KELUARGA PAJAR, PARIMBUNIS

PERSATUAN KELUARGA BESAR KETURUNAN RAJA ALI RAJA JAAFAR (YDM RIAU VIII) DAN ENGKU CHIK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN

MAJLIS PERKAHWINAN PUTERI ASHIKIN @ SUNGAI ABONG, MUAR, JOHOR (30/11/2013)















CADANGAN PUSAT PENGAJIAN ISLAM BERTARAF ISLAM.


  • Saya Hj Amir bin Abdul Majid dari Muar, Johor ingin menganjurkan sesuatu perkara bagi munafaat warga Pulau Penyengat dengan kerjasama penduduk setempat dan mereka mereka yang berasal dari Pulau Penyengat, sama ada mereka kini berada di Indonesia, Singapura, Brunai, atau Malaysia.

    Sebagai langkah pertama, beberapa anggota dari keluarga keturunan AlMarhum Raja Ali bin Raja Jaafar bercadang untuk membina dan melaksanakan satu pusat pengajian Islam bertaraf antarabangsa, bermula dari peringkat rendah hingga ke peringkat universiti, melalui sumbangan jariah anggota keluarga dan kerabat, serta dana dari luar Nusantara.

    Cadangan ini adalah sejajar dengan sifat Raja Ali bin Raja Jaafar, Yamtuan Muda Riau Kelapan yang banyak membawa pembaharuan dalam pemerintahan baginda yang berteraskan keislaman. Bersama dengan adindanya Engku Haji Muda Raja Abdullah, baginda telah banyak melakukan pembaharuan dalam pemerintahan. Baginda telah menguat-kuasakan buat pertama kalinya undang-undang Islam di Riau. Menurut Raja Ali Haji, pengarang Tuhfat Al-Nafis, pemerintahan Raja Ali ialah zaman gemilang Kerajaan Riau.

    Raja Ali bin Raja Jaafar, Yang Di-Pertuan Muda Riau ke 8 ialah putera kedua Raja Jaafar bin Raja Haji. Baginda diangkat menjadi Yamtuan Muda Riau pada tahun 1845 selepas kemangkatan kekandanya Raja Abdul Rahman bin Raja Jaafar, Yamtuan Muda ke-7. Raja Ali telah memerintah Riau dengan baik. Pulau Penyengat dijadikan pusat pentadbiran kepulauan Riau. Sewaktu pemerintahan baginda, ekonomi Riau telah berkembang dengan pesat. Perdagangan diantara Riau dengan Melaka dipergiatkan. Pentadbiran Kerajaan Riau diperkemaskan. Pulau Karimon yang ditinggalkan kosong kerana angkara lanun telah kembali pulih apabila segala lanun dihapuskan dan perlombongan bijih timah digalakkan menyebabkan penduduk bertambah ramai.

    Diantara peningggalan Raja Ali yang nyata sehingga ke hari ini ialah Kompleks Istana dan Pejabat Yamtuan Muda di Pulau Penyengat. Raja Ali juga dikenali sebagai Marhom Kantor, bererti baginda mangkat di pejabatnya. Raja Ali mangkat pada 28 Jun 1857, dan disemadikan bersebelahan dengan ayahandanya Raja Jaafar.

    Satu Jawatankuasa Penaja akan ditubuhkan terdiri dari 20 orang, masing masing mewakili setiap keturunan putera dan puteri Raja Ali. Putera Puteri Raja Ali ialah Raja Mansur, Raja Andut, Raja Muhd Yusuf, Raja Abdul Samad, Raja Merewah, Raja Sulaiman, Raja Awang, Raja Perak, Raja Safiah, Raja Salamah, Raja Hamidah, dan Raja Bungsu (dari Raja Safiah binti Raja Idris), Raja Jaafar @ Raja Nong-Johor (dari Raja Sulong binti Temenggong Abdul Rahman), Raja Abdul Wadud, Raja Fatimah, Raja Mohamad dan Raja Hassan (dari Raja Aishah binti Temenggong Abdul Rahman), Raja Md Som, Raja Wok, dan Raja Husin, (dari Cik Puan Salamah).

    Jawatan Pengerusi, Setiausha, Pen Setiausaha dan Bendahari JK Penaja ini akan dipilih dari kalangan AJK Penaja.

    Untuk menjejaki semua pewaris Raja Ali ini, saya memerlukan butiran anggota keluarga untuk memenuhi pengkalan data. Oleh itu, sukacita kiranya bagi mereka-mereka yang berminat menyumbang dan menyertai kumpulan ini, sila hubungi saya melalui email amirmajid1945@yahoo.com atau dalam inbox facebook amir abdul majid secepat mungkin. Sila nyatakan nama, alamat, no telefon, hubungan kekeluargaan (dari induk mana) dan sama ada anda bersedia menyertai usaha ini secara sukarela sebagai amalan jariah dan sumbangan ikhlas kepada tanah tumpah darah nenek-moyang/moyet kita, selewatnya sebelum 31.12.2013.

    Terima kasih di atas perhatian anda. Mohon maaf jika ada yang terkasar bahasa atau sumbang langkah. Saya bersedia untuk ditegur, jika ini akan menguatkan azam dan iltizam kita semua untuk bergerak ke jalan Allah swt. Salam.

UNDANGAN PERKAHWINAN PUTERI SAUDARA AHMAD BABA (30/11/2013)

Saudara Ahmad Baba suami kepada Allayarmah Zaiton binti Ismail dari Keluarga Puteri Hendon bt Kassim, dan Induk Saamah bt Pajar, mengundang, semua ahli keluarga  Parimbunis ke Majlis Perkahwinan puterinya, Saudari Nurashikin bt Ahmad pada 30hb November 2013 ( Hari Sabtu) di alamat B1 Jln Sultan Abu Bakar, Kg Kenangan Tun Dr Ismail 2, Muar, Johor. ( Berhampiran JPJ Sg Abong, Muar) Kehadiran di hargai.



SELAMAT HARI KEPUTERAAN KE 55

DAULAT TUANKU

Barisan kepimpinan dan ahli-ahli Persatuan PARIMBUNIS , merafak sembah menjunjung kasih setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM
IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takhluk Johor Darul Ta'zim
Sempena hari Ulang Tahun Keputeraan Yang ke 55 pada 22 November 2013

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku.
DAULAT TUANKU !


KELUARGA BESAR RAJA ALI & RAJA CHIK

Nukilan Warga Masparimbunis

Ini ada satu cerita
Cerita benar bukan dongengan
Dua beradik Rimbun dan Pajar
Sepakat tinggalkan kampong halaman

Semalam suntuk mereka belayar
Dari Penyengat menuju ke Muar
Sampai di Sungai Balang waktu fajar
Raja Mohamad turun sebentar

Melihat keliling elok benar
Jatuh cinta pada alam sekitar
Ia bernekad nak jadikannya bandar
Lalu menamakan dirinya Pajar

Abangnya yang sulong minta beredar
Meneruskan perjalanan menuju ke Muar
Entah mengapa terlansung ke Ayer Tawar
Diwaktu senja ternampak Rimbunan belukar.

Raja Abdul Wadud begitulah namanya
Rimbun dijadikan nama baharunya
Dia juga seperti adiknya Pajar
Ingin majukan kampong Ayer Tawar.

Pajar berkahwin dengan Minah
Dikurniakan seorang putera, tiga puteri
Selepas satu ratus tahun setengah
Cucu cicit Pajar banyak tak terperi.

Rimbun pula berkahwin dengan Jekiah
Mereka membangunkan kampong Jerimbun
Bagi mengatasi hidup yang susah
Akhirnya berjaya lambat laun.

Rimbun dikurniakan dua putera dan dua puteri
Keterunannya banyak pada hari ini
Mereka tak tahu dari mana moyangnya mari
Rahsia asal usul mereka tidak diketahui.

Rimbun dan Pajar putera Raja Ali
Marhum Kantor gelaran diberi
Raja Chik namanya isteri
Temenggong Abdul Rahman punya puteri

Raja Ali dan Raja Chik
Ada tiga putera dan seorang puteri
Selain Raja Wadud dan Raja Mohamad
Ada Raja Fatimah dan Raja Hassan lagi.

Raja Fatimah anak yang tengah
Di Penyengat ia berkahwin sudah
Raja Ahmad bin Raja Yusof
Sepupunya menjadi teman hidup.

Mereka dikurniakan dua puteri
Raja Baharu dan Raja Dayang
Ditakdirkan ke rahmatullah ia kembali
Mangkatnya suami yang tersayang.

Raja Hassan putera yang bongsu
Masih kecil bergigi susu
Selepas ayahandanya mangkat
Kakak Fatimahlah yang mengangkat.

Raja Chik berkahwin semula
Sayid Jaafar nama suaminya
Alhabsee ialah keturunannya
Mereka berpindah ke Johor pula.

Selepas lima tahun Rimbun dan Pajar
Pergi meninggalkan Pulau Penyengat
Baharu dan Dayang sudah besar
Ingin berhijrah Raja Fatimah ingat

Raja Fatimah tiga beranak
Raja Hassan ikut bersama
Menerima pelawaan Rimbun ke teratak
di Ayer Tawar mereka bersama.

Raja Fatimah juga rahsiakan identitinya
Supaya tidak dikesan yang tak berhak
Masrobiah atau Nina ialah nama barunya
Ismail nama baru Raja Hassan pulak

Masrobiah berkahwin dengan Syed Alaudin
AlEdrus ialah nama keluarganya
Beliau juga digelar Tok Udin
Masjid Kg Sempang punya imam pertama

Tok Udin dan Tok Nina
Bersama Dayang dan Baharu
Di Kg Ayer Tawar rumah mereka
Bahagia menjalani kehidupan baru.

Masrobiah dapat seorang lagi pula
Puteri bernama Syarifah Sembok
Menjadikan jumlah anak kesemua
Tiga puteri rupa parasnya elok.

Ismail membesar di Merlimau
Bersama dengan Rimbun kandanya
Bruk nama timangan beliau
Raja Brooke Serawak sindirannya

Setelah dewasa Ismail ke Padang
Bersama orang Merlimau mencari pekerjaan
Mengikut Jusoh Orang Kaya Padang
Buka belantara dijadikan dusun pertanian.

Ismail berhempas pulas mencari rezeki
Sehingga dusunnya berhasil lumayan
Endah Daeng Abu Bakar dijadikan isteri
Cucu Ringgit Orang Kaya Padang.

Puteri bernama Khatijah, Ismail perolehi
Dan seorang putera bernama Abdul Rahman
Keturunan Ismail tidaklah ramai
Tetapi berusaha mencapai kecermelangan.

Ismail, Masrobiah, Rimbun dan Pajar
Keturunan mereka ramai juga
Dari tujuh generasi dihitung kasar
Dikira hampir tiga ribu kepala.

Sekali berhimpun sedekad lalu
Himpunan terbesar pernah direkod
Keluarga Masparimbunis di Padang Temu
Tercatat di Malaysia Book of Records.

" SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA " , Semuga Ibadah Korban di berkati.


SELAMAT KARI KEMERDEKAAN KE 56 (31 OGOS 2013)

Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

BLOG PARIMBUNIS

BLOG INI ADALAH DIKHASKAN UNTUK AHLI KELUARGA PARIMBUNIS, BERINTERAKSI DAN MENYALUR MAKLUMAT SEMASA, SEMUGA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SIRATULRAHIM.

Bercakap-cakaP


ShoutMix chat widget

AsmauL Husna

All Malaysian Bloggers Project

Jutawan Emas

Click here ContacT me!! Dealer: Abdullah Johor Bahru, Johor. En. Abd.Lah @ Abdullah Bin Awang Mobile: 016-716 6515 Email: q_eyda@yahoo.com.sg

PengunjunG

blogspot hit counter

Follow me