SILATURRAHIM
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Ayyub r.a. berkata:
"Seorang Badwi menhadang Nabi Muhammad s.a.w.
dan memegang kendali untanya lalu berkata: "Ya Rasulullah,
beritahukan kepadaku apakah yang dapat mendekatkan aku kesyurga dan menjauhkan
diriku dari api neraka?" Jawab Baginda s.a.w.:
"menyembah Allah s.w.t. dan
tidak mempersekutukan-Nya dengan suatu apa
pun dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan menghubungi kerabat."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Abi Aufa r.a. berkata:
"Pada suatu waktu petang hari Arafah kami bersama Baginda
s.a.w. tiba-tiba Baginda s.a.w.
bersabda: "Jangan duduk bersama kami siapa yang memutuskan hubungan
kekeluargaan, supaya bangun dari tengah-tengah kami." Maka tidak ada orang
kecuali seorang dibelakang Baginda s.a.w. sendiri,
tetapi tidak lama ia kembali maka ditanya oleh Baginda
s.a.w.: "Mengapakah engkau , sebab tidak ada orang yang bangun
kecuali engkau?" Jawabnya: "Ya Rasulullah,
ketika saya mendengar sabdamu itu, segera saya pergi kerumah makcikku yang
memutuskan hubungan dengan aku, lalu dia bertanya: Mengapa kau datang, ganjil
sekali kedatangan mu ini?" Maka saya beritahukan apa yang saya dengar
daripadamu, maka ia membaca istighfar untuk ku dan aku juga
membaca istighfar untuknya." Baginda
s.a.w. bersabda: "Bagus engkau, duduklah sekarang sebab rahmat
tidak akan turun pada suatu kaum jika ada diantara mereka seorang yang
memutuskan hubungan kekeluargaan."
Abul Laits berkata: "Hadis ini sebagai dalil bahawa memutuskan hubungan
kekeluargaan itu dosa besar sebab dapat menolak rahmat baginya dan bagi
kawan-kawan yang duduk bersamanya, kerana itu maka kewajipan kita tiap muslim
harus bertaubat dari pemutusan terhadap kekeluargaan dan istighfar minta
ampun kepada Allah s.w.t. dan segera
menghubungi keluarga untuk mencari rahmat Allah s.w.t. dan
menjauhkan diri dari api neraka."
Baginda s.a.w. bersabda: "Tidak ada
perbuatan hasanah yang lebih cepat pahalanya daripada menghubungi
keluarga dan tiada dosa yang layak disegerakan pembalasannya didunia diamping
siksanya kelak diakhirat seperti putus hubungan kekeluargaan dan berlaku zalim
aniaya."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr bin Al'ash r.a.
berkata: "Seorang datang kepada Baginda s.a.w.
dan berkata: "Ya Rasulullah, saya
mempunyai keluarga yang saya hubungi tetapi mereka memutuskan hubungan kepadaku.
Saya baik kepada mereka tetapi mereka zalim kepadaku dan saya tolong membantu
mereka dan mereka berbuat jahat kepadaku, apakah boleh saya membalas perbuatan
mereka dengan perbuatan yang sama?" Jawab Baginda
s.a.w.: "Tidak, sebab jika kamu membalas mereka, maka sama
dengan mereka, tetapi hendaknya engkau tetap mengambil cara yang lebih baik dan
tetap menghubungi mereka, maka selalu engkau akan mendapat bantuan dari Allah
s.w.t. selama engkau berbuat demikian."
Tiga macam dari akhlak orang ahli syurga, tidak terdapat kecuali pada orang yang
baik, pemurah hati iaitu:
- Berbuat baik kepada orang berbuat jahat kepadanya
- Memaafkan orang yang zalim kepadanya
- dan loman kepada orang yang bakhil kepadanya
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Adhdhahaak bin Muzakim
ketika menafsirkan ayat yang berbunyi: "Yamhu
Allahu maa yasya'u wayuts bitu." (Tafsirannya) "Sesungguhnya
seorang itu adakalanya menyambung kekeluargaannya padahal umurnya sudah tinggal
tiga hari, tiba-tiba Allah s.w.t. menambah umurnya
hingga tiga puluh tahun, dan adakalanya ia memutuskan hubungan kekeluargaan
sedang umurnya masih sisa tiga puluh tahun, maka dipotong oleh
Allah s.w.t. menjadi hanya tiga hari."
Tsauban r.a berkata Baginda s.a.w. bersabda:
"Tidak dapat menolak takdir kecuali doa dan tidak dapat menambah umur
kecuali amal kebaikan (taat) dan adakalanya seseorang itu tidak mendapat rezeki
kerana berbuat dosa."
Ibn Umar r.a. berkata: "Siapa yang takwa kepada Tuhan
dan menghubungi keluarganya maka akan ditambah umurnya dan diperbanyak harta
kekayaannya dan disayang oleh keluarganya."
Abul Laits berkata: "Erti bertambah umur itu terdapat dua macam. Sebahagian
ulama berpendapat bertambah kebaikannya dan ada juga yang mengertikan bertambah
umur sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda s.a.w.
Ada pula yang berpendapat tidak dapat ditambah sebagaimana firman Allah
s.w.t.(Yang berbunyi): "Idza jaa'a ajalluhum la
yasta khiruna sa'atan wala yastakdimun." (Yang bermaksud):
"Jika telah tiba ajal mereka maka tidak dapat diunsirkan (ditunda)
sesaat dan tidak dapat dimajukan." Tetapi erti bertambah umur iaitu
dicatat terus pahalanya sesudah matinya, maka tercatatnya pahala sesudah mati
itu sama dengan bertambah umur."
Said meriwayatkan dari Qatadah berkata Baginda s.a.w.
bersabda: "Bertakwa kamu kepada Allah s.w.t.
dan menghubungi keluargamu sebab yang sedemikian itu baik untukmu diakhirat dan
lebih tetap bagimu didunia." Ada keretangan: "Jika kau mempunyai
kerabat lalu tidak pergi kepadanya dengan kakimu dan tidak kau bantu dengan
hartamu bereti telah kau putus hubungannya."
Didalam Shuhuf ada tersebut: "Hai anak Adam, hubungilah
kerabatmu dengan membantunya dengan hartamu dan jika kau bakhil dengan hartamu
atau sedikit hartamu maka berjalan kepadanya dengan kakimu." Baginda
s.a.w. bersabda: "Hubungilah kerabatmu walau hanya dengan
memberi salam kepadanya."
Maimun bin Mahran berkata: "Tiga macam yang tidak dibezakan simuslim dengan
kafir iaitu:
- Siapa yang berjanji kepadanya maka harus ditepati baik kepada muslim atau kafir
- Dan kepada keluargamu harus kau hubungi baik ia muslim atau kafir
-
dan siapa memberi amanat kepadamu harus kau kembalikan
kepadanya baik ia muslim atau kafir
Ka'bul- Ahbaar berkata: "Demi Allah yang membelah laut untuk Musa a.s. dan Bani Israil, tertulis didalam kitab Taurat: "Takutlah kepada Tuhanmu dan berbaktilah kepada ibu bapamu dan sambunglah hubungan kerabatmu, nescaya Aku tambah umurmu dan Aku mudahkan kekayaanmu, dan Aku jauhkan kesukaranmu."
Dan Allah s.w.t. menyuruh bersilaturrahim
dalam beberapa ayat al-Quran yang berbunyi: "Wattaqu
Allahal ladzi tasa'aluna bihi wal arham.
(Yang bermaksud): "Dan takutlah kamu pada Allah
yang dalam semua hajatmu kamu minta padaNya dan
jagalah hubungan kerabatmu. Dan jangan kamu putuskan hubungan dengan mereka."
Ayat yang lain pula berbunyi: "Wa ati dzai
qurba haqqahu." (Yang bermaksud): "Laksanakan
kewajipanmu terhadap kerabat." Didalam ayat yang lain pula berbunyi:
"Inna Allaha ya'muru bil adli ihsani wa ieta'i
dzil qurba." (Yang bermaksud): "Sungguh Allah
menyuruh kamu berlaku adil (beriman kepada Allah s.w.t.)
dan berlaku baik terhadap sesama makhluk dan menyambung hubungan kerabat."
Ayat yang lain pula berbunyi: Wa yanha anil fah
sya'i walmunkari wal bagh yi." (Yang bermaksud): "Dan
melarang perbuatan-perbuatan dosa (yang keji) dan mungkar dan penganiayaan."
Ayat yang lain pula berbunyi: "Ya'idhukum
la'allakum tadzakkarun." (Yang bermaksud): "Allah
menasihatkan padamu supaya kamu sedar."
Usman bin Madh'uun r.a. berkata "Baginda s.a.w.
sebagai sahabat karib kepadaku, kerana itu pertama aku masuk Islam hanya
kerana malu kepadanya sebab ia selalu menganjurkan kepadaku supaya masuk Islam,
maka aku masuk Islam tetapi hatiku belum mantap kepada Islam. Tiba-tiba pada
suatu hari saya duduk dengannya, tiba-tiba ia mengaibkan aku seolah-olah ia
berbicara dengan orang yang disampingnya, kemudian ia menghadap kembali kepadaku
sambil bersabda: "Malaikat Jibril telah datang kepadaku membawa ayat (Yang
berbunyi): "Innallah ya'muru bil'adili wal
insani wa ita'i dzil qurba." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya
Allah menyuruh berlaku adil (beriman kepada Allah s.w.t) dan berbuat baik dan
mengertikan kewajipan terhadap kerabat.", maka saya merasa sangat
gembira dan mulai meresap iman dalam dadaku, maka aku bangun pergi kepada Abu
Thalib dan saya berutahu bahawa saya tadi duduk dengan anak saudaranya,
tiba-tiba ia dituruni ayat tersebut. Abi Thalib berkata: "Ikutlah Muhammad,
nescaya kamu untung dan terpimpin, demi Allah
anak saudaraku itu hanya menganjurkan kepada akhlak dan budi yang baik, jika ia
benar atau dusta, maka ia tidak mengajak kamu kecuali kepada kebaikan."
Ketika Baginda s.a.w. mendengar suara Abu
Thalib sedemikian maka ia ingin kalau-kalau ia masuk Islam, maka diajaknya masuk
Islam tetapi Abu Thalib menolak, maka turunlah ayat yang berbunyi: "Innaka
la tahdi man ahbabta wala kinnallaha yahdi man yasya'u."
(Yang bermaksud): "Sesungguhnya engkau tidak dapat memberi hidayah
kepada siapa yang kamu sayangi tetapi Allah memberi
hidayah pada siapa yang Dia kehendaki."
Dan dalam yang berbunyi: "Fahal asaitum in
tawallaitum an tufsidu fil ardhi wa tuqath thi'uu arhamaakum. Ulaikalladzina la
'anahumullahu fa ashammahun wa a'ma absharahum." (Yang
bermaksud): "Apakah ada kemungkinan jika kamu telah menjadi wali (pemimpin)
diatas bumi ini lalu kamu merosak dan memutuskan hubungan kerabat. Mereka yang
berbuat demikian itu, orang-orang yang dikutuk oleh Allah
sehingga dipekakkan telinga mereka dan dibutakan mata mereka." (Surah
Muhammad ayat 22-23)
Allah s.w.t. telah berfirman kepada rahim:
"Akulah Arrahman dan
engkau rahim, Aku akan memutuskan rahmatKu
terhadap orang yang memutuskan hubungan dan Aku
akan menyambungkan rahmatKu kepada orang yang
menghubungimu."
Rahim itu bergantung dengan arsy berdoa siang malam: "Ya
Robbi, sambunglah hubungan orang yang menghubungiku dan outuskan
hubungan orang yang memutuskan hubungan dengan aku."
Alhasan Albashri berkata: "Jika manusia telah telah menonjolkan ilmunya dan
mengabaikan amal perbuatannya dan kasih sayang hanya dengan lidah, sedangkan
dalam hati mereka penuh rasa benci dan memutuskan hubungan kekeluargaan, maka
mereka akan terkutuk (dilaknat) oleh Allah s.w.t. maka
dipekakkan dan dibutakan mata hati mereka."
Abul-laits meriwayatkan dengan sandanya dari Yahya bin Salim berkata: "Dahulu
di Mekkah ini ada orang berasal dari Khurasan, seorang soleh dan orang-orang
biasa menitipkan segala harta mereka kepadanya. Maka ada seorang menitipkan
kepadanya wang sebanyak sepuluh ribu dinar, lalu ia pergi untuk kepentingannya,
kemudian orang itu kembali ke Mekkah sedang orang yang dititipi itu telah mati,
maka ia bertanya kepada keluarga dan anak-anaknya tentang harta titipannya itu.
Dijawab: "Kami tidak mengetahui apa-apa seba dia tidak memberitahu apa-apa
kepada kami." Lalu orang itu bertanya kepada ulama-ulama Fuqaha' yang
banayk sekali diMekkah. "Saya titip kepada ...(Fulan) sepuluh ribu dinar
dan kini orang itu telah mati dan saya bertanya kepada keluarga dan anak-anaknya,
mereka menjawab tidak mengetahui hal keadaan ini, maka bagaimanakah pendapatmu?"
Jawab para ulama yang ditanya itu: "Kami mengharap semoga orang itu min
ahlil jannah, nanti malam jika lewat tengah malam, maka pergilah engkau
kezamzam dan panggillah namanya didalam perigi zamzam itu
dan katakan: "Ya Fulan bin Fulan, saya yang titip kepadamu dahulu itu."
Maka dilaksanakan nasihat itu dan dipanggil nama orang itu sampai tiga kali,
tetapi tidak ada jawapan. Maka ia kembali kepada para ulama yang memberitahu
kepadanya. Mereka berkata: "Inna lillahi wa
inna ilaihi raji'un, kami khuatir kalau-kalau kawan mu itu ahli
neraka, sekarang kau pergi keYaman dan pergi keBirhut, disana ada perigi, jika
lewat tengah malam kau panggil: "Ya Fulan bin Fulan, saya yang titip wang
kepadamu dahulu itu." dan ketika ia memanggil sekali sahaja telah mendapat
jawapan. Lalu ditanya: "Kasihan kau, mengapakah kau disini, padahal dahulu
kau orang yang baik?" Jawabnya: "Saya mempunyai keluarga diKhurasan,
maka saya putuskan hubungan dengan mereka sehingga mati, maka Allah
s.w.t. menuntut aku dengan ini dan menempatkan diriku disini, adapun
hartamu masih tetap ada dan saya tidak mempercayakan harta kepada
sesiapapun walau terhadap anak-anak saya, harta itu saya tanam dirumah, maka kau
minta izin kepada anakku untuk masuk rumahku, kemudian kau masuk dan galilah
ditempat yang saya tunjuk itu, nescaya kau akan mendapat hartamu masih cukup."
Maka segera ia kembali dan minta izin kepada anak-anaknya untuk menggali tempat
yang ditunjuk itu, maka benar bahawa hartanya masih utuh semuanya.
Abul Laits berkata: "Jika seorang itu dekat dengan kerabatnya maka hubungan
kerabat itu berupa hidayah-hidayah dan ziyarah, jika
tidak dapat membantu dengan harta, maka cukup dengan tenaga, jika jauh maka
hubunginya dengan surat menyurat dan jika dapat mendatangi maka itu lebih utama.
Ketahuilah bahawa silaturrahim itu mengandungi sepuluh keuntungan iaitu:
- Mendapat keridhoan Allah s.w.t. sebab Allah s.w.t. menyuruh silaturrahim
- Menggembirakan mereka kerana ada hadis yang mengatakan bahawa seutama-utama amal ialah menyenangkan orang mikmin
- Kegembiraan malaikat kerana malaikat senang dengan silaturrahim
- Mendapat pujian kaum muslimin
- Menjengkelkan iblis laknatullah
- Menambah umur
- Menjadi berkat rezekinya
- Menyenangkan orang-orang yang telah mati kerana ayah dan nenek-nenek itu senang jika anak cucunya bersilaturrahim
- Memupuk rasa cinta dikalangan kekeluargaan sehingga suka membantu bila memerlukan bantuan mereka
- Bertambahnya pahala jika ia mati sebab selalu diingati kepadanya jika telah mati dan mendoakan kerana kebaikannya
Anas r.a berkata: "Tiga macam orang yang akan berada dibawah
naungan Allah s.w.t. pada hari kiamat iaitu:
- Orang yang menyambung hubungan kekeluargaan diberkati umurnya dan dilapangkan kuburnya dan rezekinya
- Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan ditinggali anak-anak yatim lalu dipeliharanya sehingga kaya mereka atau mati
- Orang yang membuat makanan lalu mengundang anak-anak yatim dan orang-orang miskin
Al-Hasan berkata: "Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Dua langkah manusia yang disukai Allah
s.w.t. ialah:
- Langkah menuju sembahyang fardhu dan
- Langkah menuju silaturrahim kepada kerabat yang mahram
Lima macam siapa yang melaziminya bertambah hasanatnya bagaikan bukit
yang besar dan dilapangkan rezekinya iaitu:
- Siapa yang selalu sedekah sedikit atau banyak
- Orang yang menghubungi kerabat
- Orang yang selalu berjuang untuk menegakkan agama Allah s.w.t.
- Orang yang selalu berwuduk dan tidak memboros penggunaan air
- Orang yang tetap taat kepada kedua ibu bapanya
1 comments:
Syukur Alhamdulillah di tahun ini Saya mendapatkan Rezeki yg berlimpah sebab sudah hampir 9 Tahun Saya bekerja di (SINGAPORE) tdk pernah menikmati hasil jeripaya saya karna Hutang keluarga Sangatlah banyak namun Akhirnya, saya bisa terlepas dari masalah Hutang Baik di bank maupun sama Majikan saya di Tahun yg penuh berkah ini,
Dan sekarang saya bisa pulang ke Indonesia dgn membawakan Modal buat Keluarga supaya usaha kami bisa di lanjutkan lagi,dan tak lupa saya ucapkan Terimah kasih banyak kepada MBAH SURYO karna Beliaulah yg tlah memberikan bantuan kepada kami melalui bantuan Nomor Togel jadi sayapun berhasil menang di pemasangan Nomor di SINGAPORE dan menang banyak
Jadi,Bagi Teman yg ada di group ini yg mempunyai masalah silahkan minta bantuan Sama MBAH SURYO dgn cara tlp di Nomor ;082-342-997-888 percaya ataupun tdk itu tergantung sama anda Namun inilah kisa nyata saya
Post a Comment