KELUARGA PAJAR, PARIMBUNIS

PERSATUAN KELUARGA BESAR KETURUNAN RAJA ALI RAJA JAAFAR (YDM RIAU VIII) DAN ENGKU CHIK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN

MAJLIS PENGIKTIRAFAN KELUARGA BESAR MALAYSIA

Ketua Limpo, PARIMBUNIS , Tuan Haji Kassim Ahmad, telah menerima Pengiktirafan Perhimpunan Keluarga Terbesar di Malaysia didalam satu upacara Majlis Makan Malam sempena "Hari Keluarga Di Peringkat Kebangsaan Malaysia" yang diadakan di Mint Hotel, Kuala Lumpur.

MALAYSIA BOOK OF RECORDS

MAJLIS RIMBUNAN KASIH I - 8 HB DIS 2002


Majlis Rimbunan Kasih I, telah diadakan pada 8 hb Disember 2002, di Sekolah Kebangsaan Padang Temu, Melaka bagi meraikan ulangtahun ke 147 tahun penghijrahan anak-anak Raja Ali Raja Jaafar dengan Raja Chik Temmenggong Abdul Rahman. Ianya juga merupakan perjumpaan pertama dikalangan keluarga PARIMBUNIS, yang telah diadakan pada bulan Syawal. Majlis telah disertai olih 1,326 ahli keluarga PARIMBUNIS. yang telah mendapat pengiktirafan "Malaysia Guniess Book of Records" sebagai perhimpunan keluarga terbesar di Malaysia. Pengiktirafan telah di terima olih Ketua Limpo, Tuan Hj Kassim Ahmad, yang telah di sampaikan olih DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada Majlis Makan Malam Hari Kekeluargaan Kebangsaan Malaysia di Hotel Mint, Seri Kembangan, Kuala Lumpur. Pelbagai acara serta Adat Istadat Bugis telah memeriahkan majlis ini dan sebuah buku bertajuk " Ke Manakah Perginya Anak-anak Raja Ali dan Raja Chik " yang dikarang olih Tuan Hj Amir Abdul Majid juga telah di lancarkan.

BORANG KE AHLIAN PARIMBUNIS


Segala surat menyurat hendaklah di hantar ke alamat berikut:
Pejabat Sekaterait: C-1-1. Lojing Heights 1,
Seksyen 5 Wangsa Maju,
53300 KUALA LUMPUR
Tel: 016-3728 775 / 013- 4802208
email: junross@gmail.com

RIMBUNAN KASIH PARIMBUNIS KE 4

AJK PARIMBUNIS 2011/2012, sedang merancang untuk melaksanakan Perjumpaan Rimbunan Kasih ke 4, pada Hari Sabtu, 17 September 2011, bersamaan dengan 19 Syawal 1432M, dari jam 11 pagi hingga 3 petang. Lokasi akan di maklumkan kelak. Sekiranya terdapat cadangan dan pandangan, sila komen. Terima Kasih.

MESYUARAT AJK PARIMBUNIS KALI KE 2/2011

MESYUARAT AJK PARIMBUNIS kali ke 2/2011 akan diadakan pada 9 hb Julai 2011, jam 3 petang, di perkarangan Kediaman Ayahanda Busu Ayub Shahbuddin di Sebatu, Merlimau, Melaka. Kehadiran di hargai.

HARI KEPUTERAAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG



Warga PARIMBUNIS Mendoakan Kesejahteraan dan mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DYMM TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL MARHUM SULTAN MAHMUD,

Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup kepada Tuanku sebagai payung kepada seluruh rakyat di negara ini.

Allah Lanjutkan Usia Tuanku

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

BLOG PARIMBUNIS

BLOG INI ADALAH DIKHASKAN UNTUK AHLI KELUARGA PARIMBUNIS, BERINTERAKSI DAN MENYALUR MAKLUMAT SEMASA, SEMUGA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SIRATULRAHIM.

Bercakap-cakaP


ShoutMix chat widget

AsmauL Husna

All Malaysian Bloggers Project

Jutawan Emas

Click here ContacT me!! Dealer: Abdullah Johor Bahru, Johor. En. Abd.Lah @ Abdullah Bin Awang Mobile: 016-716 6515 Email: q_eyda@yahoo.com.sg

Blog Archive

PengunjunG

blogspot hit counter

Follow me