KELUARGA PAJAR, PARIMBUNIS

PERSATUAN KELUARGA BESAR KETURUNAN RAJA ALI RAJA JAAFAR (YDM RIAU VIII) DAN ENGKU CHIK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN

ASAL USUL KETURUNAN PARIMBUNIS

Penghijrahan Rimbun Empat Bersaudara

Oleh Hj Amir bin Abdul Majid KMN

Pengenalan:

Pada tahun 1857 dua pemuda adik-beradik telah bertolak dari Kepulauan Riau dengan perahu layar dan tiba di Sungai Balang dekat Batu Pahat pada waktu subuh. Salah seorang dari mereka telah turun kedarat bersama barang-barang keperluan untuk memulakan kehidupan baru membuka kampong di sana. Oleh kerana pada waktu itu fajar sedang menyinsing, dia telah menamakan dirinya Pajar, sempena masa ketika tiba di tempat itu.

Pemuda yang seorang lagi telah meneruskan perjalanan menyusur pantai menuju ke utara. Apabila sampai di perairan berhampiran Ayer Tawar, Merlimau, hari telah mula gelap kerana sudah masuk waktu maghrib. Beliau telah membuat keputusan untuk mendarat. Ketika mendarat, beliau telah berpandukan pohon-pohon bakau yang nampak seperti satu rimbunan lalu menamakan dirinya Rimbun sempena rimbunan pokok yang dilihatnya di tepi pantai.

Rimbun telah berkahwin dengan Jekiah, seorang gadis tempatan. Kampong yang dibuka oleh Rimbun dinamakan Jerimbun ( Jekiah-Rimbun ).

Semasa Rimbun dan Pajar sampai di Sungai Balang dan Merlimau, Rimbun baru berumor 20 tahun, dan Pajar beberapa tahun lebih muda.

Beberapa tahun kemudian, Rimbun telah pergi semula ke Riau dan membawa balik ke Merlimau seorang budak lelaki dan seorang perempuan dewasa. Mereka telah dibawa tinggal bersama-sama Rimbun di Simpang Pantai, Merlimau. Budak lelaki tersebut telah dinamakan Ismail. Perempuan dewasa itu menamakan dirinya Masrobiah.

Rimbun, Ismail dan Masrobiah di Merlimau, dan Pajar di Batu Pahat, berkongsi satu keturunan. Bagaimana pun, hanya mereka mengetahui akan asal usul mereka. Segala hal mengenai ibu bapa dan dari mana mereka datang telah dirahsiakan, bukan sahaja daripada orang ramai, malah anak cucu mereka sendiri.

Rimbun, Pajar, Ismail dan Masrobiah Dari Cerita Keluarga:

Tiada siapa mengetahui akan asal usul Rimbun empat bersaudara. Kabarnya, mereka telah bersumpah tidak akan mendedahkan identity mereka sebenar. Malah apa yang diperolehi dari anak cucu mereka adalah cebisan cerita cerita yang disampaikan kapada mereka yang bertanya, tetapi identity mereka sebenar masih kabur.

Dari cerita cerita keluarga tersebut, satu andaian boleh dibuat mengenai empat adik-beradik yang berhijrah ke Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-19.

Nama bapa Rimbun, Pajar, Ismail dan Masrobiah ialah Ali, dan ibu mereka bernama Chik. Mereka berasal dari satu keluarga diraja berketurunan Bugis.

Mereka juga dikatakan ada pertalian darah dengan Temenggung Ibrahim Johor. Beberapa tahun selepas penghijrahan Rimbun ke Tanah Melayu, beliau telah berkunjung ke Istana Besar Johor Bahru untuk menziarahi Temenggong Ibrahim.

Mengikut cerita, apabila Rimbun tiba di depan pagar istana, pengawal istana tidak membenarkan beliau masuk. Tetapi Rimbun dengan tegas berkata, ‘Kamu pergilah panggil Ibrahim turun. Aku datang dari jauh hendak berjumpa dengan dia!’. Pengawal tersebut menjadi serba salah lalu pergi menjemput Temenggong Ibrahim datang ke pintu pagar untuk berjumpa dengan Rimbun. Apabila Temenggong Ibrahim melihat Rimbun, baginda segera mengenali beliau, dan seterusnya memeluk beliau dengan mesra, tanda kegembiraan dapat berjumpa semula dengan Rimbun. Cerita mengenai kunjungan Rimbun ke Istana Besar Johor ini menunjukkan hubungan kekeluargaan beliau dengan Temenggong Daeng Ibrahim Johor.

Semasa Rimbun berada di Merlimau, tiga orang saudara beliau dari Pulau Riau telah datang mencarinya mengenai harta peninggalan bapa Rimbun yang perlu dibereskan. Tetapi beliau memilih untuk menyepi dan terus merahsiakan identitinya. Shahabudin bin Rimbun juga mendengar khabar bahawa ada saudara bapanya dari Riau mencarinya untuk tujuan yang sama. Shahabudin juga enggan menemui orang tersebut. Siapakah mereka mereka ini dan apakah tujuan mereka mencari Rimbun?

Seorang cucu Rimbun bernama Hanafiah pernah diberitahu oleh bapa nya Shahabudin, bahawa beliau ( Hanafiah ) ialah keturunan kesembilan seorang raja Bugis yang telah meninggalkan Sulawesi Selatan untuk berhijrah ke negeri baru. Satu cerita lain pula dari Mohamad Jahi bin Shahabudin menyatakan bahawa semasa kecilnya datuk Rimbun pernah dibesarkan di Klang.

Siapakah Sebenarnya Rimbun dan Pajar:

Berpandukan cerita cerita keluarga sepertimana diatas, bolihlah dibuat beberapa andaian mengenai asal usul Rimbun empat bersaudara. Rimbun dan Pajar, dua orang pemuda yang berhijrah ke Merlimau dan Sungai Balang pada satu malam pada pertengahan abad ke-19, dan diikuti oleh Ismail dan Masrobiah kemudiannya, adalah berketurunan bangsawan dari Riau berbangsa Bugis. Nama ibubapa mereka ialah Ali dan Chik.

Buku Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji, yang ditulis pada tahun 1865, ada merakamkan kewujudan satu pasangan suami isteri bernama Ali dan Chik dalam era pertengahan abad ke-19. Mereka ialah pasangan Raja Ali bin Raja Jaafar, dengan Raja Chik binti Daeng Abdul Rahman. Raja Chik dan Temenggong Ibrahim adalah adik-beradik berlainan ibu, menjadikan anak-anak Raja Ali dengan Raja Chik itu anak saudara kapada Temenggong Ibrahim. Raja Ali pula ialah Yamtuan Muda ke-8 Kerajaan Riau-Lingga.

Rimbun dan Pajar dipercayai anak Raja Ali dari isteri beliau bernama Raja Chik. Mereka telah meninggalkan Riau pada akhir tahun 1857 sejurus selepas ayahanda mereka Raja Ali kembali kerahmatullah. Pada ketika itu Riau dibawah pemerintahan Raja Haji Abdullah bin Raja Jaafar, Yamtuan Muda Riau ke-9, dan Johor pula dibawah pemerintahan Temenggong Ibrahim yang menjadi Temenggong Johor pada tahun 1833. Pusat Kerajaan Negeri Johor telah berpindah dari Teluk Belanga, Singapura ke Johor Bahru pada tahun 1855.

Rimbun telah pergi ke Johor Bahru untuk memberitahu bapa saudaranya Temenggong Ibrahim dimana beliau berada dan identiti barunya sebagai Rimbun. Jika bukan bersaudara, masakan Rimbun berani pergi ke Johor Bahru berjumpa baginda di Istana Besar Johor. Temenggong Ibrahim telah memeluknya dengan penuh kasih sayang. Masakan Temenggong Ibrahim akan berbuat demikian kapada orang lain yang tiada hubungan kekeluargaan dengan baginda. Tarikh kunjungannya ke Johor Bahru mungkin berlaku dalam tahun 1860, beberapa tahun selepas penghijrahan Rimbun dan Pajar.

Semasa kecil, Raja Jaafar bapa Raja Ali, tinggal di Klang dibawah jagaan bapa saudara beliau, Raja Lemu (Sultan Salehuddin, Selangor). Beliau hanya berpindah ke Riau bersama anak isteri apabila dijemput oleh orang-orang besar Riau untuk menerima perlantikannya sebagai Yamtuan Muda ke-6. Ini menepati cerita yang mengatakan bahawa datuk Rimbun pernah dibesarkan di Selangor.

Raja Ali ialah anak Raja Jaafar ini. Beliau menjadi Yamtuan Muda ke 8 pada tahun 1845 selepas kematian kekandanya Raja Abdul Rahman, Yamtuan Muda ke-7. Raja Ali kembali ke rahmatullah pada 28 Jun 1857, meninggalkan dua belas anak dari Raja Siti binti Raja Idris. Nama anak anak Raja Chik tidak disebut di dalam Tuhfat Al-Nafis.

Mengikut rekod rekod sejarah di Riau, Raja Ali bin Raja Jaafar ada tiga isteri, yang pertama ialah Raja Safiah ( Raja Siti ) binti Raja Idris bin Raja Haji Fisabililah. Isteri kedua ialah Raja Long binti Temenggong Abdul Rahman. Selepas kematian Raja Long, Raja Ali telah memperisterikan adinda Raja Long bernama Raja Kechik. Ketiga tiga isteri telah mengurniakan Raja Ali dua puluh anak iaitu Raja Mansur, Raja Andut, Raja Yusuf, Raja Abdul Samad, Raja Merewah, Raja Sulaiman, Raja Awang, Raja Perak, Raja Safiah, Raja Salamah, Raja Hamidah, Raja Bungsu, Raja Jaafar ( Raja Nong ), Raja Md Som, Raja Wok, Raja Husin, Raja Abdul Wadud, Raja Fatimah, Raja Mohamad dan Raja Hassan.

Lapan anak Raja Ali yang tidak disebut di dalam Tuhfat Al-Nafis ialah Raja Jaafar, Raja Md Som, Raja Wok, Raja Husin, Raja Abdul Wadud, Raja Fatimah, Raja Mohamad dan Raja Hassan. Tetapi hanya empat sahaja yang dapat dikesan salasilah mereka iaitu Raja Jaafar ( Raja Nong – Johor ), Raja Wok, Raja Md Som, dan Raja Husin. Manakala identiti lagi empat anak Raja Ali tidak dapat dikesan, iaitu Raja Abdul Wadud, Raja Fatimah, Raja Mohamad dan Raja Hassan.

Mungkinkah mereka itu anak anak Raja Ali dari Raja Chik? Salasilah mereka tidak diketahui kerana mereka telah berhijrah tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Raja Ali adalah keturunan dari La Maddusalat, Raja Luwuk di Sulawesi Selatan. Anak La Maddusalat ialah Daeng Relaga, yang bersama anak-anaknya Opu lima bersaudara telah meminta izin dari Raja Bone untuk mengadu nasib di sebelah barat Sulawesi ( Tanah Melayu dan Sumatra ). Antara anak anak Daeng Relaga ialah Daeng Parani, moyang Raja Chik, dan Daeng Chelak, moyang Raja Ali. Raja Ali dan Raja Chik merupakan lapisan keenam dari keturunan La Maddusalat ini. Rimbun dan Pajar, anak kapada Raja Ali dan Raja Chik ialah lapisan ketujuh.

Cerita cerita keluarga tidak menyebut dengan tepat dari mana datangnya Rimbun dan Pajar. Tetapi kita boleh membuat andaian mereka adalah dari Riau. Perjalanan dengan kapal layar dari Riau ke Sungai Balang dijangka memakan masa satu hari dan satu malam. Tempoh masa yang dilalui oleh Pajar dan Rimbun berlayar dari Riau ke Batu Pahat semalaman adalah satu jangkamasa yang munasabah.

Ismail dan Masrobiah – Siapakah Mereka ?

Beberapa tahun selepas Rimbun dan Pajar berhijrah ke Merlimau dan Sungai Balang, muncul pula dua personality baru, iaitu Ismail dan Masrobiah. Ismail masih kecil ketika Rimbun dan Pajar meninggalkan Riau, dan Masrobiah pula terpaksa tinggal di Riau menjaga ibu dan adiknya. Dijangka mereka datang ke Merlimau pada tahun 1865.

Semasa di Merlimau, Ismail telah bersama sama masyarakat setempat menyumbang kapada pembangunan Merlimau. Diantara kesan amalan jariah beliau ialah membina mesjid Kampung Simpang Pantai bersama Rimbun. Malah Ismail dan Rimbun bersama dua rakan, Panglima Pak dan Tuk Sadin telah bersama sama mengangkat empat tiang penjuru mesjid tersebut. Hingga ke hari ini keempat-empat tiang tersebut masih ada, hanya disalut dengan simen di bahagian luarnya.

Ismail ialah adinda Rimbun dan Pajar. Saudara mara di Merlimau kenal adinda Tuk Rimbun itu sebagai ‘Tuk Beruk’ (sempena nama Raja Brooke di Serawak). Pajar pula pernah bertandang dirumah Ismail di Kampong Parit Sakai Laut, setelah Ismail bermastautin disana dan bersamanya menanam durian di dusun Ismail. Sehingga ke hari ini ‘durian rumah buruk’ hasil sentuhan Pajar masih mengeluarkan hasil yang banyak sungguh pun telah lebih seratus tahun.

Masrobiah pula ialah adinda Rimbun yang tengah. Di Merlimau beliau telah berkahwin dengan Tuk Sadin, seorang mubaligh Arab, yang kemudiannya menjadi imam pertama Mesjid Kampung Simpang Pantai.

Mengapakah Identiti Rimbun Empat Beradik Dirahsiakan ?

Tiada siapa pun dapat mengesahkan identiti sebenar Rimbun dan Pajar. Juga identiti Ismail dan Masrobiah. Mereka sendiri telah memilih untuk merahsiakan identiti mereka walaupun berhadapan dengan berbagai kemungkinan seperti tidak dapat menuntut hak keatas harta peninggalan kedua ibu bapa mereka, dan terpaksa melalui liku-liku kehidupan yang lebih mencabar dari yang terdapat di istana Riau. Mengapa mereka berbuat demikian adalah satu tandatanya, yang kita semua hanya dapat membuat andaian sahaja.

Apakah yang mendorong Rimbun dan Pajar meninggalkan Riau? Besar kemungkinan anak anak Raja Ali dari Raja Chik ini telah merajuk meninggalkan Riau kerana perselisihan mengenai harta pusaka peninggalan ayahanda mereka. Mungkin kerana itulah Rimbun dan Pajar telah membuang gelaran ‘Raja’ pada diri mereka buat selama lamanya. Dan kerana perkara harta pusaka inilah yang menyebabkan tiga saudara Rimbun dari Riau datang ke Merlimau mencari beliau. Kemungkinan mereka ialah adik-beradik Rimbun dari isteri Raja Ali bernama Raja Long itu. Tujuan mereka adalah untuk menyelesaikan hal harta pusaka peninggalan bapa mereka itu.

Budaya merajuk ialah satu budaya yang terkenal dikalangan orang orang Bugis, terutama apabila kehormatan diri mereka atau keluarga mereka tersentuh. Ada kalanya orang orang Bugis akan meninggalkan segala-galanya oleh kerana mereka tidak bersetuju dengan pendapat atau kehendak orang lain, walau pun ibu bapa mereka sendiri. Sebagai contoh, Datuk Awaluddin, anak Daeng Chellak telah meninggalkan Riau bersama adik beliau Serilah berhijrah ke Batang Tiga Melaka kerana tidak bersetuju dengan arahan bapa mereka supaya menuntut harta keluarga di Sulawesi secara peperangan. Beliau telah kemudiannya bersama Daeng Kemboja membangun semula Linggi, tetapi tetap dengan sumpah beliau tidak akan balik ke Riau sungguh pun pada masa itu ayahanda beliau telah meninggal dunia.

Disebabkan masaalah keluarga, Rimbun empat bersaudara telah memilih untuk membuang segala galanya bagi menempuh satu kehidupan baru di tempat asing dan penuh dengan cabaran. Mereka berjaya mewujudkan satu keturunan yang dapat mencapai kejayaan hidup dengan bermula dari sifar.

Rimbun Peneroka Kampong Jerimbun

Banyak cerita mengenai Rimbun yang telah diriwayatkan oleh anak cucu beliau.

Rimbun ialah seorang yang berisi dalam ilmu kebatinan, tegas dan berani menempuh sebarang cabaran.

Pada umur yang sangat muda Rimbun telah berani berhijrah keluar dari Pulau Penyengat di Gugusan Riau pada satu pagi di akhir tahun 1857, bagi memulakan penghidupan baru di tempat orang, jauh dari sanak saudara, dan melakukan pekerjaan yang tidak biasa dilakukan semasa beliau di Riau. Sebagai seorang yang datang dari istana, menjadi petani di pinggir hutan Merlimau, menebang kayu balak sebesar pemeluk, menggali parit dan saliran, mengharung sungai dan jeram, dan mendaki bukit bukau bukanlah satu perkara yang mudah. Tidak diambil kira binatang binatang buas, ular dan pacat, juga dengan kekurangan alat jentera, dan mengharapkan hanya tulang empat kerat dan ketabahan hati yang cekal dan yakin kapada keupayaan diri beliau sendiri. Itulah dia Rimbun, peneroka Kampong Jerimbun dan Sempang di Merlimau.

Semasa Rimbun datang berjumpa Temenggung Ibrahim di Johor Bahru, beliau telah menunjukkan perwatakannya yang tegas dan berani. Mengikut cerita, selepas berada beberapa ketika di istana bersama Temenggung Ibrahim, tibalah masanya bagi Rimbun untuk pulang ke Merlimau. Keadaan angin di laut tidak menentu hala. Temenggong Ibrahim menitahkan supaya Rimbun tinggal di Johor Bahru buat beberapa ketika sehingga angin laut mengizinkan beliau pulang dengan selamat. Namun Rimbun telah bertegas hendak pulang pada hari itu juga. Kata beliau, ‘Biarlah saya pulang. Bila tercabutnya pancang di Johor, nanti terpacaklah pancang di Muar. Selamat tinggal ayahanda!’ Seterusnya Rimbun memulakan perjalanan balik ke Merlimau dengan perahu layarnya.

Tepat bagaimama yang dijangkakan. Apabila perahunya tiba di perairan berhampiran dengan Kesang Muar, dengan kuasa Allah, angin di laut telah mati, menyebabkan perahu beliau terapung-apung tidak bergerak di tengah lautan. Dengan tenang beliau telah mengambil secebis upeh dari dalam perahunya, dan membuangnya ke laut. Dengan tidak semena-mena, datanglah angin yang kuat dari dalam perahunya meniup layarnya. Perahunya pun terus bergerak hinggalah Rimbun selamat sampai ke destinasinya. Dari mana datangnya angin, kalau tidak dari langit. Tetapi angin dari dalam perahu ialah satu keganjilan.

Satu kelebihan Rimbun ialah keupayaan beliau memakan dengan banyak sekali gus. Sebelum beliau masuk ke dalam hutan untuk menebang balak atau membersihkan kawasan pertanian, beliau akan memakan makanan yang biasa dimakan untuk satu minggu. Maka Rimbun akan dihidangkan dengan makanan yang banyak – seperti satu timbunan. Apabila beliau masuk ke hutan, beliau tidak membawa sebarang bekalan makanan. Mengikut cerita rakan-rakan beliau, ketika orang lain sedang makan dari bungkusan masing-masing, Rimbun akan duduk berehat di atas tunggul kayu dan bersendawa menandakan beliau telah kenyang.

Rimbun telah berkahwin dengan Jekiah seorang anak dara tempatan. Hasil dari perkahwinan beliau dengan Jekiah, Rimbun dikurniakan empat orang anak, Esah, Shahabudin, Hashim, dan Saemah.

1. Esah bt Rimbun

Esah telah mendirikan rumahtangga dengan Sidang Mat Idris di Sempang Merlimau. Beliau dikurniakan tiga orang anak Yaacob, Husin, dan Haji Hassan.

Yaacob berkahwin dengan Minah, dan mendapat Minhad, Abu, dan Omar. Yaacob telah berkahwin kali kedua dengan Zariah @ Komeng bte Haji Hashim, dan mendapat Dato’ Mohamad Said, Zaiton, Ahmad, Zahrah dan Zainah.

Husin telah berkahwin dengan Zahrah, dan mereka mendapat seorang anak iaitu Zaleha.

Hassan pula telah telah berkahwin dengan Asmah, dan mendapat Mat Yatim, Abu Bakar dan Salim. Perkahwinan beliau dengan Puteh mendapatkan Ainon dan Zaiton.

2. Shahabudin bin Rimbun:

Shahabudin menetap di Kampung Sebatu, Melaka setelah berkahwin dengan Lobak binti Mat Jidin. Anak anak Shahabudin ialah Abu Bakar, Mat Jahi, Hanafiah, Nafseah dan Ayub.

Anak sulong Shahabudin, Abu Bakar ialah seorang majistret di Sandakan, Sabah semasa beliau dibunuh oleh pemerintah Jepun dalam tahun 1945. Beliau meninggalkan dua anak, Roslan dan Rashid yang telah dibawa oleh ibu mereka balik ke Semenanjung dan dimasukkan ke rumah kebajikan kanak kanak Serendah sehingga mereka boleh berdikari.

Mat Jahi, seorang guru pelawat, yang gemar memburu dan bertani telah berkahwin dengan Zamnah Alias, dan mendapat tujuh orang anak: Maznah, Safiyuddin, Zainal Abidin, Safiah, Kamaruddin, Jamaludin, dan Jamilah. Apabila Zamnah meninggal dunia, Mat Jahi telah berkahwin dengan Maznah Yaacob,dan mendapat sembilan orang anak: Aminuddin, Zainuddin, Baharuddin, Tajuddin, Thuaibah, Hishamudin, Khairudin, Hijaudin dan Salahuddin.

Hanafiah, ialah seorang pegawai polis Negara Singapura. Beliau berkahwin dengan Arpah Sujan dan mendapat enam orang anak : Shaharuddin, Faridah, Sharifuddin, Fauziah, Faezah, dan Safiyuddin. Hanafiah meninggal dunia di Madinah semasa menunaikan fardhu Haji pada tahun 1981.

Nafseah telah berkahwin dengan Haji Abdul Majid bin Abdul Rahman bin Ismail dari Muar, Johor ( saudara dua pupu ). Beliau meninggal dunia pada tahun 1946 semasa anak beliau yang tunggal, Amir, masih berumur sepuluh bulan.

Ayub ialah anak Shahabudin yang bongsu. Beliau masih lagi tinggal dirumah limas peninggalan Shahabudin di Kampung Sebatu, Melaka. Beliau berkahwin dengan Maznah Abu, dan dikurniakan sembilan orang anak: Salehuddin, Shamsiah, Samsuddin, Burhanuddin, Khiruddin, Nazaruddin, Aminuddin, Khadijah, dan Kadaruddin.

3. Haji Hashim bin Rimbun

Haji Hashim ada empat isteri iaitu Nor, Tijah, Halijah dan Kasinah.

Melalui perkahwinan beliau dengan Nor, beliau dikurniakan seorang anak iaitu Haji Mohd Sabil. Haji Mohd. Sabil ialah seorang guru dan telah berkahwin dengan Zainab binti Saat ( anak Khatijah binti Ismail ) dan dikurniakan tujuh orang anak: Mahbib, Zainon, Ismail @ Sulaiman, Omar, Habsah @ Zainah, Halimah, dan Khatijah.

Melalui perkahwinan beliau dengan Tijah, Haji Hashim mendapat Yusof dan Zahrah. Yusof telah berkahwin dengan Azizah Omar dan mendapat sembilan orang anak: Mohamad Ruzli, Hasni, Zaini, Azmi, Normala, Faridah, Hood, Hanita, dan Khadijah.

Zahrah pula telah berkahwin dengan Dawi Sudin dan mendapat Saudah dan Habsah. Perkahwinan kedua Zahrah dengan Said Haji Taha mendapat Zauyah dan Salleh.

Manakala Komeng @ Zariah ialah anak yang diperolehi melalui perkahwinan beliau dengan Kasinah. Komeng telah berkahwin lagi dengan Yaacob bin Sidang Mat Idris, dan mendapat Dato’ Mohamad Said, Zaiton, Ahmad, Zainah, dan Zahrah.

4. Kedam (Saamah) binti Rimbun

Kedam telah berkahwin dengan Ibrahim (Gembur) dan dikurniakan empat orang anak: Tanda, Lebi, Saamah dan Wahit.

Tanda berkahwin dengan Dawi, dan mendapat Rokiah ( Arah ).

Lebi berkahwin dengan Ahmat, dan mereka mendapat dua orang anak: Abu Bakar dan Aziz (Yazid).

Saamah pula berkahwin dengan Mahdon, dan mendapat Fatimah, Pipah, Rahmah, Zainab, Hawa, Bahrom, dan Halimah.

Wahit pula berkahwin dengan Zaniah, dan mendapat tujuh orang anak : Wahab, Limah, Yusop, Baharuddin, Rafeah, Rapilus, dan Melah. Beliau telah berkahwin semula dengan Sanimah, dan mendapat Zanariah, Rozainah, dan Mazidah.

Masrobiah : Berani dan Berisi Kebatinan

Masrobiah dibawa ke Merlimau oleh Rimbun bersama Ismail yang masih kecil, dan seterusnya beliau bermastautin di sana. Semasa Rimbun dan Pajar meninggalkan Riau pada akhir tahun 1857, Masrobiah telah pun berkahwin dan mendapat dua orang anak: Dayang dan.Bahru. Kemungkinan selepas kematian suaminya Raja Ahmad, Masrobiah telah memutuskan untuk mengikuti Rimbun berhijrah ke Merlimau bersama Ismail dan dua anaknya.

Masrobiah terkenal dengan keberaniannya dan cukup berisi dengan ilmu kebatinan. Beliau biasa ke laut seorang diri tanpa mengenal erti takut. Ada cerita yang mengatakan beliau pada satu hari mendapat satu karung berisi wang ditengah tengah laut. Karung tersebut digantungkan pada dahan pokok dihadapan rumah tanpa diusiknya. Tiada siapa pun berani mengambil wang tersebut kerana dipercayai diberikan kapada beliau oleh orang bunian.

Beliau berupaya mengubat orang sakit sebagai seorang dukun. Malah ilmu mengubati orang sakit juga diturunkan kapada anak dan cucunya. Cucunya Pipah juga dikatakan seorang dukun dan bidan yang terkenal.

Semasa Rimbun, Ismail, Panglima Pak, dan Tuk Sadin bersama orang orang kampong bergotong royong membina mesjid Kampong Sempang Pantai, Masrobiah telah menggali sebuah perigi diperkarangan masjid. Perigi tersebut masih ada lagi hingga ke hari ini dan terkenal sebagai ‘Perigi Tok Nina’. Perigi ini tidak pernah kekeringan air walaupun dimusim kemarau panjang dan telah menjadi sumber bekalan air orang orang Merlimau dimusim kemarau. Pada hari ini permukaan perigi tersebut telah di tutup oleh pegawai pegawai mesjid kerana ditakuti akan menjadi satu punca amalan kurafat. Mungkin menjadi satu kehairanan jika kita mendengar seorang perempuan menggali perigi seorang diri. Tetapi Masrobiah seorang yang candi dan berwatak seperti lelaki (‘tomboy’) serta mudah bergaul dengan masyarakat setempat.

Masrobiah telah berkahwin dengan Tuk Sadin yang dipercayai adalah imam pertama Mesjid Simpang Pantai. Tuk Sadin sebenarnya ialah Syed Alaudin bin Syed Baharuddin Al Edros, yang juga bapa kapada Syed Mohamad Ariffin (Tuk Tenang) dari lain ibu. Mereka dikuniakan seorang anak: Sembok. Syed Alaudin ada seorang anak lagi bernama Fatimah dari isteri lain.

1. Dayang binti Raja Ahmad:

Dayang telah berkahwin dengan Raja Abdullah, dari keluarga diraja Riau, dan mendapat enam orang anak iaitu Pipah, Yunos, Mat Jani, Aishah, Asmah, dan seorang bayi yang mati kecil. Dayang juga ada mengambil seorang anak angkat bernama Limat. Pipah telah berkahwin dengan Abu bin Songsang dan mendapat Hajah Zainab. Yunos berkahwin dengan Kona Tampel, tetapi tidak mendapat zuriat. Mat Jani berkahwin dengan Long, dan mendapat Semah, Othman, Munah dan Mat. Aishah berkahwin dengan Mahat Ujan dan mendapat Ahmad, Sulaiman, Saanah, dan Ros. Ahmad bin Mahat berkahwin dengan Ainon binti Haji Hassan bin Sidang Mat Idris ( dari rumpun Rimbun ). Asmah ( Pisah ) telah berkahwin dengan Haji Kalam dari Tanjong Sepat dan mendapat Saad, Mijan, Shadam, Saorah, Hamid, Rasimah, Salamah, Mohd Dom, Juminam dan Shukor. Limat pula telah berkahwin dengan Merah, dan mendapat Hamzah, Jakyah, Jaliah, dan Mushim.

2. Bahru binti Raja Abdullah :

Bahru berkahwin dengan Mahat dan mendapat Ali, Ngah, Othman, Bakar, dan Minai. Ali berkahwin dengan Che Nah dan mendapat Ani dan Udin. Ngah pula berkahwin dengan Siti dan Gayah, dan mendapat tiga orang anak termasuk Samad, dari isteri pertama, dan dua orang anak: Aran Ngah dan Mat Ngah dari isteri kedua. Othman telah berkahwin dengan Saudah dan mendapat Zaniah, Azmah, Rasimah, dan Abdul Rahman. Diantara anak anak Othman ini, seorang darinya iaitu Zaniah, telah berkahwin dengan Wahit bin Ibrahim ( dari rumpun Rimbun ). Bakar berkahwin dengan Bahak, tetapi tidak mendapat zuriat. Minai pula telah berkahwin dengan Samsu, dan mendapat Hawa, Mukmin, Hamid , Md Tup, dan Saad.

3. Sembok binti Syed Alaudin:

Sembok berkahwin dengan Maarof dan mendapat empat orang anak iaitu Noh, Ibrahim, Nilam dan Sebah. Noh berkahwin dengan Ahmad dan mendapat Zabedah. Ibrahim ( Yem Mudim ) berkahwin dengan Alijah dan mendapat Othman, Salbiah, Rasul, Raminah ( Buruk ) dan Md Diah. Nilam pula berkahwin dengan Bahar, dan mendapat Maani, Buruk, dan Abu Kassim. Nilam berkahwin pula dengan Jaafar, dan mendapat Roslan, Mak Intan, dan Sarinam. Sebah pula berkahwin dengan Saemah dan mendapat dua orang anak. Zabedah( Mak Bedot ) pula telah berkahwin dengan Abu dan mendapat lapan orang anak iaitu Maznah, Yunos, Robiah, Md Nor, Hj Abdul Rahim, Mohidin, Ramsiah, dan Embok Chik. Maznah ialah isteri Ayub bin Shahabudin bin Rimbun.

4. Fatimah binti Syed Alaudin:

Fatimah pula berkahwin dengan Jamal dan mendapat seorang anak iaitu Abu Hassan.

Pajar Meneroka Sungai Balang

Setelah Rimbun selesai menurunkan barang barang keperluan adinda beliau yang telah diberikan nama baru itu, beliau telah berpesan, “Ingat ya, nama kamu sekarang ialah Pajar ! Tiada nama lain lagi. Kita akan berhubung kemudian kelak. Moga-moga kita semua selamat.“ Seterusnya perahu Rimbun beredar perlahan lahan keluar dari Kuala Sungai Semerah, menuju ke utara.

Apabila Rimbun datang beberapa bulan kemudian, Pajar telah sedia bermastautin dan membuka kampong di Kampong Lubok, Sungai Balang. Sungai Balang ialah sebuah kawasan penempatan baru di Padang. Biasanya kebun baru dimulakan dengan membersih tapak rumah, menebang hutan di sekelilingnya, membakar dan membersih kawasan pertanian, menanam jagung, keladi, dan ubi kayu, dan seterusnya menanam tanaman kekal. Pajar tidak terkecuali daripada amalan ini. Beliau telah menanam pokok pokok buah-buahan seperti manggis, duku, dan durian di tanah yang baru diterokainya. Disatu kawasan berhampiran di Tanjung Tohor, beliau telah mengusahakan tanaman padi sawah.

Setelah beberapa lama Pajar di Sungai Balang, beliau telah berpindah ke Parit Semerak ( sekarang dikenali sebagai Semerang) dekat Batu Pahat. Seperti juga Rimbun, Pajar mempunyai semangat juang yang kental, yang membolehkan beliau menghadapi cabaran hidup di dalam keadaan sekelililng yang baru, jauh dari keselesaan dari kemewahan yang biasa dikecapi semasa beliau bersama keluarga di Pulau Penyengat. Itulah hakikatnya. Beliau dan abang Rimbun bernekat membuang segala galanya dan memulakan kehidupan dari sifar. Umur yang rendah dan pengalaman yang sedikit tidak semestinya menjadi penghalang bagi seseorang berjiwa peneroka seperti Pajar. Hasilnya kelihatan terserlah yang berupa kampong halaman dan dusun luas terbentang, menjadi bekalan rezeki sehingga ke anak cucu.

Makam Pajar berada di Kampong Sempang, Merlimau.

Anak anak Pajar kemudiannya telah berpindah dari Kampong Semerak ke Air Hitam di Kluang.

Keturunan Pajar bin Raja Ali

Pajar telah berkahwin dengan Minah bt Lamin dan telah dikurniakan lima orang anak, iaitu Sariah, Saamah, Sitam, Labu dan Ahmad.

1. Sariah bt Pajar

Sariah bt Pajar telah berkahwin dengan Tuk Sidin dan dikurniakan tiga orang anak; Esah, Rafeah, dan Haji Abdul Hamid.

Esah mendapat dua orang anak melalui perkahwinan beliau dengan Kamsan iaitu Som dan Pon. Rafeah pula berkahwin dengan Md. Tap dan mendapat tiga orang anak : Ismail, Daud, dan Radiah. Haji Abdul Hamid berkahwin dengan Noriah Jusoh dan mendapat sembilan orang anak iaitu Mohamad Nasir, Hamidah, Latifah, Mohamad Najib, Maznah, Sahrimah, Abdul Rahim, Faridah, dan Mohamad Faizal.

2. Saamah bt Pajar

Saamah binti Pajar pula telah berkahwin dengan Tuk Kassim dan di kurniakan empat orang anak iaitu Md.Lizan, Hamidon, Ibrahim dan Ahmad.

Md. Lizan mendapat lima orang anak: Ramlah, Abu, Salimah, Misnan, dan Johan @ Atan. Hendon pula mendapat Kuntum, Hasnah, Baharom, Halil, dan Fatimah melalui perkahwinannya dengan Saadon. Ibrahim pula ada sembilan orang anak: Yahya, Daud, Hasan, Sakdiah, Zainun, Fauziah, Mariam, Mariah, dan Abdul Rahman. Ahmad pula mendapat Ali, Zahrah, Omar, Othman, Zaleha, Zainab, Zainuddin, dan Zalina.

3. Sitam bt Pajar

Sitam pula telah berkahwin dengan Othman dan mendapat seorang anak, iaitu Kamariah (Tiamah). Kamariah telah berkahwin dengan Jaafar, dan mendapat lima orang anak: Aman, Hasan, Ketum, Mokhtar dan Liah.

4. Labu bt Pajar

Labu telah berkahwin dengan Sulaiman dan mempunyai dua anak, Misah dan Yaakob. Misah berkahwin dengan Mohamad Yatim dan mendapat lima anak iaitu Ayub, Othman, Omar, Abdul dan Ibrahim. Yaacob pula ada tiga orang anak: Maryam, Yusof, dan Fatimah.

5. Ahmad bin Pajar

Ahmad juga dikenali sebagai Ahmad Kiai telah mendirikan rumah tangga dengan lnab Kalong, dan dikurniakan empat cahaya mata: Halimah, Jebah, Lembut dan Kassim.

Halimah berkahwin dengan Md Dom Yahya dan mendapat Wook. Jebah berkahwin dengan Ahmad Ishak dan mendapat Rokiah, Maimunah, Robiah, dan Abdul Rahim. Lembut berkahwin dengan Salleh Said dan mendapat Bainon, Zaiton, Zainal, Norian, dan Jamaluddin.

Haji Kassim dikurniakan tujuh orang anak iaitu, Mohamad Kamal, Kalsom, Abdul Kadir, Abdul Karim, Mohd. Kahar, Zubaidah dan Zalina melalui perkahwinannya dengan Zahrah Akil. Perkahwinan Hj Kassim dengan isteri kedua, Che Yang Ahmad belum menghasilkan zuriat.

Busu Haji Kassim ialah diantara anak Ahmad Kiai yang masih ada. Beliau seorang bekas guru, dan aktif dalam aktiviti sosial dan politik di Kluang Johor. Pada masa ini beliau menghabiskan masa lapang nya dalam bidang agama dan mengajar al-Quran.

Ismail Bermastautin Di Parit Sakai

Ismail, saudara bongsu Rimbun telah dilahirkan di Riau pada tahun 1855. Ketika Rimbun dan Pajar meninggalkan Riau, Ismail baru berumur 2 tahun. Beliau tinggal bersama ibu dan kakaknya Masrobiah di Pulau Lingga.

Pada tahun 1865, Rimbun telah datang ke Pulau Lingga untuk mengambil Ismail dan Masrobiah tinggal bersama beliau di Merlimau. Ketika itu Ismail baru berumur sepuluh tahun.

Adinda Rimbun ini terkenal di Sempang Pantai, Merlimau sebagai Ismail Beruk. Anak cucu beliau masih ingat akan gelaran Tok Beruk itu sebagai gelaran Ismail. Gelaran ‘ bruk ‘ ini telah digunakan oleh Ismail sempena nama Raja Brooke di Serawak sebagai samaran ketika beliau tiba dari Pulau Lingga.

Apabila mencapai usia remaja, Ismail telah pergi bekerja di Padang, Muar, bersama sama beberapa orang penduduk Merlimau yang lain. Apabila Dato’ Putih ( Jusoh ) menjadi Orang Kaya Padang pada tahun 1852, beliau telah ditugaskan oleh Temenggong Ibrahim membangun semula Kampong Parit Raja, yang kemudiannya menjadi tempat bersemayam Temenggong Ibrahim dan kemudiannya Maharaja Abu Bakar, apabila baginda itu datang dari Teluk Belanga atau Johor Bahru mencemar duli, serta berjumpa pembesar pembesar Padang dan rakyat jelata di sana. Pada masa itu Merlimau dianggap sebahagian dari Padang dan terdapat ramai orang-orang Merlimau bekerja di sana. Tarikh Ismail pergi ke Padang tidak diketahui tetapi dijangka dalam tahun 1870 semasa beliau berumur 15 tahun. Pada masa itu, Ringgit bin Jusoh telah menjadi Orang Kaya Padang menggantikan bapa beliau Dato’ Putih, yang meninggal dunia pada tahun 1865. Orang Kaya Ringgit telah meneruskan usaha usaha pembangunan bapa beliau hingga Kampong Parit Raja terkenal sebagai kawasan yang kaya dengan dusun buah buahan tropikal seperti duku dan manggis. ‘ Kisah Pelayaran Mohamad Ibrahim Munshi ke Pantai Barat Johor, Melaka, Selangor dan Perak ( 1871-1872 )‘ ada menyebut akan kewujudan kampong Orang Kaya Ringgit (Parit Raja) sebagai sebuah kampong yang sangat kaya dan membangun.

Ismail telah membuka kawasan baru di Kampong Parit Sakai dengan tanaman pinang, dan kemudiannya dusun durian dan manggis. Orang orang Padang pada masa itu menjadi kaya hasil tanaman pinang dan buah buahan mereka. Ismail tidak terkecuali.

Pada tahun 1883, Ismail berkahwin dengan Endah, cucu Orang Kaya Ringgit. Mereka dikurniakan dua orang anak, Khatijah dan Ismail. Walau bagaimana pun, umur Ismail tidak panjang. Kedua dua Ismail dan Endah meninggal dunia pada tahun 1890, ketika anak anak mereka masih kecil lagi. Ismail dan Endah dikebumikan di perkarangan rumah mereka di Kampong Parit Sakai, Batu 2 Jalan Abdul Rahman Muar.

Siapakah Endah ?

Mengikut ingatan orang tua tua, Endah ialah cucu Orang Kaya Ringgit dari anaknya bernama Fatimah. Mengikut ‘ Sejarah Ringkas Muar ‘ karangan Dato’ Shukor Ismail, Cik Puan Fatimah ialah isteri kedua Sultan Abu Bakar ibni Temenggong Ibrahim Johor. Baginda ditabalkan sebagai Sultanah Johor di Johor Bahru pada tahun 1886. Pada 12 Ogos 1887, Sultanah Fatimah telah mengiringi Sultan Abu Bakar ke majlis pelancaran Pembangunan Kuala Sungai Muar sebagai Bandar. Bandar tersebut dinamakan Bandar Maharani, sempena Maharani Fatimah, isteri baginda yang berasal dari Padang Muar.

Cik Puan Fatimah ialah isteri Daeng Abu Bakar. Beliau telah ditabalkan sebagai Sultanah pada tahun 1886 semasa istiadat pertabalan dan pemahkotaan Maharaja Daeng Abu Bakar sebagai Sultan Johor dan segala jajahan takluknya (lihat Sejarah Johor: Buyong Adil – DBP 1971). Pada 12 Ogos 1887, Maharaja Abu Bakar telah menamakan bandar baru di Kuala Sungai Muar sebagai Bandar Maharani sempena nama Maharani Fatimah.

Fatimah meninggal dunia pada tahun 1890 di Singapura. Jenazah beliau telah dimakamkan di makam Diraja Jalan Mahmudiah, Johor Bahru. Ketika beliau mangkat, Sultan Abu Bakar berada di Benua Eropah kerana lawatan resmi.

Fatimah telah dikurniakan tiga orang putera dan tiga orang puteri: Normah, Derasap, Kalok, Mewah, Endah, dan Abdullah.

Salah seorang dari puteri baginda dengan Fatimah ialah Endah, yang juga dikenali sebagai Embong Endah. Endah telah berkahwin dengan Ismail pada tahun 1883, ketika masih berusia 15 tahun.

1. Khatijah bt Ismail.

Anak Ismail yang sulong ialah Khatijah, yang juga dikenali sebagai Tuk Encik. Beliau telah berkahwin dengan Mohammad Saad dan dikurniakan empat orang anak: Esah, Safiah, Jelani dan Zainab. Keluarga mereka bermastautin di Kg. Parit Sakai Laut.

Esah telah berkahwin dengan Jusoh, tetapi telah meninggal dunia tanpa melahirkan anak. Jusoh kemudiannya telah berkahwin semula dengan wanita lain.

Safiah telah berkahwin dengan Haji Othman, dan mendapat tuju orang anak: Mon, Kassim, Mariam, Mohamad Top, Ara, Edah (Nyok), dan Salmah (Teh).

Jelani pula berkahwin dengan Zaleha binti Hasbullah. Sarjan Jelani dari Pasukan Polis Tanah Melayu telah mati ditembak komunis semasa zaman darurat dahulu tidak lama selepas mendirikan rumahtangga.

Zainab telah berkahwin dengan Haji Mohamad Sabil bin Haji Hashim bin Rimbun, dan mendapat tujuh orang anak: Mahbib, Zainon, Ismail @ Sulaiman, Omar, Habsah, Halimah, dan Khatijah.

2. Abdul Rahman bin Ismail

Abdul Rahman juga dikenali sebagai Tuk Wak. Semasa mudanya Abdul Rahman berkhidmat sebagai pegawai Johor Military Forces ( Pasukan Timbalan Setia Johor ). Beliau telah berkahwin dengan Bedah binti Ibrahim mendapat lima orang anak iaitu Amah, Abdul Majid, Mohamad Nor, Zainab, dan Ramlah.

Hajah Amah telah berkahwin dengan Haji Ismail Mohamad Yassin dan mendapat sepuluh orang anak: Haji Hamdan, Zamnah, Haji Abu Bakar @ Sidek, Hajah Aminah, Haji Taib, Haji Mohamad Yassin, Musa, Hajah Fatimah, Abdul Rahman, dan Fadzillah.

Haji Abdul Majid telah berkahwin dengan Nafseah binti Shahabudin bin Rimbun, dan mendapat seorang anak, Amir. Beliau telah berkahwin lagi selepas kematian Nafseah dengan Muntamah binti Haji Yahya, dan mendapat tujuh orang anak: Aishah @ Fatimah, Fadzillah @ Hamidah, Samsuddin @ Eskander, Azman @ Abu Bakar, Wahidah, Yaacob, dan Maity ( mati kecil ).

Mohd Nor meninggal dunia semasa masih bujang.

Hajah Zainab telah berkahwin dengan Haji Sulaiman @ Abdul Rahman bin Mohd Amin, dan mendapat lima orang anak : Ahmad, Hamzah, Kamisah, Jamiah, dan Ali.

Hajah Ramlah telah berkahwin dengan Jelani dan mendapat seorang anak Badariah. Setelah kematian Jelani, beliau telah berkahwin pula dengan Haji Hassan Yusof, dan mendapat lima orang anak: Rosnah, Jamiah,Yusof, Daud, dan Saodah.

Penutup:

Sejak penghijrahan Rimbun dan Pajar ke Padang pada tahun 1857 dan diikuti Masrobiah dan Ismail beberapa tahun kemudian, keturunan mereka telah menjangkau lapan generasi dan berjumlah hampir 2000 orang. Dan sumpah Rimbun dan Pajar tidak akan mendedahkan identiti mereka kapada orang luar selama tujuh keturunan telah pun tercapai. Sebab musabab mereka berhijrah dan membuang kemewahan istana Riau masih jadi tanda tanya.

27 comments:

MOHD FUAD YAHAYA May 13, 2009 at 5:23 PM  

salam tuan,
boleh tak tuan masukkan susurgalur (gambarajah) PARIMBUNIS...

sehingga kini sudah berapa generasi keturunan PARIMBUNIS?

adakah senarai penuh nama keluarga Besar PARIMBUNIS ini diperolehi?

sy sangat berminat hendak mendapatkan maklumat tersebut.

sekian.terima kasih atas kerjasama Tuan.

Abd lah @ Abdullah Bin Awang May 15, 2009 at 9:32 AM  

Terima kasih atas minat saudara, Insyaallah, maklumat yg dikehendaki akan dipaparkan didalam blog ini. Susurgalur keluarga ada di dalam simpanan Hj Kassim, selaku ketua keluarga. Sebagai ahli keluarga, saudara juga boleh mendapatkan buku "ke mana kanh perginya keturunan Raja Ali raja Chik, tulisan Tuan Hj Amir, yg menetap di Ampang. Jika perlu, nanti saya emelkan no hpnya, atau saudara sms no saudara ke hp saya 019 7770435. TK

galigo August 21, 2009 at 8:37 AM  

ASSALAMUALAIKUM ...AGAK MENARIK CORETAN SEJARAH YG SAUDARA LAMPIRKAN....BOLEH SAYA TAHU DARI MANA SAUDARA DAPAT SEMUA INFO INI ....SAYA AGAK TERTARI MENGENAI DATO AWALUDIN ANAK DAENG CHELAK...SAYA ASAL DARI KETURUNAN BUGIS LINGGI ...BOLEH SAU DARA MEMBERI INFO MENGENAI CATATAN YG SAU DARA LAMPIRKAN(DATO AWALUDIN DAN ADIKNYER SERILAH)..

INI EMAIL SAYA..
dafick@hotmail.com

sekian

zul aidil August 12, 2010 at 2:33 AM  
This comment has been removed by the author.
Naim April 9, 2012 at 9:23 AM  

Assalammualaikom

Saya pon tengah dok mencari kaum kerabat yg lama terpisah.....dimana asal usul kita?

Raja Haji Ali —–>> xxxxxx —–>> Daeng Abu Samah —->> Daeng Ibrahim —->> Abdul Rahman —->> Hashim —->> Yusop

carta salasilah penuh ada kat maklang hasnah……sila hubungi habesah hashim ( 014-249 8962 ) utk minta no. maklang hasnah…..

Muhammad Zainuddin bin Mohamad nazir April 30, 2013 at 7:52 AM  

Assalamualaikum saya cucu cicit dari keturunan Fatimah bte ms saad bin Ahmad dari keturunan raja pulau riau tanjung batu ada tak sesiapa tahu salah silah saad bin Ahmad ini. Arwah nenek saya Fatimah telah berkahwin dengan Arwah atuk saya yang bernama Muhammad bin Abd Samad dari melaka dan Arwah atuk telah membuang nama syed kerana tidak mahu di kenali keturunan raja. Saya pon tak berapa pasti kerana telah berabad lamanya. Ada sesiapa tahu salah silah ini?.

Unknown October 5, 2013 at 10:18 PM  

Boleh sy dapatkan info tentang tok sadin dan panglima pak x? Bantuan encik amat sy hargai..
Emel sy-
m.fadlimuhammad@gmail.com

Unknown March 9, 2015 at 3:26 AM  

assalamualaikum tuan..blh x saya nak tahu sape daeng md amin,daeng saeman,dan daeng ibrahim dan cik gayah..

Unknown March 9, 2015 at 3:29 AM  

Saya juga nak tahu sape raja garah bte sidek..dan tengku salim tengku garah

Dream Big August 23, 2015 at 10:02 AM  

Salam ,
Ape kah kaitan keluarga Parimbunis dengan Tok Awaluddin dan Tok Serilah dengan keluarga Riau dan Sulawesi? Juga, saudara tahukah ade kaitan keluarga Parimbunis dengan Keluarga di Linggi, Negeri Sembilan selain dari kerabat Tok Awaludin dan Tok Serilah. Terima Kasih .

Anonymous November 11, 2015 at 7:01 AM  

Boleh sy dapatkan info tentang tok sadin dan panglima pak x? Bantuan encik amat sy hargai..
Emel sy-
adlina93@gmail.com

anna February 26, 2016 at 11:27 AM  

Salam ,
Apakah kaitan keluarga Parimbunis dengan Tok Awaluddin dan Tok Serilah dengan keluarga Riau dan Sulawesi? Juga, saudara tahukah ade kaitan keluarga Parimbunis dengan Keluarga di Linggi, Negeri Sembilan selain dari kerabat Tok Awaludin dan Tok Serilah. boleh emailkan sumber rujukan Encik di anna.myra2411@gmail.com? hanya Allah yg boleh membalas budi encik. in shaa allah, jika diizinkan Allah, saya pasti akan memberi kredit atas jasa encik membantu saya mendapatkan maklumat.. sekian terima kasih

5zul July 8, 2016 at 11:55 AM  

Salam tn. Boleh kiranya jika diizinkan sy ingin ketemuan dgn hj amir diampang.. Sy juga berada diampang... Sy dilahirkan di merlimau.. Arwah tok sy dikenali tok mat ( muhammad bin ibrahim ).. Dipasir gembur 1.
0126590448. Atas izin yg maha Esa

Unknown August 12, 2016 at 7:15 AM  

Assalam.. Saya generasi ke7 dari asmah (pisah)anak kepada Dayang dan Raja Abdullah, Dayang anak kepada Masrobiah (Raja Fatimah).. Bole kah berikan susur galur salah silah keluarga menggunakan rumpun yang lebih senang difahami. Terima kasih atas info... Baru sAya tau, saya berdarah bugis.

Unknown September 6, 2016 at 8:03 AM  

ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
angka;GHOIB: singapura

angka;GHOIB: hongkong

angka;GHOIB; malaysia

angka;GHOIB; toto magnum

angka”GHOIB; laos…

angka”GHOIB; macau

angka”GHOIB; sidney

angka”GHOIB: vietnam

angka”GHOIB: korea

angka”GHOIB: brunei

angka”GHOIB: china

angka”GHOIB: thailand

ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
0823-9177-2208
saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa

Unknown January 6, 2017 at 6:11 PM  

assalamualaikum tuan..boleh x bgithu tentang keturunan daeng rilaga..saya ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut

Unknown September 4, 2017 at 7:42 PM  

Assalamualaikum.
Moyang saya lahir dan dibesarkan di Sebatu Melaka.

Apakah ada kaitan Dato Paduka Mahkota Abdullah bin Abdul Manan bin Abdul Samad ini dengan cerita susur galur raja Riau ?

Dato Abdullah bin Abd Manan menjadi penghulu di Buloh Kasap Segamat.

Berikut ini kisah beliau.

http://datoabdullahmahat.blogspot.my/2008/12/penghulu-buloh-kasap.html?m=1

Unknown September 4, 2017 at 7:43 PM  

Sila whatsap saya

0176271926

Unknown November 6, 2017 at 7:15 PM  

Saya keturunan Rimbun di sebelah ibu Fatimah bintiMahdom, sekarang tinggal di Serkam. Al Fatihah semua keturunan saya yang telah meninggal...

Najib September 9, 2020 at 5:45 AM  

Assalammualaikum Tuan,
Saya susur galur dari Panglima Pak, saya sudah lama mencari sejarah Panglima Pak yg ke 4.. masih mencari perjalanan sejarah kehidupannya.. Kalau ada boleh kongsikan denagan saya.

Nuraref March 10, 2021 at 9:40 PM  

Assalamualaikum, datuk sy abd rahman bin baba, anak kepada asmah binti sahabudin. Tinggal di merlimau pantai, sy ingin tahu lebih lanjut, boleh tuan hubungi sy 0196871440? Sy nak tahu lebih dalam lagi perihal keluarga saya.

Nuraref March 10, 2021 at 9:51 PM  

Zamnah alias ada abang kan? Baba alias, boleh saya dapat kan susur galur nya?

Unknown April 6, 2021 at 8:01 AM  

Salam..
Terima kaseh..
Dapat tumpang mambaca..

Anonymous April 28, 2022 at 9:17 PM  

mmorpg oyunlar
İnstagram takipçi satin al
TİKTOK JETON HİLESİ
Tiktok jeton hilesi
antalya saç ekimi
referans kimliği nedir
instagram takipçi satın al
metin2 pvp serverlar
instagram takipçi satın al

Hanini Suhaila Hamsan May 8, 2022 at 3:38 AM  

arwah datuk saya Idris bin Abdul Rahim . asal Merlimau Melaka. nak tahu Abdul rahim yang tertulis tu ada tak anak namanya Idris , Husin , Nasir

Anonymous May 20, 2022 at 10:24 AM  

Perde Modelleri
Mobil onay
TÜRK TELEKOM MOBİL ÖDEME BOZDURMA
nft nasil alınır
Ankara evden eve nakliyat
Trafik Sigortasi
DEDEKTÖR
https://kurma.website
aşk kitapları

Hanini Suhaila Hamsan July 4, 2024 at 12:17 AM  

Atuk saya asal Merlimau Melaka
Ada cerita dia dari Keturunan di raja

Post a Comment

BLOG PARIMBUNIS

BLOG INI ADALAH DIKHASKAN UNTUK AHLI KELUARGA PARIMBUNIS, BERINTERAKSI DAN MENYALUR MAKLUMAT SEMASA, SEMUGA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SIRATULRAHIM.

Bercakap-cakaP


ShoutMix chat widget

AsmauL Husna

All Malaysian Bloggers Project

Jutawan Emas

Click here ContacT me!! Dealer: Abdullah Johor Bahru, Johor. En. Abd.Lah @ Abdullah Bin Awang Mobile: 016-716 6515 Email: q_eyda@yahoo.com.sg

Blog Archive

PengunjunG

blogspot hit counter

Follow me