KELUARGA PAJAR, PARIMBUNIS

PERSATUAN KELUARGA BESAR KETURUNAN RAJA ALI RAJA JAAFAR (YDM RIAU VIII) DAN ENGKU CHIK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN

PERBINCANGAN AKTIVITI KELUARGA RAJA ALI UNGKU CHIK - 28/6/2014

Pada 28.06.14, beberapa anggota keluarga Masparimbunis telah berbincang kemungkinan mengadakan majlis Rimbunan Kasih ke 5 pada tahun ini. Perbincangan dibuat atas permintaan Ketua Limpo Tuan Hj Kassim Ahmad melalui YB Dato Noor Ehsanuddin (Rumpun Pajar) kepada Dato Hj Rahim Abu, Anang Rumpun Masrobiah. Hadir bersama ialah ahli-ahli keluarga yang mewakili ketua rumpun masing-masing. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato Hj Rahim di pejabatnya bersetuju melantik Abdullah Seman dari Rumpun Masrobiah mengendalikan Rimbunan Kasih ke 5 ini. Hj Md Yassin Ismail dari Rumpun Ismail pula diminta mengendalikan majlis korban sumbangan anggota Masparimbunis pada hari Raya Haji akan datang di Pulau Penyengat, sempena wisata/ziarah anggota keluarga Masparimbunis ke Kepulauan Riau. Shamsiah Aiyub dari Rumpun Rimbun akan menguruskan pendaftaran Persatuan Masparimbunis dengan ROS Melaka. Hj Amir Majid, selaku Ketua Urusetia Lembaga Adat Keluarga Besar Keturunan Raja Ali dengan Raja Chik akan mengemaskinikan butiran anggota seramai 3200 orang.





SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1435H

kami sekeluarga mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1435H kepada semua ahli keluarga keturunan Raja Ali Raja Jaafar & Ungku Chik.. Semoga amalan kebajikan kita di sepanjang bulan yang mulia ini dinilai dan diterima oleh ALLAH S.W.T.

ALLAH S.W.T. berfirman dalam Kalam-Nya yang mulia:
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."

Ibn Salam menceritakan kepada kami, katanya; Muhammad ibn Fudhail memberitahu kami, katanya; Yahya ibn Said menceritakan kepada kami, katanya; daripada Abu Salamah; daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda : "Barang siapa yang berpuasa pada bulan RAMADAN dengan penuh rasa keimanan dan mengharapkan keredaan ALLAH, maka diampuni dosanya yang telah lalu". (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).



KENDURI JAMAK SEMPENA RAMADHAN

KELUARGA BESAR ZURIAT & KERABAT KERAJAAN RIAU LINGGA, akan mengadakan KENDURI JAMAK sempena Bulan Ramadhan diMasjid Raya Sultan Riau, di Pulau Penyengat Indra Sakti, pada jam 9.30 WIB, Hari Sabtu, 21 Jun 2014, nersamaan 18 Syakban 1435. Ahli keluarga, zuriat dan kerabat di jemput hadir. Sila sahkan kehadiran majlis dengan menghubungi Raja Azman Raja Sahar +628126113590 (Bintan, Tg Pinang, Penyengat), Raja Mar'i ibni Haji Raja Taib +6281372910008 (Kota Batam), Raja Azli SS,M,Si Ibni Raja Ismail +628127749905 (Tg Balai Karimun).

BLOG PARIMBUNIS

BLOG INI ADALAH DIKHASKAN UNTUK AHLI KELUARGA PARIMBUNIS, BERINTERAKSI DAN MENYALUR MAKLUMAT SEMASA, SEMUGA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SIRATULRAHIM.

Bercakap-cakaP


ShoutMix chat widget

AsmauL Husna

All Malaysian Bloggers Project

Jutawan Emas

Click here ContacT me!! Dealer: Abdullah Johor Bahru, Johor. En. Abd.Lah @ Abdullah Bin Awang Mobile: 016-716 6515 Email: q_eyda@yahoo.com.sg

PengunjunG

blogspot hit counter

Follow me