- Saya Hj Amir bin Abdul Majid dari Muar, Johor ingin menganjurkan sesuatu perkara bagi munafaat warga Pulau Penyengat dengan kerjasama penduduk setempat dan mereka mereka yang berasal dari Pulau Penyengat, sama ada mereka kini berada di Indonesia, Singapura, Brunai, atau Malaysia.
Sebagai langkah pertama, beberapa anggota dari keluarga keturunan AlMarhum Raja Ali bin Raja Jaafar bercadang untuk membina dan melaksanakan satu pusat pengajian Islam bertaraf antarabangsa, bermula dari peringkat rendah hingga ke peringkat universiti, melalui sumbangan jariah anggota keluarga dan kerabat, serta dana dari luar Nusantara.
Cadangan ini adalah sejajar dengan sifat Raja Ali bin Raja Jaafar, Yamtuan Muda Riau Kelapan yang banyak membawa pembaharuan dalam pemerintahan baginda yang berteraskan keislaman. Bersama dengan adindanya Engku Haji Muda Raja Abdullah, baginda telah banyak melakukan pembaharuan dalam pemerintahan. Baginda telah menguat-kuasakan buat pertama kalinya undang-undang Islam di Riau. Menurut Raja Ali Haji, pengarang Tuhfat Al-Nafis, pemerintahan Raja Ali ialah zaman gemilang Kerajaan Riau.
Raja Ali bin Raja Jaafar, Yang Di-Pertuan Muda Riau ke 8 ialah putera kedua Raja Jaafar bin Raja Haji. Baginda diangkat menjadi Yamtuan Muda Riau pada tahun 1845 selepas kemangkatan kekandanya Raja Abdul Rahman bin Raja Jaafar, Yamtuan Muda ke-7. Raja Ali telah memerintah Riau dengan baik. Pulau Penyengat dijadikan pusat pentadbiran kepulauan Riau. Sewaktu pemerintahan baginda, ekonomi Riau telah berkembang dengan pesat. Perdagangan diantara Riau dengan Melaka dipergiatkan. Pentadbiran Kerajaan Riau diperkemaskan. Pulau Karimon yang ditinggalkan kosong kerana angkara lanun telah kembali pulih apabila segala lanun dihapuskan dan perlombongan bijih timah digalakkan menyebabkan penduduk bertambah ramai.
Diantara peningggalan Raja Ali yang nyata sehingga ke hari ini ialah Kompleks Istana dan Pejabat Yamtuan Muda di Pulau Penyengat. Raja Ali juga dikenali sebagai Marhom Kantor, bererti baginda mangkat di pejabatnya. Raja Ali mangkat pada 28 Jun 1857, dan disemadikan bersebelahan dengan ayahandanya Raja Jaafar.
Satu Jawatankuasa Penaja akan ditubuhkan terdiri dari 20 orang, masing masing mewakili setiap keturunan putera dan puteri Raja Ali. Putera Puteri Raja Ali ialah Raja Mansur, Raja Andut, Raja Muhd Yusuf, Raja Abdul Samad, Raja Merewah, Raja Sulaiman, Raja Awang, Raja Perak, Raja Safiah, Raja Salamah, Raja Hamidah, dan Raja Bungsu (dari Raja Safiah binti Raja Idris), Raja Jaafar @ Raja Nong-Johor (dari Raja Sulong binti Temenggong Abdul Rahman), Raja Abdul Wadud, Raja Fatimah, Raja Mohamad dan Raja Hassan (dari Raja Aishah binti Temenggong Abdul Rahman), Raja Md Som, Raja Wok, dan Raja Husin, (dari Cik Puan Salamah).
Jawatan Pengerusi, Setiausha, Pen Setiausaha dan Bendahari JK Penaja ini akan dipilih dari kalangan AJK Penaja.
Untuk menjejaki semua pewaris Raja Ali ini, saya memerlukan butiran anggota keluarga untuk memenuhi pengkalan data. Oleh itu, sukacita kiranya bagi mereka-mereka yang berminat menyumbang dan menyertai kumpulan ini, sila hubungi saya melalui email amirmajid1945@yahoo.com atau dalam inbox facebook amir abdul majid secepat mungkin. Sila nyatakan nama, alamat, no telefon, hubungan kekeluargaan (dari induk mana) dan sama ada anda bersedia menyertai usaha ini secara sukarela sebagai amalan jariah dan sumbangan ikhlas kepada tanah tumpah darah nenek-moyang/moyet kita, selewatnya sebelum 31.12.2013.
Terima kasih di atas perhatian anda. Mohon maaf jika ada yang terkasar bahasa atau sumbang langkah. Saya bersedia untuk ditegur, jika ini akan menguatkan azam dan iltizam kita semua untuk bergerak ke jalan Allah swt. Salam.
1 comments:
Syukur Alhamdulillah di tahun ini Saya mendapatkan Rezeki yg berlimpah sebab sudah hampir 9 Tahun Saya bekerja di (SINGAPORE) tdk pernah menikmati hasil jeripaya saya karna Hutang keluarga Sangatlah banyak namun Akhirnya, saya bisa terlepas dari masalah Hutang Baik di bank maupun sama Majikan saya di Tahun yg penuh berkah ini,
Dan sekarang saya bisa pulang ke Indonesia dgn membawakan Modal buat Keluarga supaya usaha kami bisa di lanjutkan lagi,dan tak lupa saya ucapkan Terimah kasih banyak kepada MBAH SURYO karna Beliaulah yg tlah memberikan bantuan kepada kami melalui bantuan Nomor Togel jadi sayapun berhasil menang di pemasangan Nomor di SINGAPORE dan menang banyak
Jadi,Bagi Teman yg ada di group ini yg mempunyai masalah silahkan minta bantuan Sama MBAH SURYO dgn cara tlp di Nomor ;082-342-997-888 percaya ataupun tdk itu tergantung sama anda Namun inilah kisa nyata saya
Post a Comment