PENUBUHAN KOOPERASI KELUARGA PARIMBUNIS
Keputusan Mesyuarat AJK PARIMBUNIS pada 27hb Mei 2012, satu Kooperasi Keluarga PARIMBUNIS akan di tubuhkan. Bagi tujuan tersebut, mana2 ahli keluarga yang berminat, bolihlah menghubungi Bendahari PARIMBUNIS - Saudara Abdullah Bin Seman ataupun Setiausaha PARIMBUNIS - Dr Mohd Idris Shah Bin Ismail ( 014 932 6495 ). Semuga dengan kewujudan Kooperasi Keluarga PARIMBUNIS ini dapat menjana ekonomi dan pembangunan insan ahli keluarga PARIMBUNIS.
RIMBUNAN KASIH KE 5 - 21/8/2012
AJK PARIMBUNIS merancang untuk mengadakan Majlis Rimbunan Kasih ke 5, sempena Ulangtahun ke 10 PARIMBUNIS pada 21hb Ogos 2012 bersamaan 3 syhawal di Sek. Men. Padang Temu, Melaka. Harap semua Ketua2 Rumpun dan ahli2 keluarga dapat menyebarkan berita ini agar kehadiran dapat di sertai olih kesemua ahli keluarga. Pada tahun 2002, kehadiran mencecah 1,300 orang dan telah di anugerahkan dengan Perhimpunan Keluarga Terbesar olih Malaysia Guinness Book of Record. Semuga perhimpunan kali ini dapat merapatkan hubungan siratul rahim di kalangan keluarga PARIMBUNIS.
RALAT: MESYUARAT AJK BERUBAH WAKTU
RALAT: Mesyuarat AJK PERSATUAN KETURUNAN RAJA ALI DAN RAJA CHIK MALAYSIA (PARIMBUNIS) akan diadakan pada Hari Ahad, 27 hb Mei 2012, TELAH DI TUNDA WAKTU dari jam 10.30 pagi KEPADA jam 2.30 petang di Merlimau Inn, Merlimau, Melaka. Semua AJK PARIMBUNIS adalah di jemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Kehadiran adalah di hargai.
ANANG MASROBIAH - SEMAN BIN MD JANI TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH (20/5/2012)
Makluman dari Hj Amir Majid. Anang MASROBIAH - Seman bin Md Jani telah kembali ke rahmatullah petang ini. Jenazah berada di Kg Air Tawar, Merlimau dan akan di kebumikan petang ini.
ALFATIHAH.
MESYUARAT AJK PARIMBUNIS - 27/5/2012
Mesyuarat AJK PERSATUAN KETURUNAN RAJA ALI DAN RAJA CHIK MALAYSIA (PARIMBUNIS) akan diadakan pada Hari Ahad,27 hb Mei 2012, jam 10.30 pagi di Merlimau Inn, Merlimau, Melaka. Semua AJK PARIMBUNIS adalah di jemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Kehadiran adalah di hargai.








