Catatan Hj Amir Majid
Saya adalah mantan Setiausaha Kerja Masparimbunis (Keluarga Besar Keturunan Raja Ali dengan Raja Chik) dan tidak lagi aktif sejak Persatuan Parimbunis Malaysia dibatalkan pendaftarannya lebih 10 tahun lalu. Keluarga Besar Masparimbunis masih lagi boleh bergerak melalui Lembaga Adat Masparimbunis. Tetapi oleh kerana Lembaga Adat sudah lama tidak bersidang, maka keluarga besar ini tidak melakukan sebarang aktiviti secara kumpulan hingga ke hari ini. Dalam pada itu, beberapa Anang Ismail dan Anang Pajar telah kembali ke rahmatullah, diikuti dengan pemergian Ketua Limpo dan Anang Rimbun. Anang Masrobiah yang dilantik Lembaga Adat ialah Dato Haji Rahim Abu, manakala Tuan Hj Mohd Yassin Ismail telah memangku jawatan Anang Ismail. Jawatan Anang Pajar dan Anang Rimbun masih belum di isi selepas kembalinya ke rahmatullah Tuan Hj Hamid Sidin dan Busu Aiyub Shahabudin. Jawatan Ketua Limpo juga belum di isi selepas kembalinya ke Rahmatullah ketua keluarga kita Tuan Hj Kassim Ahmad. Jawatan Setiausaha Kerja juga kosong selepas Tuan Hj Amir Abdul Majid meletak jawatan.
Pekerjaan pertama yang patut dibuat ialah dengan menubuh semula Lembaga Adat dengan perlantikan perlantikan baru Ketua Limpo, Anang Berempat dan Lili Berlapan, juga seorang yang penuh minat dan bertenaga untuk menjawat jawatan Setiausaha Kerja. Saya mohon tidak terlibat dalam sebarang perlantikan.
Untuk tujuan mempercepatkan proses menghidupkan semula keluarga besar Masparimbunis ini, saya telah membentuk satu grup Whatsapp yang dinamakan Masparimbunis 2 untuk mendapatkan semua anggota ke dalam satu forum. Semoga mendapat kerjasama semua anggota yang berminat menyertai grup ini.
Link untuk menyertai group Whatsapp Masparimbunis 2 adalah seperti berikut :
http://chat.whatsapp.com/HvMs3zfJExnJSJVurpfj2M.
0 comments:
Post a Comment