PERBINCANGAN AKTIVITI KELUARGA RAJA ALI UNGKU CHIK - 28/6/2014
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1435H
kami sekeluarga mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1435H kepada semua ahli keluarga keturunan Raja Ali Raja Jaafar & Ungku Chik.. Semoga amalan kebajikan kita di sepanjang bulan yang mulia ini dinilai dan diterima oleh ALLAH S.W.T.
ALLAH S.W.T. berfirman dalam Kalam-Nya yang mulia:
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."
Ibn Salam menceritakan kepada kami, katanya; Muhammad ibn Fudhail memberitahu kami, katanya; Yahya ibn Said menceritakan kepada kami, katanya; daripada Abu Salamah; daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda : "Barang siapa yang berpuasa pada bulan RAMADAN dengan penuh rasa keimanan dan mengharapkan keredaan ALLAH, maka diampuni dosanya yang telah lalu". (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).
KENDURI JAMAK SEMPENA RAMADHAN
KELUARGA BESAR ZURIAT & KERABAT KERAJAAN RIAU LINGGA, akan mengadakan KENDURI JAMAK sempena Bulan Ramadhan diMasjid Raya Sultan Riau, di Pulau Penyengat Indra Sakti, pada jam 9.30 WIB, Hari Sabtu, 21 Jun 2014, nersamaan 18 Syakban 1435. Ahli keluarga, zuriat dan kerabat di jemput hadir. Sila sahkan kehadiran majlis dengan menghubungi Raja Azman Raja Sahar +628126113590 (Bintan, Tg Pinang, Penyengat), Raja Mar'i ibni Haji Raja Taib +6281372910008 (Kota Batam), Raja Azli SS,M,Si Ibni Raja Ismail +628127749905 (Tg Balai Karimun).
PERANAN DALAM PERSATUAN
PERANAN DALAM PERSATUAN
1. Penaung atau Penasihat
- Kedua-dua jawatan ini tidak memainkan peranan yang aktif
dalam pengendalian persatuan, tetapi nasihat mereka akan diminta jika
diperlukan.
- Penaung selalunya menjadi pelindung pada
persatuan dan penjaga imej persatuan. Biasanya lebih besar dan terkenal
sesebuah persatuan, maka Penaungnya juga merupakan orqang-orang kenamaan yang terkenal. Contohnya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, penaungnya ialah Raja Permaisuri Agong.
2. Presiden / Yang DiPertua (Pengerusi)
Sebagai pemimpin, Presiden / Yang DiPertua (YDP) memainkan peranan
penting dalam sesebuah persatuan atau pertubuhan tersebut. Beliau akan
menjadi penggerak, teras dan sumber ilham serta memberi nafas baru
terhadap kemajuan perjalanan dan perkembangan persatuannya. Antara lain
tanggungjawab YDP adalah:
- Mestilah bersedia berbakti,
mengambil tindakan serta bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang
berbangkit dengan adil dan berkesan. YDP harus kreatif dan mempunyai
kebolehan dalam menyelesaikan masalah.
- Bertanggungjawab
menjayakan aktiviti persatuannya dan berperanan melaporkan kepada
Penaung atau Penasihat. Juga memastikan jentera pentadbiran persatuan
tidak menyeleweng dari dasar asal.
- Dapat menyatukan semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan dalam semua aspek.
- Mempengerusikan semua mesyuarat agung dan mesyuarat ahli
jawatankuasa, menguruskan pembahagian tugas ahli-ahli jawatankuasa serta
menyelaraskan semua tugas dan kegiatan persatuan.
- Membuat
penilaian, perancangan, dan menggubal dasar persatuan dari masa ke
semasa agar pengurusan persatuan berjalan dengan lancar dan sempurna.
3. Timbalan Presiden / Naib Presiden / Naib Yang DiPertua
Adakalanya Timbalan Presiden / Naib Presiden /Naib Yang DiPertua (NYDP)
dilantik seorang atau lebih bergantung kepada keperluan persatuan.
Misalnya NYDP lelaki dan juga wanita. Ia bergantung kepada keperluan
ahli dan mesti mengikut perlembagaan.
- Membantu segala tugas Presiden / Yang DiPertua.
- Memangku tugas YDP semasa ketiadaan beliau.
4. Setiausaha
Merupakan teras dan teraju persatuan dan sebagai nadi bagi menggerakkan sesebuah persatuan.
Umumnya beliau merupakan seorang yang berdedikasi, bertanggungjawab dan
berupaya memikul tugas yang berat dan mencabar. Antara lain peranan
Setiausaha adalah:
- Menghidupkan dan memberi nafas baru kepada pertubuhan yang dianggotainya.
- Menjaga urusan jentera pentadbiran dan pengurusan persatuan.
- Berkewajipan menyelaraskan semua kegiatan dan projek yang dirancang.
- Bertanggungjawab dalam menyediakan minit, notis, agenda dan pelbagai laporan.
- Menguruskan surat menyurat, sistem fail, buku, stok alatulis, pekeliling dan sebagainya.
- Menguruskan tempahan dewan untuk mesyuarat, dan menyediakan pelbagai borang yang berkaitan dengan tugasnya.
- Hadir dalam setiap mesyuarat untuk mencatat minit dan jika
tidak dapat hadir, tugas dilaksanakan oleh Penolong Setiausaha.
- Menandatangani semua cek dan baucer selain Presiden/YDP dan Bendahari.
- Menyediakan Laporan Mesyuarat / Mesyuarat Agung.
5. Penolong Setiausaha
Adakalanya persatuan perlu melantik seorang Penolong Setiausaha apabila
program atau aktiviti yang akan dilaksanakan adalah besar, berat dan
meluas. Lazimnya beliau akan membantu Setiausaha dan memangku jawatan
tersebut apabila ketiadaan Setiausaha.
6. Bendahari
- Bertanggungjawab terhadap semua hal ehwal kewangan persatuan.
- Menandatangani semua cek dan baucer bersama-sama Presiden/YDP atau Setiausaha.
- Menjaga dan memastikan wang persatuan hanya digunakan untuk perkara yang berfaedah sahaja.
- Boleh menyimpan wang tunai tetapi dipastikan tidak melebihi
apa yang dibenarkan oleh perlembagaan persatuan. Wang tunai yang lain
atau cek diterima hendaklah dimasukkan dalam akaun persatuan.
-
Memastikan perbelanjaan bagi sesuatu tahun tidak melebihi anggaran
yang telah diluluskan oleh mesyuarat agung sebelumnya.
- Mengutip yuran bulanan atau tahunan dari ahli.
- Menyimpan buku penyata, buku akaun bank, buku cek, resit, buku wang keluar masuk dan buku wang tunai.
- Menyediakan Laporan Kewangan untuk Mesyuarat / Mesyuarat Agung
7. Ahli Jawatankuasa
Pemilihan ahli jawatankuasa biasanya dibuat dalam mesyuarat agung tahunan. Tugas mereka antara lain:
- Menghadiri semua mesyuarat persatuan.
- Menerima dan melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.
- Menyumbangkan idea, pendapat dan tenaga untuk menjayakan rancangan atau projek yang telah ditetapkan oleh persatuan.
- Boleh melantik ahli-ahli jawatankuasa kecil jika dirasakan perlu.
- Bersama-sama bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang telah dipersetujui dalam sesuatu mesyuarat.
Ahli jawatankuasa biasanya akan dijemput menghadiri mesyuarat dengan
notis sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh mesyuarat. Seseorang
ahli jawatankuasa yang tidak hadir mesyuarat tiga (3) kali
berturut-turut tanpa alasan boleh dianggap sebagai telah meletak jawatan
sebagai ahli jawatankuasa dan tindakan yang sah boleh diambil (jika
perlu). Jika ada ahli jawatankuasa yang meninggal dunia, maka lantikan
baru boleh dibuat.
8. Pemeriksa Kira-kira
Biasanya dua
orang Pemeriksa Kira-kira yang tidak terdiri daripada pegawai dan ahli
jawatankuasa akan dilantik dalam mesyuarat agung tahunan. Antara lain
tugas mereka adalah:
- Memeriksa penyata kewangan persatuan bagi tempoh lantikan dan membuat laporan atau pengesahan untuk mesyuarat agung.
- Memeriksa penyata kewangan persatuan bagi mana-mana masa dalam
tempoh jawatan mereka dan memberi laporan pada jawatankuasa pada
bila-bila masa yang dikehendaki oleh YDP.
9. Ahli Biasa
Biasanya ahli sesebuah persatuan terbuka kepada golongan tertentu yang
mempunyai kepentingan bersama. Umumnya permohonan menjadi ahli persatuan
dimajukan kepada Setiausaha dan seterusnya dipanjangkan kepada
jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicara
menolak mana-mana permohonan tanpa memberikan sebarang alasan. Sebagai
ahli sebuah persatuan, antara tanggungjawab yang perlu dipenuhi adalah:
- Membayar yuran keahlian kepada Bendahari samada secara bulanan
atau tahunan mengikut cara yang diamalkan oleh persatuan tersebut.
Terdapat juga persatuan yang mengenakan bayaran seumur hidup iaitu
dengan cara bayaran sekaligus sahaja.
- Memberi surat
bertulis jika hendak berhenti menjadi ahli dan mebayar semua
hutang-hutang yuran yang tertunggak jika ada.
- Membantu
mengemaskan perjalanan mesyuarat jika diminta oleh Presiden / YDP atau
Setiausaha seperti mengira undi, mencatat nama, menjadi penyambut
tetamu, menyediakan jamuan dan sebagainya.
- Menghadiri Mesyuarat Agung dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli.
UNDANGAN WALIMATUL URUS - 19/4/2014
Assalamualaikum W.B.T
Hj Abd Rahman B. Abdullah & Hjh Noraini BT Ahmad
Serumpun kasih seraut sayang sekapur sirih kami sembahkan, Dengan penuh
kesyukuran dan takzim kehadrat Allah SWT kami mempersilakan Keluarga
PARIMBUNIS sekeluarga bagi menyempurnakan tambatan janji, izin berwali,
ijab bersaksi puteri kami
NORADLIN BT ABD RAHMAN dgn pasangannya AZLANIZAM B. AHMAD
Pada hari SABTU, 19 APRIL 2014 bersamaan 19 Jamadilakhir 1425H bertempat di DEWAN SERBAGUNA TAMAN MAWAR, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR
Semoga kehadiran keluarga PARIMBUNIS akan menyerikan lagi majlis kami.
Aturcara Majlis
Jamuan makan:11pg-5.30ptg
Bersanding: 2.00ptg
Turut Mengundang:Seisi Keluarga
MOHON BANTUAN KEBAKARAN DI PUSAT TAHFIZ
MOHON BANTUAN KEBAKARAN DI PUSAT TAHFIZ : Satu kejadian kebakaran telah
berlaku di Maahad Tahfiz Muhammadiah jam 10 malam tadi, di Jalan
Pintas, Bukit Rangin, Kuantan. Maahad ini menempatkan 18 orang pelajar
dari kalangan fakir miskin dan anak2 yatim. Alhamdulillah tiada
kemalangan jiwa. Sumbangan dan derma amat2 diperlukan terutamanya
pakaian kanak2 lelaki berumur 6-15 tahun. Saluran bantuan kewangan
kepada Madrasah tersebut boleh menggunakan No Akaun MAHAAD TAHFIZH
MUHAMMADI , Bank Muamalat 0601 - 0002791 -71-2 atau hubungi Ustaz
Tengku Muhammad Tengku Jaafar 013 9380762, 09 5366409.
Memutuskan Hubungan Kekeluargaan
Memutuskan Hubungan Kekeluargaan
Manusia takkan mencapai kehidupan tenteram tanpa pergaulan di dalam
suatu kelompok tertentu yang mengikat dirinya dengan hak-hak dan
berbagai kewajiban di dalam kelompok tersebut. Sebab, andaikata
kehidupan seorang manusia itu tanpa mengelompokkan diri pada suatu
kelompok tertentu, maka ia bagai kambing yang memisahkan diri dari
“regunya”. Ia akan merana dan hidup sengsara.
Yang dimaksud dengan kelompok di sini adalah hubungan dalam bentuk
kekeluargaan. Keluarga adalah bagian dari masyarakat yang merupakan
sumber kebahagiaan bagi masyarakat itu sendiri. Dengan melalui hubungan
kekeluargaan, seseorang bisa memperoleh hak-haknya yang patut
dikabulkan. Selain itu ia akan merasa tenteram dan aman di bawah
naungannya. Karenanya, Islam mengajarkan agar para pemeluknya selalu
berpegang pada tata hubungan kekeluargaan ini dan mendahulukan
kepentingannya ketimbang kepentingan lainnya. Di lain pihak Islam juga
mengancam orang-orang yang memutuskan hubungan ini, dan akan mendapatkan
siksa yang pedih. Sebab, perbuatan tersebut merupakan tindakan dosa.
Di dalam Islam, kekeluargaan mempunyai dua kata sinonim. Terkadang
diistilahkan dengan arham (famili), dan terkadang dengan istilah
dzawi’l-qurba (kerabat terdekat).
Di dalam ayat-ayat Al-Qur’an
yang menerangkan pengertian dzawi’l-qurba ialah : “Dan berikanlah
kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan
orang yang dalam perjalanan”. (Q.S. 17 : 28).
Di dalam ayat
lain Allah berfirman : “Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka
nafkahkan. Jawablah : ‘Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah
diberikan kepada ibu bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang
miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan”. (Q.S. 2 : 215).
Al-Qur’an juga memberikan prioritas tinggi terhadap kerabat dekat untuk
menerima perhatian (kebaikan) dan diutamakan kepentingannya lebih
daripada lainnya.
Di dalam Al-Qur’an dikatakan mengenai
al-arham : “Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan)
nama-Nya kamu saling meminta satu sama lainnya dan (peliharalah)
hubungan silaturahmi”. (Q.S. 4 : 1).
Ayat tersebut
memerintahkan kepada kita agar bertakwa kepada Allah atau melaksanakan
segara perintah-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya. Setelah itu
Allah memerintahkan menyambung hubungan silaturahmi dan memenuhi
hak-haknya, serta jangan memutuskan hubungan tersebut.
Di
dalam hal ini Allah berfirman yang melarang pemutusan hubungan
silaturahmi : “Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat
kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka
itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka
dan dibutakan-Nya penglihatan mereka”. (Q.S. 47 : 22-23).
Sehubungan dengan pengertian ayat tersebut, Rasulullah bersabda :
الرّحم معلّقة بالعرش تقول: من وصلني وصله الله ومن قطعي قطعه الله رواه البخارى ومسلم
“Silaturahmi digantungkan di atas ‘Arasy (Menyambung persaudaraan
dengan orang-orang yang masih ada hubungan famili, baik yang muhrim
ataupun bukan. Caranya ialah dengan memberikan pertolongan baik berupa
material ataupun moril. Dan menurut pengertian secara globalnya ialah
menolong orang yang masih ada hubungan famili menurut kemampuan yang
ada.) , ia berkata : Barang siapa menyambungkan hubungannya, maka Allah
akan menyambungkannya, dan barang siapa yang memutuskannya, maka Allah
akan memutuskan hubungan silaturahmi dari ‘Arasy (Hadits riwayat Bukhari
dan Muslim.)”.
Rasulullah juga pernah bersabda :
مامن ذنب اججدر ان يعجّل الله لصاحبه العقوبة فى الدّنيا مع ما يدخّرله فى
الاخرة من: البغي وقطيعة الرّحم. رواه البخارى والترمذى وابن ماجه
“Tak ada suatu perbuatan dosa apapun yang lebih berhak disegerakan
hukumannya oleh Allah di dunia ini, di samping yang akan diterimanya di
akherat, selain daripada perbuatan zina dan memutuskan hubungan
kekeluargaan” (Hadits riwayat Bukhari, Turmudzi dan Ibnu Majjah.).
Sabda Nabi yang lain :
لايدخل الجنّة قاطع رحم (رواه مسلم)
“Takkan bisa masuk surga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan (silaturahmi)” (Hadits riwayat Muslim.).
Rasulullah juga menganjurkan kepada umatnya agar mempererat hubungan silaturahmmi :
من كان يؤمن با لله واليوم الاخر فليكرم ضيفه، ومن كان يؤمن با لله واليو
الاخر فليصل رحمه، ومن كان يؤمن با لله واليوم الاخر فليقل خيرا أوليصمت
(رواه البخاري ومسلم)
“Barang siapa yang beriman kepada Allah
dan hari akhir, maka hormatilah tamunya. Barang siapa yang beriman
kepada Allah dan hari akhir, maka sambunglah hubungan silaturahmi. Dan
barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia
berkata yang baik atau diam” (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah juga menerangkan dampak positif bagi orang yang melakukan hubungan silaturahmi :
من أحبّ ان يبسط له فى رزقه، وينسأله فى اثره فليصل رحمه (رواه البخارى ومسلم)
“Barang siapa yang ingin agar rezkinya diperbanyak dan umurnya
diperpanjang, maka sambunglah pertalian silaturahmi” (Hadits riwayat
Bukhari dan Muslim).
Hikmah yang terkandung di dalam
pelaksanaan silaturahmi, atau kenapa Islam mementingkan masalah ini
karena adanya faktor penting, yaitu faktor kejiwaan. Dari sini seorang
akan mengharapkan kebaikan bagi kerabatnya sendiri. Dan apabila tidak
demikian, maka perbuatannya termasuk berdosa.
Seorang kaya,
apabila tidak bersedia menyantuni kaum miskin yang bukan keluarganya,
maka kemarahan si miskin tersebut tidak akan seberapa dibandingkan
dengan apabila si miskin tersebut ternyata keluarganya sendiri.
Pada jaman dahulu ada seorang penyair yang mengatakan :
وظلم ذوى القربى أشدّ مضاضة على النّفس من وقع الحسّام المهنّد.
“Perbuatan aniaya dari kerabat sendiri lebih pedih dirasakan oleh hati daripada bacokan pedang yang tajam”.
Perbuatan aniaya yang dilakukan kerabatnya sendiri akan menyebabkan
berkobarnya rasa dengki dan iri hati. Sebab, biasanya kaum kerabat akan
lebih mengetahui rahasia kerabatnya sendiri. Dan jika salah satu kerabat
sudah terjangkit penyakit ini, maka dengan mudah akan membalas sakit
hatinya kepada famili yang berbuat menyakitkan.
Islam
bertujuan membangun masyarakat yang penuh rasa kasih sayang dan saling
menolong. Karenanya, Islam telah menentukan orang-orang yang paling
berhak, yaitu kerabat. Di dalam hukum waris, Islam telah menentukan
tinggalan mayit sebagai harta waris yang diberikan kepada kaum kerabat,
sesuai dengan urutan dekat-tidaknya ahli waris dengan mayit.
Allah berfirman : “Bagi orang laki-laki ada hak bagian dari harta
peninggalan ibu bapak dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak
bagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapak dan kerabatnya, baik
sedikit atau banyak menurut bagian yang telah ditetapkan”. (Q.S. 4 : 7).
Dan sebagai bukti yang kuat bahwa Islam memperhatikan
terhadap masalah kekeluargaan ialah, Islam mewajibkan kepada orang-orang
yang mampu agar memberikan nafkah kepada orang-orang tidak mampu dari
kerabatnya sendiri, baik anak, cucu; ayah atau kakek dan lain
sebagainya.
Imam Ahmad Ibnu Hanbal mengatakan bahwa wajib
memberi nafkah kepada ahli waris yang miskin. Hal ini telah ditetapkan
oleh Al-Qur’an, yang pengertiannya mencakup wajib memberi nafkah kepada
ayah, dan wajib pula bagi seorang membayar upah penyusuan dan
pemeliharaan anak.
Allah berfirman : “Dan kewajiban ayah
memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma’ruf.
Seseorang tidak dibebani menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang
ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah kar












