KELUARGA PAJAR, PARIMBUNIS

PERSATUAN KELUARGA BESAR KETURUNAN RAJA ALI RAJA JAAFAR (YDM RIAU VIII) DAN ENGKU CHIK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN

MAJLIS PERKAHWINAN PUTERI ASHIKIN @ SUNGAI ABONG, MUAR, JOHOR (30/11/2013)















CADANGAN PUSAT PENGAJIAN ISLAM BERTARAF ISLAM.


  • Saya Hj Amir bin Abdul Majid dari Muar, Johor ingin menganjurkan sesuatu perkara bagi munafaat warga Pulau Penyengat dengan kerjasama penduduk setempat dan mereka mereka yang berasal dari Pulau Penyengat, sama ada mereka kini berada di Indonesia, Singapura, Brunai, atau Malaysia.

    Sebagai langkah pertama, beberapa anggota dari keluarga keturunan AlMarhum Raja Ali bin Raja Jaafar bercadang untuk membina dan melaksanakan satu pusat pengajian Islam bertaraf antarabangsa, bermula dari peringkat rendah hingga ke peringkat universiti, melalui sumbangan jariah anggota keluarga dan kerabat, serta dana dari luar Nusantara.

    Cadangan ini adalah sejajar dengan sifat Raja Ali bin Raja Jaafar, Yamtuan Muda Riau Kelapan yang banyak membawa pembaharuan dalam pemerintahan baginda yang berteraskan keislaman. Bersama dengan adindanya Engku Haji Muda Raja Abdullah, baginda telah banyak melakukan pembaharuan dalam pemerintahan. Baginda telah menguat-kuasakan buat pertama kalinya undang-undang Islam di Riau. Menurut Raja Ali Haji, pengarang Tuhfat Al-Nafis, pemerintahan Raja Ali ialah zaman gemilang Kerajaan Riau.

    Raja Ali bin Raja Jaafar, Yang Di-Pertuan Muda Riau ke 8 ialah putera kedua Raja Jaafar bin Raja Haji. Baginda diangkat menjadi Yamtuan Muda Riau pada tahun 1845 selepas kemangkatan kekandanya Raja Abdul Rahman bin Raja Jaafar, Yamtuan Muda ke-7. Raja Ali telah memerintah Riau dengan baik. Pulau Penyengat dijadikan pusat pentadbiran kepulauan Riau. Sewaktu pemerintahan baginda, ekonomi Riau telah berkembang dengan pesat. Perdagangan diantara Riau dengan Melaka dipergiatkan. Pentadbiran Kerajaan Riau diperkemaskan. Pulau Karimon yang ditinggalkan kosong kerana angkara lanun telah kembali pulih apabila segala lanun dihapuskan dan perlombongan bijih timah digalakkan menyebabkan penduduk bertambah ramai.

    Diantara peningggalan Raja Ali yang nyata sehingga ke hari ini ialah Kompleks Istana dan Pejabat Yamtuan Muda di Pulau Penyengat. Raja Ali juga dikenali sebagai Marhom Kantor, bererti baginda mangkat di pejabatnya. Raja Ali mangkat pada 28 Jun 1857, dan disemadikan bersebelahan dengan ayahandanya Raja Jaafar.

    Satu Jawatankuasa Penaja akan ditubuhkan terdiri dari 20 orang, masing masing mewakili setiap keturunan putera dan puteri Raja Ali. Putera Puteri Raja Ali ialah Raja Mansur, Raja Andut, Raja Muhd Yusuf, Raja Abdul Samad, Raja Merewah, Raja Sulaiman, Raja Awang, Raja Perak, Raja Safiah, Raja Salamah, Raja Hamidah, dan Raja Bungsu (dari Raja Safiah binti Raja Idris), Raja Jaafar @ Raja Nong-Johor (dari Raja Sulong binti Temenggong Abdul Rahman), Raja Abdul Wadud, Raja Fatimah, Raja Mohamad dan Raja Hassan (dari Raja Aishah binti Temenggong Abdul Rahman), Raja Md Som, Raja Wok, dan Raja Husin, (dari Cik Puan Salamah).

    Jawatan Pengerusi, Setiausha, Pen Setiausaha dan Bendahari JK Penaja ini akan dipilih dari kalangan AJK Penaja.

    Untuk menjejaki semua pewaris Raja Ali ini, saya memerlukan butiran anggota keluarga untuk memenuhi pengkalan data. Oleh itu, sukacita kiranya bagi mereka-mereka yang berminat menyumbang dan menyertai kumpulan ini, sila hubungi saya melalui email amirmajid1945@yahoo.com atau dalam inbox facebook amir abdul majid secepat mungkin. Sila nyatakan nama, alamat, no telefon, hubungan kekeluargaan (dari induk mana) dan sama ada anda bersedia menyertai usaha ini secara sukarela sebagai amalan jariah dan sumbangan ikhlas kepada tanah tumpah darah nenek-moyang/moyet kita, selewatnya sebelum 31.12.2013.

    Terima kasih di atas perhatian anda. Mohon maaf jika ada yang terkasar bahasa atau sumbang langkah. Saya bersedia untuk ditegur, jika ini akan menguatkan azam dan iltizam kita semua untuk bergerak ke jalan Allah swt. Salam.

UNDANGAN PERKAHWINAN PUTERI SAUDARA AHMAD BABA (30/11/2013)

Saudara Ahmad Baba suami kepada Allayarmah Zaiton binti Ismail dari Keluarga Puteri Hendon bt Kassim, dan Induk Saamah bt Pajar, mengundang, semua ahli keluarga  Parimbunis ke Majlis Perkahwinan puterinya, Saudari Nurashikin bt Ahmad pada 30hb November 2013 ( Hari Sabtu) di alamat B1 Jln Sultan Abu Bakar, Kg Kenangan Tun Dr Ismail 2, Muar, Johor. ( Berhampiran JPJ Sg Abong, Muar) Kehadiran di hargai.



SELAMAT HARI KEPUTERAAN KE 55

DAULAT TUANKU

Barisan kepimpinan dan ahli-ahli Persatuan PARIMBUNIS , merafak sembah menjunjung kasih setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM
IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takhluk Johor Darul Ta'zim
Sempena hari Ulang Tahun Keputeraan Yang ke 55 pada 22 November 2013

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku.
DAULAT TUANKU !


KELUARGA BESAR RAJA ALI & RAJA CHIK

Nukilan Warga Masparimbunis

Ini ada satu cerita
Cerita benar bukan dongengan
Dua beradik Rimbun dan Pajar
Sepakat tinggalkan kampong halaman

Semalam suntuk mereka belayar
Dari Penyengat menuju ke Muar
Sampai di Sungai Balang waktu fajar
Raja Mohamad turun sebentar

Melihat keliling elok benar
Jatuh cinta pada alam sekitar
Ia bernekad nak jadikannya bandar
Lalu menamakan dirinya Pajar

Abangnya yang sulong minta beredar
Meneruskan perjalanan menuju ke Muar
Entah mengapa terlansung ke Ayer Tawar
Diwaktu senja ternampak Rimbunan belukar.

Raja Abdul Wadud begitulah namanya
Rimbun dijadikan nama baharunya
Dia juga seperti adiknya Pajar
Ingin majukan kampong Ayer Tawar.

Pajar berkahwin dengan Minah
Dikurniakan seorang putera, tiga puteri
Selepas satu ratus tahun setengah
Cucu cicit Pajar banyak tak terperi.

Rimbun pula berkahwin dengan Jekiah
Mereka membangunkan kampong Jerimbun
Bagi mengatasi hidup yang susah
Akhirnya berjaya lambat laun.

Rimbun dikurniakan dua putera dan dua puteri
Keterunannya banyak pada hari ini
Mereka tak tahu dari mana moyangnya mari
Rahsia asal usul mereka tidak diketahui.

Rimbun dan Pajar putera Raja Ali
Marhum Kantor gelaran diberi
Raja Chik namanya isteri
Temenggong Abdul Rahman punya puteri

Raja Ali dan Raja Chik
Ada tiga putera dan seorang puteri
Selain Raja Wadud dan Raja Mohamad
Ada Raja Fatimah dan Raja Hassan lagi.

Raja Fatimah anak yang tengah
Di Penyengat ia berkahwin sudah
Raja Ahmad bin Raja Yusof
Sepupunya menjadi teman hidup.

Mereka dikurniakan dua puteri
Raja Baharu dan Raja Dayang
Ditakdirkan ke rahmatullah ia kembali
Mangkatnya suami yang tersayang.

Raja Hassan putera yang bongsu
Masih kecil bergigi susu
Selepas ayahandanya mangkat
Kakak Fatimahlah yang mengangkat.

Raja Chik berkahwin semula
Sayid Jaafar nama suaminya
Alhabsee ialah keturunannya
Mereka berpindah ke Johor pula.

Selepas lima tahun Rimbun dan Pajar
Pergi meninggalkan Pulau Penyengat
Baharu dan Dayang sudah besar
Ingin berhijrah Raja Fatimah ingat

Raja Fatimah tiga beranak
Raja Hassan ikut bersama
Menerima pelawaan Rimbun ke teratak
di Ayer Tawar mereka bersama.

Raja Fatimah juga rahsiakan identitinya
Supaya tidak dikesan yang tak berhak
Masrobiah atau Nina ialah nama barunya
Ismail nama baru Raja Hassan pulak

Masrobiah berkahwin dengan Syed Alaudin
AlEdrus ialah nama keluarganya
Beliau juga digelar Tok Udin
Masjid Kg Sempang punya imam pertama

Tok Udin dan Tok Nina
Bersama Dayang dan Baharu
Di Kg Ayer Tawar rumah mereka
Bahagia menjalani kehidupan baru.

Masrobiah dapat seorang lagi pula
Puteri bernama Syarifah Sembok
Menjadikan jumlah anak kesemua
Tiga puteri rupa parasnya elok.

Ismail membesar di Merlimau
Bersama dengan Rimbun kandanya
Bruk nama timangan beliau
Raja Brooke Serawak sindirannya

Setelah dewasa Ismail ke Padang
Bersama orang Merlimau mencari pekerjaan
Mengikut Jusoh Orang Kaya Padang
Buka belantara dijadikan dusun pertanian.

Ismail berhempas pulas mencari rezeki
Sehingga dusunnya berhasil lumayan
Endah Daeng Abu Bakar dijadikan isteri
Cucu Ringgit Orang Kaya Padang.

Puteri bernama Khatijah, Ismail perolehi
Dan seorang putera bernama Abdul Rahman
Keturunan Ismail tidaklah ramai
Tetapi berusaha mencapai kecermelangan.

Ismail, Masrobiah, Rimbun dan Pajar
Keturunan mereka ramai juga
Dari tujuh generasi dihitung kasar
Dikira hampir tiga ribu kepala.

Sekali berhimpun sedekad lalu
Himpunan terbesar pernah direkod
Keluarga Masparimbunis di Padang Temu
Tercatat di Malaysia Book of Records.

" SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA " , Semuga Ibadah Korban di berkati.


SELAMAT KARI KEMERDEKAAN KE 56 (31 OGOS 2013)

Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

RESIPI MEMBUAT BURASAK

Resipi Membuat Burasak

* Bahan-bahan (untuk 10 orang)
Beras Wangi 1kg,
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,garam secukup rasa.
Daun pucuk pisang berukuran A4 beberapa keping utk bungkus.Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal.

* Cara-caranya
Beras dibasuh 2/3kali.
Panaskan santan hingga mendidih.
Setelah mendidih api dikecilkan.
Masukkan garam seukup rasa.
Bila santan sudah berubah warna, padamkan api.
Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan - masak seperti nasi lemak. Biarkan beras lembab sedikit, tapi agak merata. Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut2 atas bungkusan leper dan padat. Jangn terlalu nipis atau terlalu tebal.



MAJLIS PENGANUGERAHAN GELAR KEBESARAN KERAJAAN RIAU LINGGA - 9/6/2013


KETUA LIMPO PARIMBUNIS MENUNAIKAN UMRAH 3/5/2013

Ketua Limpo, PARIMBUNIS, Tuan Hj Kassim Ahmad, akan berangkat menunaikan UMRAH pada 3/5/2013. Mendoakan beliau agar mendapat umrah yang mahbrur disamping kesihatan yang baik. Semuga perjalanan di permudahkan. Amin.

PULAU PENYENGAT MENJELANG SENJA


PULAU PENYENGAT, KEPULAUAN RIAU, INDONESIA



KHUTUB KHANAH PULAU PENYENGAT 2013


Infomasi dari N Che Shiddiq

KHUTUB KHANAH :: September 2013, Pulau Penyengat THE ISLAND OF MARS
BAGI PIHAK-PIHAK YANG INGIN TURUT SERTA MENGIKUTI PAMERAN INI DAPAT MENGHUBUNGI :
SEKRETARIAT PEWARIS KEPULAUAN RIAU
PULAU PENYENGAT.

KETUA ::
RAJA MALIK HAFRIZAL : +628127738262

SEKRETARIS:
TENGKU MUHAMAD FUAD : +6281372518546

PUBLIC RELATION :
NURI CHE SHIDDIQ :: +6281275570204

INFO LEBIH LANJUT AKAN DIKELUARKAN PADA 1 MAC 2013

MESYUARAT AGUNG LUARBIASA PARIMBUNIS

Mesyuarat Agung LuarBiasa PARIMBUNIS akan di adakan pada jam 11.00 pg, Hari Sabtu, 9/2/2013 di Km, 25, Lorong Adam, Kampung Air Tawar, Merlimau, Melaka. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha PARIMBUNIS, Puan Fazidah 012 6021941. Kehadiran adalah di hargai.

JEMPUTAN WALIMATULURUS KETUA LIMPO PARIMBUNIS (23/2/2013)

KETUA LIMPO PARIMBUNIS, Tuan Hj Kassim Ahmad, menjemput semua ahli keluarga PARIMBUNIS untuk menghadiri Majlis Walimatul Urus anakandanya, pada Hari Sabtu, jam 11pg - 5 ptg, 23/2/2013 di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, KLuang. ( Berhampiran dengan Tasek Kluang). Semuga kehadiran ahli keluarga PARIMBUNIS dapat menambah keceriaan dan seri pada majlis tersebut.

HIMPUNAN HIKMAH III - 27/1/2013


  • Dewan Tan Sri Diraja Ramli Ngah Talib, Marina Island, Lumut, Perak
  • Untuk program kali ini semua peserta DIWAJIBKAN berbusana tradisional Melayu namun boleh juga berjubah berserban mengikut sunnah. Yang perempuan harus menutup aurat, kalau tidak bertudung harus sekurang2nya memakai selendang apalagi DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dijangka mencemar duli untuk majlis ini.

    Pihak Perak yang menganjur memberitahu kalau dapat lebih 500 orang berbusana penuh ini akan dimasukkan ke dalam Malaysian Book of Records. Kalau dapat jaminan awal sekurang2nya 1,000 peserta akan muncul, insyaallah Yang di-Pertuan Agong dapat dipujuk untuk turut serta mencemar duli.

    Marilah bersama2 mencipta sejarah dan terlibat dalam program kebangkitan alter Melayu yang merupakan program kebangkitan ummah ini. Dunia sedang menunggu tapak daulah Islamiyah dibina melalui kemunculan gerakan panji2 hitam dari Timur. Marilah sama2 meraikan program pada hari yang boleh dijadikan hari kebesaran Melayu, 27 Januari 2013 yang kebetulan jatuh pada 15 Rabiulawal 1434, musim Maulidur Rasul.



    Program tentatif

    8-8.45 pagi : Pendaftaran peserta

    9 pagi : Perarakan dan selawat Maulidur Rasul
    Ketibaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak,Sultan Azlan
    Muhibbuddin Shah diiringi laksamana Melayu dan hulubalang.

    9.45pagi : Selawat dan Doa untuk penyatuan ummat dan kemakmuran Negara
    oleh Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid,
    pengasas Darul Murtadza

    10.00 : Ucapan YDP PESADA ,Dr. Mohd Fazzli b Dato’ Ali Bagas
    Islam, Kesultanan dan Melayu – Jangan Dipisahkan!
    (Rahsia Alam Melayu)

    10.20 : Ucapan Menteri Besar Perak,YAB Dato’ Seri Di Raja Dr. Zambry Abd
    Kadir,Menteri Besar Perak.
    Menyampaikan sumbangan kepada
    Persatuan Pencak Silat Olahraga Daerah Manjung

    10.45 : Pembentang 1 :Persilatan – Rahsia Pendekar Purba
    (Gerakkan siPendekar membenteng Negara)
    Prof Dato’ Seri Amar DiRaja Dr. Muhammad Fairus Khairuddin

    11.05 : Slide Khas dari Alter Terahsia Bangsa Melayu:Kebangkitan Nusantara

    11.15 : Titah Amanat DYMM Paduka Seri Sultan Perak
    kepada seluruh perajurit Melayu akhir zaman

    11.45 : Gimik Pembukaan

    11.55 : Berpetualang :Mencari Erti Diri
    Tuan Radzi Sapiee,Pengasas HIKMAH

    12.30 : Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu ,pesanan kebangkitan akhir
    zaman
    Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor,Pengetua Pondok Rasool-ur Rahmah

    1.00 : Selawat beramai-ramai beserta Doa untuk ummat Akhir Zaman
    Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid,
    pengasas Darul Murtadza

    Acara khas: Penyerahan Usul HIKMAH3 kepada DYMM Sultan oleh
    Sdr Radzi Sapiee (pengasas HIKMAH) diiringi YDP PESADA
    Keberangkatan pulang DYMM Sultan Perak diiringi Menteri Besar
    YDP PESADA,Pengasas HIKMAH,Pengasas Yayasan Bela Diri M’sia

    1.10 : REHAT SOLAT ZUHUR DAN MAKAN TENGAH HARI
    SOLAT JAMAK dan Qasar Berjemaah dengan para musafir DIIMAMKAN OLEH Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid,pengasas Darul Murtadza di Dewan beserta selawat qubra.

    2.40 : Ahlul Bayt dan Kesultanan Melayu
    Al-Fadhil Ustaz Kazim Elias

    3.15 : Kebangkitan Nusantara
    Prof. Dr.Ridhuan Tee Abdullah,Profesor UPNM.
    Cetusan Rasa oleh Tuan Radzi Sapiee (Kebangkitan Panji Hitam)
    wakil Singapura, Bentan dan Acheh
    YM Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan
    Hussein, wakil Singapura.
    YM Raja Syukri, waris Raja Haji Fi Sabilillah,wakil Acheh
    Tuan Haji Huzrin Hood,
    Pemangku Adat Bentan,Indonesia
    Moderator : Taufiq Tan sri Khalid Sahan,peguam bela dan peguam cara

    3.50 : Penyampaian cenderahati dan sijil

    4.30 : REHAT DAN SOLAT ASAR(tempatan)

    5.00 : Aktiviti Berkumpulan
    Penyediaan Resolusi untuk diserahkan kepada YAB Perdana Menteri

    6.00 : DOA dan PERARAKAN SELAWAT sempena Maulidur Rasul
    (Walkabout sekitar Marina Island Pangkor)

    Majlis ditangguhkan.

BLOG PARIMBUNIS

BLOG INI ADALAH DIKHASKAN UNTUK AHLI KELUARGA PARIMBUNIS, BERINTERAKSI DAN MENYALUR MAKLUMAT SEMASA, SEMUGA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SIRATULRAHIM.

Bercakap-cakaP


ShoutMix chat widget

AsmauL Husna

All Malaysian Bloggers Project

Jutawan Emas

Click here ContacT me!! Dealer: Abdullah Johor Bahru, Johor. En. Abd.Lah @ Abdullah Bin Awang Mobile: 016-716 6515 Email: q_eyda@yahoo.com.sg

Blog Archive

PengunjunG

blogspot hit counter

Follow me