Hanya berbagi informasi..
RAJA AHMAD RIAU
Pengasas ‘al-Ahmadiah’ di Singapura
Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
DIRI dan jiwa mengembara dari tempat yang kecil dan terpencil ke
Singapura, Johor dan Mekah akhirnya membuka usaha kemuncaknya di
Singapura.
Itulah insan keturunan kaum bangsawan Riau bernama Raja
Haji Ahmad bin Raja Haji Umar Tengku Endut yang diperkenalkan artikel
ini. Dari tempat yang kecil sebuah
pulau, iaitu Pulau Penyengat Indera Sakti, bekas pusat Kerajaan
Riau-Lingga, Johor dan Pahang di sanalah Raja Ahmad dilahirkan. Dan
terpencil, nun jauh di sana Pulau Midai di Laut Cina Selatan.
Ayahnya Raja Haji Umar Tengku Endut itu dalam beberapa halaman Tuhfah
an-Nafis ada disebut oleh saudaranya Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad
Riau pujangga Melayu yang sangat terkenal itu, namun yang saya rakamkan
di sini banyak perkara yang tidak sempat ditulis oleh Raja Ali Haji.
Walau bagaimanapun tulisan ini adalah sumber yang sahih kerana banyak
hal saya dengar sendiri daripada Raja Haji Ahmad dalam tahun 1950-an
hingga 1960-an, termasuk juga sumber-sumber yang lain dari kerabat
keluarga ini. Raja Haji Umar Tengku Endut adalah orang pertama dilantik
oleh Sultan Riau menjadi Amir (Ketua Pemerintahan wakil raja) di seluruh
Tokong Pulau Tujuh yang sekarang dikenali beberapa kelompok kepulauan
yang terkenal.
Yang paling terkenal sekarang ialah Kepulauan Natuna.
Dia terkenal kerana diketemukan minyak dan gas. Sekarang dibentuk
sebuah kabupaten dinamakan Kabupaten Natuna, pusat pemerintahannya
Ranai. Setelah Natuna mulai terkenal nama-nama yang dahulu terkenal
seumpama Kepulauan Siantan, Kepulauan Jemaja, dan lain-lain kurang
dipercakapkan orang. Kepulauan Serasan pula terletak yang paling Sararak
(di bahagian utara).
Susur galur Raja Haji Ahmad dari pihak sebelah
ayahnya tidak perlu saya bicarakan di sini kerana telah saya tulis
sebelum ini dan mudah mendapatkannya dalam susur galur kaum raja-raja
Riau-Lingga atau pun Johor atau pun Selangor. Dari pihak sebelah ibunya
pula memang tidak dibiasakan orang kecuali salasilah yang ditulis oleh
abang saya Muhammad Zain Abdullah. Dalam tahun 1950-an beliau bersama
saya mendengar daripada Haji Wan Abu Bakar saudara sepupu Raja Haji
Ahmad daripada pihak sebelah ibu.
Bahawa ibu Raja Haji Ahmad bernama
Hajah Nik Wan Siti binti Nik Wan Muhammad Nara, berasal dari Natuna.
Asal usul selanjutnya dari Patani dan Kelantan. Datang ke Natuna
terlebih dulu dan Batu Bahara di Sumatera. Ibu Hajah Nik Wan Siti
bernama Wan Qamariyah binti Encik Wan Mat Thalib, berasal dari
Pontianak, Kalimantan Barat.
Dalam salasilah yang saya peroleh di
Pontianak menyebut Wan Qamariyah binti Encik Wan Mat Thalib bin Encik
Wan Jaramat/Orang Kaya Setia Maharaja Lela Pahlawan Tambelan bin Encik
Wan Umar/Megat Laksamana bin Encik Wan Utsman/Orang Kaya Megat Patan di
Pahang bin Encik Wan Ahmad/Tuan Qadhi Menteri Danageraha Habung. Encik
Wan Ahmad/Tuan Qadhi Menteri Danageraha Habung inilah ulama yang bersama
Sultan Melaka yang hijrah ke Batu Sawar, Johor, selanjutnya ke Bintan,
selanjutnya ke Minangkabau, selanjutnya ke Kampar.
Beberapa orang
keturunannya berpatah balik ke Johor, Pahang dan lainnya, ramai yang
menjadi pembesar. Keturunan beliau juga menjadi pembesar-pembesar dalam
beberapa kerajaan Melayu, termasuk Pontianak dan Cam yang menyatu dengan
keturunan yang berasal dari Patani.
Hendaklah dikenalpasti bahawa
dalam sejarah Riau terdapat dua orang tokoh yang bernama Raja Ahmad.
Seorang adalah anak Raja Haji asy-Syahidu fi Sabillilah, dan seorang
lagi ialah cicitnya. Cicit Raja Haji adalah Raja Haji Ahmad yang
pertama. Peranan kedua-dua tokoh itu sama penting, namun Raja Haji Ahmad
bin Raja Haji Umar Tengku Endut tidak dibicarakan dalam Tuhfat
an-Nafis, salasilah Melayu dan Bugis dan sejarah-sejarah Riau lainnya.
Hal tersebut disebabkan sewaktu Raja Ali Haji (saudara kandung Tengku
Endut) mengarang pelbagai karyanya, Raja Haji Ahmad bin Tengku Endut
masih kecil.
Raja Haji Ahmad yang pertama digelar orang Engku Haji
Tua. Daripada khazanah peninggalan keturunan beliau ada dicatatkan
bahawa Raja Haji Ahmad ketika mudanya amat gemar memancing ikan di laut.
“Pada suatu masa Raja Haji Ahmad sedang memancing di laut ... (tak
dapat dibaca) berdekatan dengan sebuah pulau, di depan muka selat Tiong,
maka datanglah sebuah kapal kepunyaan orang barat. Tiba-tiba
dilanggarnya sampan Raja Ahmad sampai karam. Sebaliknya pada waktu itu
Raja Ahmad dapat berpegang pada kapal orang barat itu, lalu naik ke atas
kapal tersebut. Lalu dihamuknya segala orang dalam kapal itu sehingga
habis.”
Setelah orang-orang kapal itu mati maka Raja Ahmad susah
pula bagaimana akan membawa kapal itu masuk ke Tanjung Pinang sedangkan
kapal itu sangat besar, tentu tidak dapat dikayuhkan. Sedangkan dia
hanya seorang diri. Pada waktu itu terbit fikirannya, “Baik aku tunda
saja kapal ini dengan sampanku supaya dapat aku bawa masuk ke Tanjung
Pinang.” Maka Raja Ahmad turun ke sampannya. Lalu dikayuhnya masuk ke
selat Tiong sampai ke Pulau Bayan ... " Selanjutnya diceritakan dari
kisah di atas tergubahlah seuntai pantun:
Anak ulat di buku kayu,
Anak Belanda main teropong,
Besar daulat Raja Melayu,
Kapal ditunda dengan jongkong.
Pencetus usaha
Raja Haji Ahmad Muda adalah cucu Raja Haji Ahmad Engku Tua setelah
memperhatikan banyak kegoncangan dalam pemerintahan Riau-Lingga, telah
menghadap Sultan Abdur Rahman Mu'azzam Syah. Kata beliau kepada sultan,
“Pada pandangan patik di belakang hari kaum kita akan disingkirkan
Belanda. Kita akan papa kedana.
Akibat papa kedana kaum kita Melayu
boleh menukar agama daripada Islam kepada agama Serani. (Maksudnya
Nasrani atau Kristian). Patik mohon keizinan Paduka untuk membangun satu
syarikat perniagaan.” Titah baginda Sultan Abdur Rahman, “Bagaimana
yang elok menurut engkau perbuatlah ! Aku sangat-sangatlah bersetuju.”
(Ucapan Raja Haji Ahmad tahun 1961 di rumahnya Istana Laut, Pulau
Penyengat).
Setelah mendapat persetujuan daripada Sultan Abdur
Rahman Mu'azzam Syah, maka Raja Haji Ahmad memanggil kaum intelektual
kerajaan Riau bermusyawarat. Di antaranya ialah Raja Ali bin Raja
Muhammad Tengku Nong, Raja Haji Idris bin Tengku Endut, Raja Haji
Ja'afar bin Tengku Endut dan Raja Haji Muhammad bin Raja Ali. Dari situ
mereka bersepakat untuk mendirikan sebuah perniagaan untuk
mempertinggikan imej orang Melayu Islam terutama kerabat mereka. Sebagai
langkah awal mereka membuka tanah perkebunan.
Oleh sebab
tanah-tanah di sekitar Pulau Bintan kurang subur untuk perkebunan,
selain tanah-tanah itu telah dikuasai oleh tauke-tauke bangsa Cina, Raja
Haji Ahmad terpaksa mengarahkan tumpuan ke pulau-pulau yang masih
kosong. Pulau-pulau tersebut ialah di kawasan Tukong Pulau Tujuh. Dengan
sebuah perahu layar dia menuju ke Pulau Midai kerana di sana telah ada
wakil sultan sejak tahun 1302 H/1883 M. Kebetulan pula wakil itu adalah
saudara kandungnya, iaitu Raja Haji Ilyas bin Tengku Endut.
Dari
Pulau Midai yang kecil terpencil di Laut Cina Selatan itu bermulalah
segala kegiatan Syarkah Ahmadi Midai. Dari situ sebuah cawangan dibuka
di Singapura, iaitu Mathba'ah Al-Ahmadiah atau Al-Ahmadiah Press 101
Jalan Sultan Singapura 7. Sejarah berdirinya Syarkah Ahmadi & Co.
Midai dan cawangan Al-Ahmadiah Singapura secara jelas diceritakan oleh
Raja Haji Ahmad dalam suratnya yang bertarikh 17 Ramadan 1373 H kepada
Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Abdur Rahman saudara sepupunya.
Beberapa perkara yang penting di antaranya saya petik, "Dan tentang
pertanyaan adinda permulaan mendirikan Ahmadiah Midai ialah kekanda
tarikhkan mendirikan rumah di laut Sabang Barat di hadapan rumah tauke
Aniu. Lihatlah di dalam jurnal kekanda di Ahmadi dan Surat Kebenaran
dari Yang Dipertuan Besar Riau masih ada kekanda simpan tinggal di
Penyengat ... Maka pada masa itu berjalanlah perniagaan Ahmadi hingga
kekanda dipanggil oleh Yang Dipertuan Besar Riau kerana muafakat hendak
membeli kapal yang bernama Kapal Karang ... "
Setelah Kapal Karang
dibeli maka terjadilah perkongsian antara Syarikat Ahmadi dengan
Syarikat Batu Batam yang dipunyai oleh Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi.
Syarikat Batu Batam ini diuruskan oleh anaknya, Raja Ali Kelana.
Syarikat ini tidak dapat bertahan lama kerana dikhianati oleh beberapa
peniaga Cina di Singapura. Walau bagaimanapun dengan kebijaksanaan Raja
Haji Ahmad dan anak saudaranya, Raja Ali bin Raja Haji Muhammad Tengku
Nong (cucu Marhum Mursyid), Ahmadi & Co. Midai tidak dapat
dipermainkan oleh peniaga-peniaga Cina di Singapura.
Raja Haji Ahmad
memang diakui seorang tokoh Riau yang sangat teliti dalam bidang
pentadbiran. Dalam salah satu buku yang tersimpan di Ahmadi & Co.
Midai telah ditemui tulisan ini. “Pada 10 Syaaban 1324 H bersamaan 17
September 1906 M dimulai membuka kedai di Pulau Midai, Sabang Barat”.
Sewaktu Raja Haji Ahmad berada di Mekah hubungan komunikasi
surat-menyurat antara beliau dengan Raja Ali bin Raja Muhammad Tengku
Nong tidak pernah terputus. Dalam surat Raja Ali yang bertarikh 28 Rejab
1332 nombor 19 dan 92 kepada Raja Haji Ahmad di Mekah ada dinyatakan
bahawa syarikat Ahmadi akan mengembangkan perniagaannya. Raja Haji Ahmad
bersetuju. “Syahdan adapun muafakat Paduka anakanda hendak membesarkan
perniagaan Ahmadiah, dihamburkan modalnya di Pulau Tujuh hingga ke
Singapura, maka pekerjaan itulah seelok-elok pekerjaan menurut peraturan
orang-orang Eropah membesarkan pekerjaan dengan muafakat. Maka
sangatlah ayahanda perkenan akan muafakat itu ...”
Setelah Raja Ali
mendapat persetujuan Raja Haji Ahmad, dengan Akta Midai, 1 Syaaban 1333 H
bersamaan 14 Jun 1915 M maka rasmilah pembukaan cawangan Ahmadiah Pulau
Tujuh-Singapura yang berpejabat di Palembang Road No. 18B, Singapura.
Cawangan itu kemudiannya berpindah ke Minto Road No. 50.
Cawangan
ini berfungsi menguruskan hasil bumi dan hasil laut yang datang dari
Pulau Tujuh, Sumatera dan Malaya. Dengan memakai tanda Syarikat Ahmadi
& Co. Midai cawangan Singapura, syarikat tersebut melakukan kegiatan
eksport hasil bumi dan hasil laut ke benua Eropah. Selain itu syarikat
itu juga mengimport barangan dari Eropah, India dan Cina ke Singapura.
Pendek kata, Ahmadiah cawangan Singapura adalah sebagai lambang
kemampuan bangsa Melayu dalam bidang perdagangan pada zaman itu. Pada
hari Jumaat 20 Rabiulawal 1339 H bersamaan 3 Disember 1920 M muafakat
pula mendirikan percetakan terkenal dengan nama Mathba’ah Al-Ahmadiah
atau Al-Ahmadiah Press 101 Jalan Sultan Singapura.
Sejarah menuntut
ilmu* Raja Haji Ahmad menyerahkan pimpinan Syarkah Ahmadi & Co.
Midai kepada Raja Ali (cucu Marhum Mursyid) pada 1914 untuk mendalami
pelbagai bidang ilmu.
* Di Mekah - berguru dengan Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani dan Syeikh Daud bin Mushthafa al-Fathani (ilmu keislaman)
* Beliau belajar ilmu al-Quran daripada Syeikh Abdullah bin Qasim Senggora.
* Pernah mengembara ke beberapa negeri di Asia Barat serta mengunjungi Calcutta dan Bombay di India.
* Beliau juga adalah pengasas syarikat Ahmadi & Co. Midai pada 10
Syaaban 1324 H bersamaan 17 September 1906 di Pulau Midai, Sabang Barat.
Knowledge VS Wealth
11 years ago
2 comments:
M. Syukur Alhamdulillah di tahun ini Saya mendapatkan Rezeki yg berlimpah sebab sudah hampir 9 Tahun Saya bekerja di (SINGAPORE) tdk pernah menikmati hasil jeripaya saya karna Hutang keluarga Sangatlah banyak namun Akhirnya, saya bisa terlepas dari masalah Hutang Baik di bank maupun sama Majikan saya di Tahun yg penuh berkah ini,
Dan sekarang saya bisa pulang ke Indonesia dgn membawakan Modal buat Keluarga supaya usaha kami bisa di lanjutkan lagi,dan tak lupa saya ucapkan Terimah kasih banyak kepada MBAH SURYO karna Beliaulah yg tlah memberikan bantuan kepada kami melalui bantuan Nomor Togel jadi sayapun berhasil menang di pemasangan Nomor di SINGAPORE dan menang banyak
Jadi,Bagi Teman yg ada di group ini yg mempunyai masalah silahkan minta bantuan Sama MBAH SURYO dgn cara tlp di Nomor ;082-342-997-888 percaya ataupun tdk itu tergantung sama anda Namun inilah kisa nyata saya
Atok saye ni pak.
Post a Comment