KELUARGA PAJAR, PARIMBUNIS

PERSATUAN KELUARGA BESAR KETURUNAN RAJA ALI RAJA JAAFAR (YDM RIAU VIII) DAN ENGKU CHIK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN

MENGEMASKINI DAFTAR KELUARGA PARIMBUNIS - 2012



Dikembarkan surat yang dihantar kepada semua Ketua Keluarga Induk bertarikh   21hb Aptil 2012 untuk rujukan anda.


Lembaga Adat
KELUARGA BESAR KETURUNAN RAJA ALI DAN RAJA CHIK
Alamat Urusetia: No 26 Jalan 4A Taman Ampang Jaya 68000 Ampang Selangor
Telefon/Fax: 03-42564252  HP: 012-2997094
Rujukan: 2/DK2012
Tarikh: 21hb April 2012
(seperti alamat berkembar)
Assalamualaikum wbt,
Perkara: Mengemaskini Daftar Keluarga 2012
Lembaga Adat Keluarga Besar Keturunan Raja Ali dan Raja Chik sedang mengemaskinikan daftar keluarga besar ini bagi tahun 2012. Kali terakhir daftar keluarga dikemaskinikan ialah pada 1hb November 2004, dengan menggunakan butiran yang diperolehi semasa pendaftaran pada hari Rimbunan Kasih 1 (Disember 2002). Hampir sepuluh tahun telah berlalu sejak keluarga besar ini berkumpul buat pertama kalinya di Padang Temu Melaka. Ada diantara kita telah pergi buat selama-lamanya, ada yang telah berpindah alamat rumah, ada yang baru mendirikan rumah tangga, ada yang baru dilahirkan, ada pula yang baru dikesan menjadi sebahagian dari keluarga besar ini, dan bermacam lagi perubahan. Tambahan pula daftar yang sedia ada tidak lengkap: nama penuh tidak diberikan, ada nama keluarga yang tertinggal, ejaan tidak betul/lengkap, dll. Daftar keluarga sememanglah satu perkara yang dinamis dan sentiasa berubah bulan demi bulan, tahun demi tahun.
Dikembarkan bersama-sama ini rekod keluarga bagi keluarga induk yang anda ketuai. Kami berharap anda dapat membantu mengemaskinikannya, dan membuat catatan-catatan jika diperlukan penjelasan lanjut, dan mengembalikannya secepat mungkin kepada alamat yang tertera di atas.  Catatan-catatan tidak perlu ditaip, cukup dengan tulisan tangan sahaja. Segala butiran yang diterima sebelum 30hb Julai 2012 akan dimuafkan dalam Direktori Keluarga Besar Keturunan Raja Ali dan Raja Chik yang akan diterbitkan sempena hari Rimbunan Kasih 5 yang dijangka akan diadakan di Padang Temu Melaka pada 21hb Ogos 2012 (3 Syawal 1433H) sempena ulang tahun kesepuluh keluarga besar ini pertama kali dihimpunkan. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.
Salam mesra dari saya,
Hj Amir bin Hj Abdul Majid
Ketua Urusetia

1 comments:

Unknown April 21, 2017 at 10:28 AM  

Syukur Alhamdulillah di tahun ini Saya mendapatkan Rezeki yg berlimpah sebab sudah hampir 9 Tahun Saya bekerja di (SINGAPORE) tdk pernah menikmati hasil jeripaya saya karna Hutang keluarga Sangatlah banyak namun Akhirnya, saya bisa terlepas dari masalah Hutang Baik di bank maupun sama Majikan saya di Tahun yg penuh berkah ini,
Dan sekarang saya bisa pulang ke Indonesia dgn membawakan Modal buat Keluarga supaya usaha kami bisa di lanjutkan lagi,dan tak lupa saya ucapkan Terimah kasih banyak kepada MBAH SURYO karna Beliaulah yg tlah memberikan bantuan kepada kami melalui bantuan Nomor Togel jadi sayapun berhasil menang di pemasangan Nomor di SINGAPORE dan menang banyak
Jadi,Bagi Teman yg ada di group ini yg mempunyai masalah silahkan minta bantuan Sama MBAH SURYO dgn cara tlp di Nomor ;082-342-997-888 percaya ataupun tdk itu tergantung sama anda Namun inilah kisa nyata saya

Post a Comment

BLOG PARIMBUNIS

BLOG INI ADALAH DIKHASKAN UNTUK AHLI KELUARGA PARIMBUNIS, BERINTERAKSI DAN MENYALUR MAKLUMAT SEMASA, SEMUGA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SIRATULRAHIM.

Bercakap-cakaP


ShoutMix chat widget

AsmauL Husna

All Malaysian Bloggers Project

Jutawan Emas

Click here ContacT me!! Dealer: Abdullah Johor Bahru, Johor. En. Abd.Lah @ Abdullah Bin Awang Mobile: 016-716 6515 Email: q_eyda@yahoo.com.sg

Blog Archive

PengunjunG

blogspot hit counter

Follow me