KELUARGA PAJAR, PARIMBUNIS

PERSATUAN KELUARGA BESAR KETURUNAN RAJA ALI RAJA JAAFAR (YDM RIAU VIII) DAN ENGKU CHIK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN

Webinar

*Pihak Lembaga Adat Masparimbunis IV akan mengadakan satu webinar berkaitan dengan Keluarga Besar Masparimbunis pada ketetapan berikut :*

*Tarikh : 26 Feb 2022
Masa : 10.00 - 11.00 pagi*

*Secara Bersemuka di :-*
*Lokasi : Bilik Seminar, Aras 9, UTC Melaka*.

*Secara Maya :-*
*Melalui platform Google Meet, (link akan diberikan sedikit masa lagi).*

*Sesi webinar akan dikendalikan oleh Tuan Hj Amir Majid.*

*Kehadiran warga Masparimbunis amat digalakkan. Mereka yang ingin hadir ke sesi webinar secara bersemuka diminta untuk memaklumkan pihak Urusetia agar kami boleh membuat persiapan yang perlu, ini adalah kerana Bilik Seminar UTC hanya boleh menampung seramai 50 orang hadirin sahaja.*

Selamat Hari Malaysia.

Hari Kemerdekaan

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Kali ke 64
Merdeka !!
Merdeka!!
Merdeka!!

Senarai Penuh Pimpinan Keluarga MASPARIMBUNIS

kepimpinan keluarga 2021

Dirgahayu

Makluman untuk ahli keluarga

Catatan Hj Amir Majid
Saya adalah mantan Setiausaha Kerja Masparimbunis (Keluarga Besar Keturunan Raja Ali dengan Raja Chik) dan tidak lagi aktif sejak Persatuan Parimbunis Malaysia dibatalkan pendaftarannya lebih 10 tahun lalu. Keluarga Besar Masparimbunis masih lagi boleh bergerak melalui Lembaga Adat Masparimbunis. Tetapi oleh kerana Lembaga Adat sudah lama tidak bersidang, maka keluarga besar ini tidak melakukan sebarang aktiviti secara kumpulan hingga ke hari ini. Dalam pada itu, beberapa Anang Ismail dan Anang Pajar telah kembali ke rahmatullah, diikuti dengan pemergian Ketua Limpo dan Anang Rimbun. Anang Masrobiah yang dilantik Lembaga Adat ialah Dato Haji Rahim Abu, manakala Tuan Hj Mohd Yassin Ismail telah memangku jawatan Anang Ismail. Jawatan Anang Pajar dan Anang Rimbun masih belum di isi selepas kembalinya ke rahmatullah Tuan Hj Hamid Sidin dan Busu Aiyub Shahabudin. Jawatan Ketua Limpo juga belum di isi selepas kembalinya ke Rahmatullah ketua keluarga kita Tuan Hj Kassim Ahmad. Jawatan Setiausaha Kerja juga kosong selepas Tuan Hj Amir Abdul Majid meletak jawatan. 
Pekerjaan pertama yang patut dibuat ialah dengan menubuh semula Lembaga Adat dengan perlantikan perlantikan baru Ketua Limpo, Anang Berempat dan Lili Berlapan, juga seorang yang penuh minat dan bertenaga untuk menjawat jawatan Setiausaha Kerja. Saya mohon tidak terlibat dalam sebarang perlantikan.
Untuk tujuan mempercepatkan proses menghidupkan semula keluarga besar Masparimbunis ini, saya telah membentuk satu grup Whatsapp yang dinamakan Masparimbunis 2 untuk mendapatkan semua anggota ke dalam satu forum. Semoga mendapat kerjasama semua anggota yang berminat menyertai grup ini.

Link untuk menyertai group Whatsapp Masparimbunis 2 adalah seperti berikut :
http://chat.whatsapp.com/HvMs3zfJExnJSJVurpfj2M.

Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor

innallillahiwainnallillahirajiun

Telah dimakamkan di KOMPLEK PEMAKAMAN SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SYAH I

Telah Berpulang kerahmatullah

Y.M. Tengku Husein
 Ibni 
Y.M Tengku Muhamad Saleh
 ibni
 Y.M Tengku Abu Bakar (istri YM. Tengku Alawiya binti Tengku Umar) bergelar Sahbandar Naib Pahlawan Bahtera, Amir Manda
 ibni 
YM.Tengku Husain (istri Encek Maimunah)
 ibni 
YM. Tengku Osman Embung (Istri Encek Nurijah) Panglima Besar
Ibni 
Sultan Muhammad Muzzafar Syah (Istri Encek Buru) 
ibni 
Sultan AbdulRahman Mu'azzam Syah I (istri Engku Dalam)
 ibni 
Sultan Machmud Riayat Syah (istri Encik Mariam )

 Yang Dipertuan Besar Zuriat Agong Kesultanan Riau Lingga pada jam 02.30 wib dini hari tgl 18 Januari 2021 di R S A L Tanjungpinang.

Undangan Majlis Perkahwinan

💌 Majlis Perkahwinan HILMAN & FARAH 💌

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan Rasa Syukurnya Menjemput Kehadiran Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik ke Majlis Ikatan Janji Antara Dua Hati Anakanda Yang Dikasihi:-

MUHAMMAD NUR HILMAN BIN DATUK NOOR EHSANUDDIN
Dengan pilihan hatinya
FARAH NAZREEN BINTI DATUK SERI MIRZA MOHAMMAD TAIYAB BEG

Pada 30 Mac 2019 (Saturday)
Pada jam 11:00 AM - 4:00 PM

Bertempat di NO 25, Jalan Kesum, P 16 /4, Danau Mutiara, Precint 16, 62150, Putrajaya

Sila klik link ini untuk dapatkan kad kahwin digital kami.

https://undangan.my/HilmanFarah

Berita Duka

ALFATIHAH. Dukacita di maklumkan bahawa Tn Hj Kassim Ahmad, Ketua Keluarga PARIMBUNIS, telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.24 petang di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang. Semuga rohnya di tempatkan bersama orang2 yg beriman.

Undangan

ASSALAMUALAIKUM WBT. SAYA DENGAN RENDAH HATI INGIN MENGUNDANG ANDA SEISI KELUARGA KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAK LELAKI SAYA DENGAN PASANGANNYA (JEMPUT MENANTU) DI RUMAH SAYA YANG BERALAMAT 1520 BLOK 18 FELDA TUNGGAL,81900 KOTA TINGGI JOHOR PADA TARIKH 30/4/2017 (AHAD)😊☺

♥Beras Kunyit Kami Taburi,
Air Mawar Direnjis Wangi,
Undangan Kami Setulus Hati,
Harap Sudi Datang Merai.

❤SEMOGA MAJLIS DIBERKATI ILLAHI

❤IKHLAS DARIPADA ALADIN SAAT,NORIDAH AHMAD (IDALADIN) & KELUARGA

TERIMA KASIH💕💕

Jejak Sejarah dan Budaya

Satu lawatan jejak sejarah dan budaya ke Pulau Bintan dan Pulau Penyengat akan diadakan  pada 28hb April - 1 Mei 2017. Anggaran kos RM 850.00 utk tambang feri JB - Tg Pinang - JB, penginapan, pengangkutan, makan minum  dan caj pelabuhan. Aturcara: 28/4/17. Jam 9 pg - Bertolak ke Tg Pinang, 11pg WIB checkin  dan sembahyang jumaat, 1300 WIB Makan Tengahari,
1400 WIB Lawatan ke Pulau Penyengat, 2000WIB Makan Malam.

29/4/17
0800 WIB - lawatan ke Muzium tg pinang / kota piring
1300 WIB Makan Tengahari
1400 WIB Pantai Trikora
2000 WIB Makan Malam bersama Gabenur Riau

30/4/17
0800 WIB - Lawatan ke Pulau Bintan
1300 WIB - Makan Tgh
1400 WIB - Lawatan ke Kantor Bupati Bintan
2000 WIB - Makan Mlm

1/5/17
0800 WIB - Lawatan ke kantor Bupati Tg Pinang
1000 WIB - City Tour
1300 WIB - Mkn Tgh
1500 WIB - Berangkat ke JB.

Penyertaan akan di sertai oleh Pegawai Daerah Johor Bahru. Penyertaan adalah terhad. Sila buat pengesahan pada/sebelum 31 Mac. Kepada Pak Lah  0197770435.

Himpunan Bangsa Johor

Undangan Majlis Aidil Fitri dan Majlis Perkahwinan

Ahli keluarga Parimbunis di jemput ke Majlis TAUTAN KASIH AIDILFITRI -Parlimen Kota Tinggi.
Dan juga majlis perkahwinan anaknda YB Datuk Ehsanuddin bersama majlis hari raya Aidilfitri di Damansara K.lumpur.

Hari Hol Raja Haji Fisabililah

Sukacita di maklumkan bahawa majlis selama dua (2) hari sempena hari Haul Almarhum Raja Haji Fisabillilah yang buat pertama kalinya akan diadakan di Tanjung Pinang, Kepulauan Riau - Indonesia seperti berikut:-

Hari pertama (1) - Acara Haul Almarhum Raja Haji Fisabilillah.

Tarikh. :  7 Mei 2016 (Sabtu) 30 Rejab 1437H.
Masa.   : 9 pagi hingga Zohor
Tempat: Masjid Sultan Riau Pulau Penyengat.
Pakaian: Baju Melayu.
Aturcara: Bacaan tahlil pada Almarhum dan Maulid Dibaie yg akan dibaca oleh para Habaib dan Masyaeikh. Penceramah undangan dari Kuala Lumpur, Syeikh Mahmoud AlWasoubi (beliau yg akan mengiringi Bacaan Maulid dibaie), turut hadir ialah AlHabib Ubaidillah AlHabsyi dan Habib AlJufri dari Surabaya.

Hari kedua (2) - Acara silaturahim bersama para zuriat dan kerabat Almarhum Raja Haji Fisabilillah serta acara ziarah makam makam di Pulau Penyengat dan Ulu Riau.

Tarikh. :  8 Mei 2016 (Ahad) 1 Saaban 1437H.
Masa.   : 9 pagi hingga selesai
Pulau Penyengat:  Makam Almarhum Raja Haji Fisabilillah dan keluarga nya.
Ulu Riau: Makam Almarhum Opu Daeng Cellak, Makam Almarhum Opu Daeng Cellak dan Makam Almarhum Daeng Kemboja.

Semua muslimin dan muslimat di jemput hadir...

*Bagi yang ingin memberikan sumbangan ikhlas, sila hubungi :

MALAYSIA : RAJA HJ ABD HADI RAJA HJ AWALUDDIN 
                    TEL : 011- 3295 57696
                    EMAIL : mohdradzi23@yahoo.com
                    Acc No : 3177935329 (Rawatan Terapi AlHady)
                    Public Bank Bhd

SINGAPURA : SAID AFDALNIZAN ALQUDSI
                       TEL : +65 8118 0709
                       EMAIL : said.afdalnizan@gmail.com
                       Acc No : 558-83746-2
                       POSB

*** SUMBANGAN IKHLAS AMAT DIALU-ALUKAN***

Perasmian Masjid Raja Haji Fisabililah

Undangan terbuka untuk semua ke majlis memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW & Hari Haul Raja Haji Fisabillah

Tarikh. :  24 April 2016 (Ahad) 18 Rejab 1437H.

Masa.   : 6 ptg - 9.30 malam.

Tempat: Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya,
               Selangor - Malaysia.

Pakaian: Baju Melayu.

Aturcara:
Yasin & Tahlil - Perarakan - Bacaan Quran - Pelancaran Kitab Manakib Raja Haji - Bacaan Maulid - Qasidah & Hadrah - Tausiah - Jamuan

Semua muslimin dan muslimat di jemput hadir

Perasmian Masjid Raja Haji Fisabililah

Ahli keluarga di undang menghadiri Majlis Perasmian Masjid Raja Haji Fisabililah pada jam 6 ptg  24/4/16, di CyberJaya. Kehadiran di hargai..

Festival Pulau Penyengat 2016

Hari Hol Almarhum Raja Ali Haji Fisabilillah

Hari Hol Almarhum Raja Ali Haji Fisabilillah diadakan pada setiap 18 Rejab. Majlis Hol pertama akan diadakan pada 7 -8 Mei 2016 di Pulau Penyengat Indera Sakti Kepulauan Riau (KEPRI). Semua ahli keluarga Kerabat di undang hadir.

BLOG PARIMBUNIS

BLOG INI ADALAH DIKHASKAN UNTUK AHLI KELUARGA PARIMBUNIS, BERINTERAKSI DAN MENYALUR MAKLUMAT SEMASA, SEMUGA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SIRATULRAHIM.

Bercakap-cakaP


ShoutMix chat widget

AsmauL Husna

All Malaysian Bloggers Project

Jutawan Emas

Click here ContacT me!! Dealer: Abdullah Johor Bahru, Johor. En. Abd.Lah @ Abdullah Bin Awang Mobile: 016-716 6515 Email: q_eyda@yahoo.com.sg

PengunjunG

blogspot hit counter

Follow me