KELUARGA PAJAR, PARIMBUNIS

PERSATUAN KELUARGA BESAR KETURUNAN RAJA ALI RAJA JAAFAR (YDM RIAU VIII) DAN ENGKU CHIK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN

HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI AL MARHUM SULTAN ISKANDAR


Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim Ibni AlMarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan yang Di Pertuan bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Takzim, " SELAMAT HARI KEPUTERAAN YANG KE 53" .

JAMUAN TEH SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR

JEMPUTAN MELALUI SUK JOHOR: Menjunjuing titah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar,Sultan dan Yang Di Pertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim, Dijemput ke Majlis Jamuan Teh sempena Hari Keputeran DYMM Sultan Johor pada 2.30 ptg, 22hb Nov. 2011, di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Pakaian Kemas. Kehadiran di hargai

LAPORAN UTUSAN MALAYSIA - 200 AHLI KELUARGA KETURUNAN DI RAJA RIAU BERTEMU


200 ahli keluarga keturunan diraja Riau bertemu


PERHIMPUNAN keluarga Parimbunis di Merlimau Jasin Melaka, baru-baru ini.

JASIN 24 Okt. - Kira-kira 200 ahli keluarga daripada keturunan diraja Riau, Raja Ali dan Raja Chik berkumpul sempena perhimpunan dwitahunan keempat generasi itu baru-baru ini.

Penasihat Persatuan Keturunan Raja Ali dan Raja Chik (Parimbunis), Kassim Ahmad, 80, berkata, semua ahli keluarga yang berkumpul pada hari ini terdiri daripada kalangan generasi keempat sehingga ketujuh yang merupakan cicit dan oneng kepada Raja Ali dan Raja Chik.

Menurutnya, perhimpunan dinamakan Parimbus Rimbunan Kasih 4 itu merupakan kali keempat diadakan setiap dua tahun bermula Disember 2002.

"Matlamat utama perhimpunan diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga Parambunis daripada anak, menantu, cucu, cicit, piut, buyut, dan oneng.

"Keseluruhan ahli keluarga Parambunis dianggarkan seramai 2,270 orang yang berada di seluruh negara termasuk di Riau Indonesia," katanya di sini baru-baru ini.

Katanya, selain menjamu selera dengan pelbagai hidangan, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pertandingan menunjukkan bakat menyanyi selain perbincangan mengadakan program lain seperti ibadah korban.

Anak saudara Kasim, Amir Abdul Majid yang mencetuskan idea perhimpunan Parimbus Rimbunan Kasih itu sembilan tahun lalu berkata, perhimpunan itu memberi banyak manfaat kepada keluarga dan warisan pada masa hadapan

"Namun, usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi kita akan berusaha mengumpul lebih ramai keturunan Raja Ali dan Raja Chik pada tahun hadapan setelah genap 10 tahun perhimpunan ini," katanya

MAJLIS HALAL BIHALAL ZURIAT DAN KERABAT RAJA RIAU LINGGA ( 25.9.2011)






KONVENSYEN ANTARABANGSA BUGIS


KONVENSYEN ANTARABANGSA BUGIS
Tarikh : 25 - 27 November 2011
Tempat : UTM, Skudai, Johor Darul Ta'zim

MAJLIS AIDIL FITRI & SIRATULRAHMI ZURIAT & KERABAT RAJA RIAU LINGGA 2011

Keluarga Besar Zuriat Dan Kerabat Raja Riau Lingga menjemput semua ahli keluarga ke Majlis Aidil Fitri dan Siratulrahmi di Balai Adat, Pulau Penyengat, Riau, Indonesia, pada Hari Ahad 25 hb Sept. 2011, jam 9 pg ( Waktu Indonesia Barat). Sebarang pertanyaan, sila hubungi Hj Abdullah Awang (+6019 777 0435) atau Raja Anif (+62813 721 96362). Kehadiran di hargai.

MAJLIS RIMBUNAN KASIH KALI KE 4

MAJLIS RIMBUNAN KASIH kali ke 4 akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh : Sabtu, 22 Oktober 2011; Jam 9:00 pg - 4:00 ptg
Lokasi: Di Dewan Platinum - Politeknik Merlimau, Merlimau, Melaka
Pakaian: Baju Melayu / kemas.
Aktiviti: Pendaftaran Ahli2 Baru dan Lama, Majlis Tahlil Arwah & Doa Selamat, Merhaban, Penerangan Aktiviti Keluarga, Penyediaan Caruman sebagai Ahli Khairat Kematian Parimbunis, Qurban 2011, Penubuhan Koperasi Parimbunis dan lain2, beramah mesra diantara Keluarga & Hiburan

Bayaran : RM 20.00 untuk Dewasa dan kanak2 dibawah 18 tahun RM 10.00.

Bayaran bolih dibuat melalui MAYBANK a/c No 164810090036 dan Sms Hj Rozli Yusof 0163728775 setelah membuat pembaya
ran
.

BLOG PARIMBUNIS

BLOG INI ADALAH DIKHASKAN UNTUK AHLI KELUARGA PARIMBUNIS, BERINTERAKSI DAN MENYALUR MAKLUMAT SEMASA, SEMUGA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SIRATULRAHIM.

Bercakap-cakaP


ShoutMix chat widget

AsmauL Husna

All Malaysian Bloggers Project

Jutawan Emas

Click here ContacT me!! Dealer: Abdullah Johor Bahru, Johor. En. Abd.Lah @ Abdullah Bin Awang Mobile: 016-716 6515 Email: q_eyda@yahoo.com.sg

PengunjunG

blogspot hit counter

Follow me