KELUARGA PAJAR, PARIMBUNIS

PERSATUAN KELUARGA BESAR KETURUNAN RAJA ALI RAJA JAAFAR (YDM RIAU VIII) DAN ENGKU CHIK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN

MELAYU JOHOR


RENUNGAN UTK BANGSA MELAYU JOHOR
MELAYU JOHOR

Oleh : Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang
Sasterawan Negara

Telah terlalu banyak kita kehilangan
Sawah ladang bertukar tangan
Pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
Yang tinggal hanyalah pakaian
Sedarah sedaging hampir hilang
Yang ada hanyalah setulang
Selat Teberau kian sempit
Hati rindu jauh tergamit.

Di Johor
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu.

Melayu itu maknanya bijaksana
"Jika menipu pun bersopan"
Kurang ajarnya tetap santun
Dajalnya cukup selamba
Budi bahasa jangan di kira
Beraninya cukup benar
Tunduk bila bersalah
"Lembutnya cukup jantan"
Setia samapai ke kubur
Biar mati adat jangan mati sahabat

Anak Johor
Luka di Tanjung Putri
Parutnya di Parit Raja
Muka biar berseri
Mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Kerajaan Melayu Bentan

Menikam dengan pantun
Menyanggah dalam senyum
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolok permusuhan
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan
Kasih sayang kekeluargaan
Ringan tulang saling bertolongan
Jujur memaafkan,ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu
Silaturahim yang murni
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut
Tangan di hulur bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian
Sifat terpuji setiap insan
Bermuafakat supaya berkat
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah
Kepada ALLAH berserah.

MAJLIS PERTABALAN YDB DAN YDM (12/5/2012)

JEMPUTAN KE MAJLIS PERTABALKAN Yang DiPertuan Besar dan Yang DiPertuan Muda, pada 12hb Mei 2012, di Pulau Penyengat, Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, Indonesia. Ahli2 Keluarga PARIMBUNIS adalah di jemput hadir

MESYUARAT AJK PARIMBUNIS (15/4/2012)




PERTABALAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG



Menjunjung kasih dan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Al-Haj dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

MESYUARAT AJK PARIMBUNIS 1/2012

Mesyuarat AJK Parimbunis ke 1/12 akan di adakan di No 26 Jalan 4A Taman Ampang Jaya, 68000 Ampang Selangor pada:15hb April 2012 jam 10.30 pag

MESYUARAT AGONG PARIMBUNIS KALI KE 3.

PERSATUAN KETURUNAN RAJA ALI DAN RAJA CHIK MALAYSIA (PARIMBUNIS) akan mengadakan Mesyuarat Agong kali Ke Tiga pada Hari Selasa, 1hb Mei 2012, jam 10.00 pagi di Merlimau Inn, Merlimau Melaka. Di jemput semua ahli keluarga PARIMBUNIS untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Kehadiran adalah di hargai.

BLOG PARIMBUNIS

BLOG INI ADALAH DIKHASKAN UNTUK AHLI KELUARGA PARIMBUNIS, BERINTERAKSI DAN MENYALUR MAKLUMAT SEMASA, SEMUGA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SIRATULRAHIM.

Bercakap-cakaP


ShoutMix chat widget

AsmauL Husna

All Malaysian Bloggers Project

Jutawan Emas

Click here ContacT me!! Dealer: Abdullah Johor Bahru, Johor. En. Abd.Lah @ Abdullah Bin Awang Mobile: 016-716 6515 Email: q_eyda@yahoo.com.sg

Blog Archive

PengunjunG

blogspot hit counter

Follow me