KELUARGA PAJAR, PARIMBUNIS

PERSATUAN KELUARGA BESAR KETURUNAN RAJA ALI RAJA JAAFAR (YDM RIAU VIII) DAN ENGKU CHIK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN

ASAL USUL PARIMBUNIS

KETURUNAN RAJA ALI BIN RAJA JAAFAR
DENGAN RAJA CHIK BT DAENG ABDUL RAHMAN

PARIMBUNIS:

Parimbunis ialah nama singkatan Pajar, Rimbun, dan Ismail, iaitu tiga anak lelaki Raja Ali bin Raja Jaafar dengan Raja Chik bt Daeng Abdul Rahman. Seorang lagi anak mereka ialah Masrobiah. Perkataan Parimbunis dicipta semasa perhimpunan keluarga yang pertama kali diadakan di Padang Temu Melaka pada 8 Disember 2002 yang dihadiri oleh 1400 orang ahli keluarga dari seluruh pelusuk tanah air dan Singapura.

Kini Persatuan Keturunan Raja Ali dan Raja Chik menggunakan perkataan Parimbunis sebagai nama singkatannya.

KETURUNAN RAJA ALI DENGAN RAJA CHIK

Raja Ali bin Raja Jaafar ialah Yang Di-Pertuan Muda Riau kelapan (1845-1857), dan cucu kepada Raja Haji ibni Daeng Chelak, Yang Dipertuan Muda Johor-Riau-Pahang keempat (1777-1784), yang mangkat berperang dengan Belanda di Teluk Ketapang Melaka.

Raja Chik pula ialah anak Daeng Abdul Rahman bin Daeng Kechil Abdul Hamid, Temenggong Johor-Singapura (1806-1825) dari keturunan Sultan Abdul Jalil IV Yang Dipertuan Johor-Riau-Pahang.

YM Raja Ali ada dua belas anak dari isteri pertama Raja Siti binti Raja Idris, dua orang anak dari isteri kedua, Cik Puan Salamah, dan seorang anak dari isteri ketiga Raja Sulong binti Daeng Abdul Rahman (Raja Long). Raja Aishah (Tengku Ampuan Kechil – Raja Chik) berkahwin ‘bersalin tikar’ dengan Raja Ali selepas kematian Raja Long, dan mendapat empat anak. Keempat empat anak Raja Ali dari Raja Chik ini telah berhijrah ke Tanah Melayu sejurus selepas kemangkatan ayahanda mereka dengan menggunakan nama samaran. iaitu Rimbun, Pajar, Masrobiah dan Ismail. Nama mereka sebenar tidak diketahui. (Ada rekod sejarah memberikan nama keempat-empat anak Raja Ali dari Raja Chik ini sebagai Raja Fatimah, Raja Jaafar, Raja Nong dan Raja Hussein).

Rimbun dan Pajar telah berhijrah ke Sungai Balang Muar dan Merlimau Melaka pada tahun1857. Ismail dan Masrobiah ikut serta beberapa tahun kemudian.

Lihat Carta 1: Keluarga Raja Ali dengan Raja Chik.

Rimbun berkahwin dengan Jekiah dan mendapat Esah, Shahabudin, Hashim, dan Saamah.

Carta 2 menunjukan keturunan Rimbun dan generasi keduanya.

Pajar berkahwin dengan Minah Lamin. Mereka dikurniakan lima orang anak: Saamah, Sitam, Ahmad, Labu, dan Sariah.

Carta 3 menunjukan keturunan Pajar dan generasi keduanya.

Ismail pula telah berpindah dari Merlimau ke Padang Muar apabila telah dewasa. Beliau berkahwin dengan Endah bt Daeng Abu Bakar dan mendapat dua orang anak Khatijah dan Abdul Rahman.

Carta 4 menunjukan keturunan Ismail dan generasi keduanya.

Masrobiah pula telah berkahwin dengan Raja Ahmad bin Raja Mohd Yusof semasa di Riau, dan dikurniakan dua puteri iaitu Raja Bahru dan Raja Dayang. Semasa di Merlimau Masrobiah telah berkahwin bagi kali kedua dengan Sayed Alaudin bin Sayed Baharudin Al-Edros. Mereka dikurniakan seorang puteri, iaitu Sembok. Sayed Alaudin pula ada empat anak lain dari perkahwinan sebelumnya, iaitu Sayed Mohamad Ariffin (Tok Tenang), Sayed Abdullah, Sharifah Fatimah dan Umi Kalsom.

Carta 5 menunjukan keturunan Masrobiah dengan Raja Ahmad dan Sayed Alaudin dan generasi keduanya.

ASAL USUL RAJA ALI DAN RAJA CHIK

Raja Ali bin Raja Jaafar, Yang Di-Pertuan Muda Riau kelapan ialah dari keturunan Daeng Chelak bin Daeng Relaga bin La Masussalat, Raja Luwuk di Sulawesi. Raja Chik pula ialah dari keturunan Daeng Parani bin Daeng Relaga, kekanda Daeng Chelak. Kedua-dua Daeng Chelak dan Daeng Parani telah berkahwin dengan puteri-puteri Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.

Carta 06 menunjukan asal usul Raja Ali dan Raja Chik secara grafik.













Hj Amir bin Abdul Majid KMN
K.amirmajid@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

BLOG PARIMBUNIS

BLOG INI ADALAH DIKHASKAN UNTUK AHLI KELUARGA PARIMBUNIS, BERINTERAKSI DAN MENYALUR MAKLUMAT SEMASA, SEMUGA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SIRATULRAHIM.

Bercakap-cakaP


ShoutMix chat widget

AsmauL Husna

All Malaysian Bloggers Project

Jutawan Emas

Click here ContacT me!! Dealer: Abdullah Johor Bahru, Johor. En. Abd.Lah @ Abdullah Bin Awang Mobile: 016-716 6515 Email: q_eyda@yahoo.com.sg

PengunjunG

blogspot hit counter

Follow me