PERANAN DALAM PERSATUAN
1. Penaung atau Penasihat
- Kedua-dua jawatan ini tidak memainkan peranan yang aktif
dalam pengendalian persatuan, tetapi nasihat mereka akan diminta jika
diperlukan.
- Penaung selalunya menjadi pelindung pada
persatuan dan penjaga imej persatuan. Biasanya lebih besar dan terkenal
sesebuah persatuan, maka Penaungnya juga merupakan orqang-orang kenamaan yang terkenal. Contohnya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, penaungnya ialah Raja Permaisuri Agong.
2. Presiden / Yang DiPertua (Pengerusi)
Sebagai pemimpin, Presiden / Yang DiPertua (YDP) memainkan peranan
penting dalam sesebuah persatuan atau pertubuhan tersebut. Beliau akan
menjadi penggerak, teras dan sumber ilham serta memberi nafas baru
terhadap kemajuan perjalanan dan perkembangan persatuannya. Antara lain
tanggungjawab YDP adalah:
- Mestilah bersedia berbakti,
mengambil tindakan serta bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang
berbangkit dengan adil dan berkesan. YDP harus kreatif dan mempunyai
kebolehan dalam menyelesaikan masalah.
- Bertanggungjawab
menjayakan aktiviti persatuannya dan berperanan melaporkan kepada
Penaung atau Penasihat. Juga memastikan jentera pentadbiran persatuan
tidak menyeleweng dari dasar asal.
- Dapat menyatukan semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan dalam semua aspek.
- Mempengerusikan semua mesyuarat agung dan mesyuarat ahli
jawatankuasa, menguruskan pembahagian tugas ahli-ahli jawatankuasa serta
menyelaraskan semua tugas dan kegiatan persatuan.
- Membuat
penilaian, perancangan, dan menggubal dasar persatuan dari masa ke
semasa agar pengurusan persatuan berjalan dengan lancar dan sempurna.
3. Timbalan Presiden / Naib Presiden / Naib Yang DiPertua
Adakalanya Timbalan Presiden / Naib Presiden /Naib Yang DiPertua (NYDP)
dilantik seorang atau lebih bergantung kepada keperluan persatuan.
Misalnya NYDP lelaki dan juga wanita. Ia bergantung kepada keperluan
ahli dan mesti mengikut perlembagaan.
- Membantu segala tugas Presiden / Yang DiPertua.
- Memangku tugas YDP semasa ketiadaan beliau.
4. Setiausaha
Merupakan teras dan teraju persatuan dan sebagai nadi bagi menggerakkan sesebuah persatuan.
Umumnya beliau merupakan seorang yang berdedikasi, bertanggungjawab dan
berupaya memikul tugas yang berat dan mencabar. Antara lain peranan
Setiausaha adalah:
- Menghidupkan dan memberi nafas baru kepada pertubuhan yang dianggotainya.
- Menjaga urusan jentera pentadbiran dan pengurusan persatuan.
- Berkewajipan menyelaraskan semua kegiatan dan projek yang dirancang.
- Bertanggungjawab dalam menyediakan minit, notis, agenda dan pelbagai laporan.
- Menguruskan surat menyurat, sistem fail, buku, stok alatulis, pekeliling dan sebagainya.
- Menguruskan tempahan dewan untuk mesyuarat, dan menyediakan pelbagai borang yang berkaitan dengan tugasnya.
- Hadir dalam setiap mesyuarat untuk mencatat minit dan jika
tidak dapat hadir, tugas dilaksanakan oleh Penolong Setiausaha.
- Menandatangani semua cek dan baucer selain Presiden/YDP dan Bendahari.
- Menyediakan Laporan Mesyuarat / Mesyuarat Agung.
5. Penolong Setiausaha
Adakalanya persatuan perlu melantik seorang Penolong Setiausaha apabila
program atau aktiviti yang akan dilaksanakan adalah besar, berat dan
meluas. Lazimnya beliau akan membantu Setiausaha dan memangku jawatan
tersebut apabila ketiadaan Setiausaha.
6. Bendahari
- Bertanggungjawab terhadap semua hal ehwal kewangan persatuan.
- Menandatangani semua cek dan baucer bersama-sama Presiden/YDP atau Setiausaha.
- Menjaga dan memastikan wang persatuan hanya digunakan untuk perkara yang berfaedah sahaja.
- Boleh menyimpan wang tunai tetapi dipastikan tidak melebihi
apa yang dibenarkan oleh perlembagaan persatuan. Wang tunai yang lain
atau cek diterima hendaklah dimasukkan dalam akaun persatuan.
-
Memastikan perbelanjaan bagi sesuatu tahun tidak melebihi anggaran
yang telah diluluskan oleh mesyuarat agung sebelumnya.
- Mengutip yuran bulanan atau tahunan dari ahli.
- Menyimpan buku penyata, buku akaun bank, buku cek, resit, buku wang keluar masuk dan buku wang tunai.
- Menyediakan Laporan Kewangan untuk Mesyuarat / Mesyuarat Agung
7. Ahli Jawatankuasa
Pemilihan ahli jawatankuasa biasanya dibuat dalam mesyuarat agung tahunan. Tugas mereka antara lain:
- Menghadiri semua mesyuarat persatuan.
- Menerima dan melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.
- Menyumbangkan idea, pendapat dan tenaga untuk menjayakan rancangan atau projek yang telah ditetapkan oleh persatuan.
- Boleh melantik ahli-ahli jawatankuasa kecil jika dirasakan perlu.
- Bersama-sama bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang telah dipersetujui dalam sesuatu mesyuarat.
Ahli jawatankuasa biasanya akan dijemput menghadiri mesyuarat dengan
notis sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh mesyuarat. Seseorang
ahli jawatankuasa yang tidak hadir mesyuarat tiga (3) kali
berturut-turut tanpa alasan boleh dianggap sebagai telah meletak jawatan
sebagai ahli jawatankuasa dan tindakan yang sah boleh diambil (jika
perlu). Jika ada ahli jawatankuasa yang meninggal dunia, maka lantikan
baru boleh dibuat.
8. Pemeriksa Kira-kira
Biasanya dua
orang Pemeriksa Kira-kira yang tidak terdiri daripada pegawai dan ahli
jawatankuasa akan dilantik dalam mesyuarat agung tahunan. Antara lain
tugas mereka adalah:
- Memeriksa penyata kewangan persatuan bagi tempoh lantikan dan membuat laporan atau pengesahan untuk mesyuarat agung.
- Memeriksa penyata kewangan persatuan bagi mana-mana masa dalam
tempoh jawatan mereka dan memberi laporan pada jawatankuasa pada
bila-bila masa yang dikehendaki oleh YDP.
9. Ahli Biasa
Biasanya ahli sesebuah persatuan terbuka kepada golongan tertentu yang
mempunyai kepentingan bersama. Umumnya permohonan menjadi ahli persatuan
dimajukan kepada Setiausaha dan seterusnya dipanjangkan kepada
jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicara
menolak mana-mana permohonan tanpa memberikan sebarang alasan. Sebagai
ahli sebuah persatuan, antara tanggungjawab yang perlu dipenuhi adalah:
- Membayar yuran keahlian kepada Bendahari samada secara bulanan
atau tahunan mengikut cara yang diamalkan oleh persatuan tersebut.
Terdapat juga persatuan yang mengenakan bayaran seumur hidup iaitu
dengan cara bayaran sekaligus sahaja.
- Memberi surat
bertulis jika hendak berhenti menjadi ahli dan mebayar semua
hutang-hutang yuran yang tertunggak jika ada.
- Membantu
mengemaskan perjalanan mesyuarat jika diminta oleh Presiden / YDP atau
Setiausaha seperti mengira undi, mencatat nama, menjadi penyambut
tetamu, menyediakan jamuan dan sebagainya.
- Menghadiri Mesyuarat Agung dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli.
PERANAN DALAM PERSATUAN
UNDANGAN WALIMATUL URUS - 19/4/2014
Assalamualaikum W.B.T
Hj Abd Rahman B. Abdullah & Hjh Noraini BT Ahmad
Serumpun kasih seraut sayang sekapur sirih kami sembahkan, Dengan penuh
kesyukuran dan takzim kehadrat Allah SWT kami mempersilakan Keluarga
PARIMBUNIS sekeluarga bagi menyempurnakan tambatan janji, izin berwali,
ijab bersaksi puteri kami
NORADLIN BT ABD RAHMAN dgn pasangannya AZLANIZAM B. AHMAD
Pada hari SABTU, 19 APRIL 2014 bersamaan 19 Jamadilakhir 1425H bertempat di DEWAN SERBAGUNA TAMAN MAWAR, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR
Semoga kehadiran keluarga PARIMBUNIS akan menyerikan lagi majlis kami.
Aturcara Majlis
Jamuan makan:11pg-5.30ptg
Bersanding: 2.00ptg
Turut Mengundang:Seisi Keluarga