah.

Dua Punggawa mengiringi Yang Tinggi Mulia.

Bentara

Merupakan Pahlawan yang bergelar Yang Setia.

Lapan Bentara mengiringi empat Anang-anang.

Keris Pelangi Parimbunis

Keris sebagai simbol warisan keturunan Raja Ali Raja Chik.

0 comments:

Post a Comment

BLOG PARIMBUNIS

BLOG INI ADALAH DIKHASKAN UNTUK AHLI KELUARGA PARIMBUNIS, BERINTERAKSI DAN MENYALUR MAKLUMAT SEMASA, SEMUGA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SIRATULRAHIM.

Bercakap-cakaP


ShoutMix chat widget

AsmauL Husna

All Malaysian Bloggers Project

Jutawan Emas

Click here ContacT me!! Dealer: Abdullah Johor Bahru, Johor. En. Abd.Lah @ Abdullah Bin Awang Mobile: 016-716 6515 Email: q_eyda@yahoo.com.sg

Blog Archive

PengunjunG

blogspot hit counter

Follow me