Posted by
Abd lah @ Abdullah Bin Awang
Thursday, January 31, 2013
KETUA LIMPO PARIMBUNIS, Tuan Hj Kassim Ahmad, menjemput semua ahli keluarga PARIMBUNIS untuk menghadiri Majlis Walimatul Urus anakandanya, pada Hari Sabtu, jam 11pg - 5 ptg, 23/2/2013 di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, KLuang. ( Berhampiran dengan Tasek Kluang). Semuga kehadiran ahli keluarga PARIMBUNIS dapat menambah keceriaan dan seri pada majlis tersebut.
Posted by
Abd lah @ Abdullah Bin Awang
Friday, January 18, 2013
-
|
Dewan Tan Sri Diraja Ramli Ngah Talib, Marina Island, Lumut, Perak
|
| Untuk program kali ini semua peserta DIWAJIBKAN berbusana tradisional Melayu namun boleh juga berjubah berserban mengikut sunnah. Yang perempuan harus menutup aurat, kalau tidak bertudung harus sekurang2nya memakai selendang apalagi DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dijangka mencemar duli untuk majlis ini.
Pihak Perak yang menganjur memberitahu kalau dapat lebih 500 orang berbusana penuh ini akan dimasukkan ke dalam Malaysian Book of Records. Kalau dapat jaminan awal sekurang2nya 1,000 peserta akan muncul, insyaallah Yang di-Pertuan Agong dapat dipujuk untuk turut serta mencemar duli.
Marilah bersama2 mencipta sejarah dan terlibat dalam program kebangkitan alter Melayu yang merupakan program kebangkitan ummah ini. Dunia sedang menunggu tapak daulah Islamiyah dibina melalui kemunculan gerakan panji2 hitam dari Timur. Marilah sama2 meraikan program pada hari yang boleh dijadikan hari kebesaran Melayu, 27 Januari 2013 yang kebetulan jatuh pada 15 Rabiulawal 1434, musim Maulidur Rasul.
Program tentatif
8-8.45 pagi : Pendaftaran peserta
9 pagi : Perarakan dan selawat Maulidur Rasul Ketibaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak,Sultan Azlan Muhibbuddin Shah diiringi laksamana Melayu dan hulubalang.
9.45pagi : Selawat dan Doa untuk penyatuan ummat dan kemakmuran Negara oleh Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid, pengasas Darul Murtadza
10.00 : Ucapan YDP PESADA ,Dr. Mohd Fazzli b Dato’ Ali Bagas Islam, Kesultanan dan Melayu – Jangan Dipisahkan! (Rahsia Alam Melayu)
10.20 : Ucapan Menteri Besar Perak,YAB Dato’ Seri Di Raja Dr. Zambry Abd Kadir,Menteri Besar Perak. Menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Pencak Silat Olahraga Daerah Manjung
10.45 : Pembentang 1 :Persilatan – Rahsia Pendekar Purba (Gerakkan siPendekar membenteng Negara) Prof Dato’ Seri Amar DiRaja Dr. Muhammad Fairus Khairuddin
11.05 : Slide Khas dari Alter Terahsia Bangsa Melayu:Kebangkitan Nusantara
11.15 : Titah Amanat DYMM Paduka Seri Sultan Perak kepada seluruh perajurit Melayu akhir zaman
11.45 : Gimik Pembukaan
11.55 : Berpetualang :Mencari Erti Diri Tuan Radzi Sapiee,Pengasas HIKMAH
12.30 : Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu ,pesanan kebangkitan akhir zaman Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor,Pengetua Pondok Rasool-ur Rahmah
1.00 : Selawat beramai-ramai beserta Doa untuk ummat Akhir Zaman Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid, pengasas Darul Murtadza
Acara khas: Penyerahan Usul HIKMAH3 kepada DYMM Sultan oleh Sdr Radzi Sapiee (pengasas HIKMAH) diiringi YDP PESADA Keberangkatan pulang DYMM Sultan Perak diiringi Menteri Besar YDP PESADA,Pengasas HIKMAH,Pengasas Yayasan Bela Diri M’sia
1.10 : REHAT SOLAT ZUHUR DAN MAKAN TENGAH HARI SOLAT JAMAK dan Qasar Berjemaah dengan para musafir DIIMAMKAN OLEH Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid,pengasas Darul Murtadza di Dewan beserta selawat qubra.
2.40 : Ahlul Bayt dan Kesultanan Melayu Al-Fadhil Ustaz Kazim Elias
3.15 : Kebangkitan Nusantara Prof. Dr.Ridhuan Tee Abdullah,Profesor UPNM. Cetusan Rasa oleh Tuan Radzi Sapiee (Kebangkitan Panji Hitam) wakil Singapura, Bentan dan Acheh YM Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein, wakil Singapura. YM Raja Syukri, waris Raja Haji Fi Sabilillah,wakil Acheh Tuan Haji Huzrin Hood, Pemangku Adat Bentan,Indonesia Moderator : Taufiq Tan sri Khalid Sahan,peguam bela dan peguam cara
3.50 : Penyampaian cenderahati dan sijil
4.30 : REHAT DAN SOLAT ASAR(tempatan)
5.00 : Aktiviti Berkumpulan Penyediaan Resolusi untuk diserahkan kepada YAB Perdana Menteri
6.00 : DOA dan PERARAKAN SELAWAT sempena Maulidur Rasul (Walkabout sekitar Marina Island Pangkor)
Majlis ditangguhkan. |
Posted by
Abd lah @ Abdullah Bin Awang
Monday, November 12, 2012
Posted by
Abd lah @ Abdullah Bin Awang
Posted by
Abd lah @ Abdullah Bin Awang
Sunday, November 11, 2012
Info dari Saudara Abdullah Seman.
Satu Perjumpaan dan Perbincangan mengenai Majlis Rimbunan Kasih akan diadakan pada Hari Sabtu, 17/11/2012, jam 10.00 pagi di km 25, Kg Ayer Sawah, Jalan Haji Adam, Merliamu, Melaka. ( Jalan Utama Merlimau ke Muar ). Kehadiran semua ahli keluarga yang ingin membantu dan menjadi urusetia adalah di alu2kan.
Posted by
Abd lah @ Abdullah Bin Awang
Friday, October 26, 2012
Tuan Hj Mahbib Mohd Sabil, Ketua keluarga induk Hashim bin Rimbun telah kembali ke rahmatullah pada maghrib Semalam, 25/10/2012 di HUKM. Jenazah telah di bawa ke 22 jalan Pandamaran Jaya I3A, Pandamaran Jaya 42OOO Port Klang Selangor dan telah dikebumikan selepas jumaat.
Posted by
Abd lah @ Abdullah Bin Awang
Wednesday, October 24, 2012
SALAM AIDIL ADHA & SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH QURBAN.