KELUARGA PAJAR, PARIMBUNIS

PERSATUAN KELUARGA BESAR KETURUNAN RAJA ALI RAJA JAAFAR (YDM RIAU VIII) DAN ENGKU CHIK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Salam Maulidur Rasul untuk semua UMAT ISLAM……….

SELAMAT TAHUN BARU CINA




AJK PARIMBUNIS MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA WARGA TIONGHUA

JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN



Hj Abdullah Hj Awang dan Hajjah Faridah Hj Bahrom menjemput semua warga PARIMBUNIS yang berkelapangan dan berkesudian, untuk hadir ke Majlis Perkahwinan adik Hajjah Faridah, di Kg Melayu, Simpang Renggam, Johor pd 19 Mac 2011. Kehadiran di hargai.

ADAT BUGIS MASIH DIJUNJUNG DI MALAYSIA





SELAMAT TAHUN BARU 2011

AHLI JAWATANKUASA PARIMBUNIS MENGUCAPKAN " SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU - 2011 ", DENGAN PENUH KEAZAMAN DAN KEJAYAAN.


MAJLIS PERNIKAHAN KELUARGA PAJAR, PARIMBUNIS

Hajjah Saminah Bte Jais ( Balu Hj Bahrom @ Hj Kadir), dari keluarga Pajar, menjemput warga dan keluarga PARIMBUNIS ke Majlis Pernikahan anak perempuannya, Suhailah Bahrom pada 20 hb Nov. 2010, Hari Sabtu, jam 10.30 pg, di 229, Jln Bunga Raya, Kg Melayu, Simpang Renggam. Kehadiran di hargai.

MAJLIS PERKAHWINAN KELUARGA PAJAR, PARIMBUNIS

Hajjah Zainab Binti Ismail, (bekas pengetua), dari keluarga Pajar, menjemput warga dan keluarga PARIMBUNIS, ke Majlis Perkahwinan Anak Perempuannya pada 20 hb November 2010, Hari Sabtu, di Jalan Chai Chin Koon, Kg Abdullah, Segamat. Kehadirian di Hargai.

BLOG PARIMBUNIS

BLOG INI ADALAH DIKHASKAN UNTUK AHLI KELUARGA PARIMBUNIS, BERINTERAKSI DAN MENYALUR MAKLUMAT SEMASA, SEMUGA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SIRATULRAHIM.

Bercakap-cakaP


ShoutMix chat widget

AsmauL Husna

All Malaysian Bloggers Project

Jutawan Emas

Click here ContacT me!! Dealer: Abdullah Johor Bahru, Johor. En. Abd.Lah @ Abdullah Bin Awang Mobile: 016-716 6515 Email: q_eyda@yahoo.com.sg

PengunjunG

blogspot hit counter

Follow me